KUALA LUMPUR - Bekas pertahanan Kelantan, Amiridzwan Taj Tajuddin mendakwa, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak bersikap adil kepada dirinya dan empat lagi pemain yang masih berdepan masalah tunggakan gaji.
Menurut Amiridzwan, pemain Kelantan yang lain sudahpun menerima tunggakan gaji masing-masing, kecuali lima pemain yang meninggalkan skuad The Red Warriors musim ini.
Selain Amiridzwan, yang kini menyarung jersi Terengganu, turut berdepan isu tunggakan gaji dengan Kelantan adalah Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Fitri Omar dan Muhammad Nazri Ahmad. “Bagi saya Kafa tidak bersikap adil kerana pemain lain telah mendapat bayaran kecuali kami berlima yang meninggalkan pasukan.
“Saya terkejut apabila mengetahui pemain yang baru sertai Kelantan pun telah mendapat bayaran mereka, kenapa Kafa buat saya begini?,” kata tonggak pertahanan kebangsaan berusia 29 tahun itu.
Turut meluahkan rasa kecewa adalah penjaga gol Syed Adney Syed Hussein terhadap bekas majikannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Kami juga mempunyai komitmen seperti membayar rumah, kereta dan belanja seharian. “Jadi bila tidak dibayar enam hingga tujuh bulan perkara itu menyusahkan kami,” katanya.
“Bila tidak dibayar gaji, situasi itu mengganggu minda pemain. Apabila datang latihan masalah gaji akan menjadi topik, bagaimana hendak bermain bola?,” jelas bekas pemain ATM, K. Reuben pula.
Showing posts with label Bolasepak tempatan. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak tempatan. Show all posts
Wednesday, 10 February 2016
Tindakan FAM terlalu lambat [utusan]
KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) membidas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain, sambil mendesak persatuan-persatuan terlibat agar menyegerakan pembayaran sebelum Liga Malaysia (Liga M) musim 2016 bermula, minggu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail mendedahkan, badan bola sepak kebangsaan tersebut mengambil masa sehingga 100 hari hanya untuk membuka fail siasatan, itu belum lagi memulakan prosedur lain seperti memanggil pihak berkenaan bagi memberi keterangan.
PFAM turut mendesak agar tiga pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji 21 ahlinya iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kelantan dan Felda United segera menyelesaikan isu berkenaan yang sudah terlalu lama tertangguh.
Katanya, secara keseluruhan, ketiga-tiga persatuan itu terhutang hampir RM4.4 juta.
Kata Izham, ATM mempunyai jumlah tunggakan paling banyak iaitu RM3.7 juta melibatkan 15 pemain, manakala lima bekas pemain Kelantan belum menerima bayaran RM477,000 dan Felda United belum melunaskan bayaran pampasan RM220,000 kepada pemain Azrul Ahmad kerana menamatkan kontraknya terlalu awal.
“Jawatankuasa Status FAM amat perlahan dalam menyelesaikan sesuatu kes dan sistem penyelesaian masalah di negara ini tidak efisyen kerana mengambil tempoh masa yang lama.
“Kita dapati Jawatankuasa Status FAM mengambil masa 100 hari bagi membuka sesuatu kes melibatkan bayaran gaji pemain itu belum lagi proses pendengaran.
“Kita harap pihak FAM dan FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership) dapat mengambil satu tindakan tegas ke atas pasukan yang culas dalam membuat bayaran gaji pemain mereka,” katanya dalam sidang akhbar khas berhubung tunggakan gaji pemain di sini, semalam.
Pihak PFAM turut memaklumkan jumlah RM3.7 juta bayaran gaji tertunggak ATM adalah bagi tempoh tujuh bulan, manakala Kelantan tertunggak tiga hingga empat bulan bagi pemain mereka yang telah pun berhijrah.
Pada Ahad lepas Mingguan Malaysia melaporkan pihak FMLLP boleh menghukum pasukan yang gagal membayar gaji pemain dengan menyingkirkan mereka daripada liga.
Selain itu, pasukan terlibat juga boleh ditolak tiga hingga enam mata andai rundingan menemui jalan buntu.
Sementara itu, Timbalan Presiden PFAM, Reezal Zambry Yahya berkata, ketika ini pasukan bola sepak dilihat lebih berminat menentukan jersi baharu masing-masing dan menukar warna stadium berbanding menyelesaikan isu gaji tertunggak.
Malah, Reezal percaya kualiti bola sepak di negara ini dapat ditingkatkan andai masalah tunggakan gaji dapat diselesaikan.
“Saya harapkan mana-mana pasukan terlibat dengan isu tunggakan gaji ini dapat menyelesaikan isu gaji ini sebelum liga bermula,” kata Reezal.
Subscribe to:
Posts (Atom)

