Showing posts with label Zinedine Zidane. Show all posts
Showing posts with label Zinedine Zidane. Show all posts

Sunday, 22 September 2019

Zidane kini hadapi tekanan besar


MADRID - Ahli lembaga pengarah Real Madrid dilaporkan berang dengan tindakan ketua jurulatih, Zinedine Zidane memberi cuti rehat selama satu hari kepada skuad utama Los Blancos yang beraksi pada saingan Liga Juara-Juara ketika berdepan Paris Saint- Germain (PSG) Rabu lalu.
Mereka dikatakan kecewa dengan sikap tidak ambil kisah Zidane walaupun mereka dimalukan PSG pada perlawanan tersebut menerusi kekalahan 0-3.
Pada masa yang sama, bekas pemain Real itu juga didakwa tidak mengambil serius atau enggan bekerja dengan lebih keras bagi mengembalikan keyakinan peminat terhadap pasukan gergasi Sepanyol itu menje­lang aksi La Liga menentang Sevilla awal pagi esok.
Ketika ini Zidane berdepan tekanan yang besar untuk membentuk skuad Real yang digeruni seperti beberapa musim lalu menyebabkan jawatannya sebagai individu No. 1 Santiago Bernabeu seperti tidak menentu dan mereka perlu mencatatkan keputusan positif pada aksi menentang Sevilla.
Paris St Germain’s Thomas Meunier challenges Real Madrid’s Eden Hazard as Casemiro looks on. 
Photograph: Charles Platiau/Reuters

Ramalan daripada media Sepanyol menyatakan bahawa juara Eropah 2018 itu akan dikecewakan oleh Sevilla yang ha­nya mampu mencatatkan rekod bolos sebanyak satu gol dalam lima perlawanan manakala Real pula mencatatkan bolos gol sebanyak sembilan kali.
Sekiranya Real tewas, pemain legenda Perancis itu mungkin akan dipecat dan posisinya akan digantikan dengan nama-nama besar yang lain termasuk bekas rakan sepasukan, Xabi Alonso yang sedang mengendalikan skuad Real Sociedad B.
Real berada di kedudukan ketiga La Liga selepas meraih lapan mata dari empat perlawanan. – Agensi.

Friday, 1 June 2018

Kejutan Zidane : Melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih selepas menghadiahkan trofi kesembilan buat Real Madrid

MADRID – Presiden Real Madrid, Florentino Perez mengakui terkejut selepas Zinedine Zidane memaklumkan akan melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan tersebut malam tadi.
Zidane membuat keputusan untuk meninggalkan The Galacticos selepas lima hari berjaya membimbing kelab gergasi La Liga tersebut merangkul trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.
Status pengendali berusia 45 tahun itu hangat diperkatakan selepas beliau berjaya membimbing Real menundukkan Liverpool 3-1 pada pentas final di Kiev, Ukraine walaupun Zidane gagal menghadiahkan kejuaraan La Liga dan Copa del Rey kepada The Galacticos musim ini.
“Semua dapat bayangkan ini adalah suatu perkara di luar jangkaan selepas beliau menghadiahkan trofi yang sangat bermakna buat pasukan.
“Saya mahu beliau menjadi pemain dan pengurus pasukan buat selamanya, namun kami perlu faham keputusan yang diambilnya adalah muktamad.
“Apa yang mampu saya berikan adalah suatu penghormatan kepadanya dan mengingati segala jasanya kepada Real sepanjang beliau berada di sini,” kata Perez.
Pada masa sama, Perez tetap mengharapkan Zidane kembali semula untuk mengendalikan Real selepas bekas pemain skuad kebangsaan Perancis itu menghadiahkan sembilan trofi kepada pasukan sejak beliau mengambil alih pada tahun 2016.
“Semua orang tidak bersedia untuk menerima berita ini, namun saya sentiasa berterima kasih kepadanya setelah banyak sumbangan beliau curahkan buat Real selama ini.
“Saya tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepadanya, sebaliknya semoga kami dapat berjumpa dan bekerjasama lagi pada masa depan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zidane enggan mengulas mengenai keputusan peletakan jawatan tersebut, namun berharap Real mampu mencipta banyak kejayaan dengan cara berbeza daripada apa yang telah dibawanya selama ini.
“Pasukan perlu meneruskan rentak kemenangan walaupun saya akan meninggalkan Real. Mereka perlu beraksi dengan pendekatan dan taktikal berlainan selepas saya pergi dan pemain sememangnya perlu menghadapinya sebagai suatu yang baharu.
“Berita meninggalkan kelab ini bukan menunjukkan saya akan mencari pasukan baharu, namun ia adalah keputusan peribadi,” kata Zidane.
– Agensi

Saturday, 3 June 2017

Juara UCL : REAL MADRID | Juventus gagal sekat kehebatan juara La Liga ni




"After conceding the 2nd goal we should have stayed in the game. We created a couple of chances but we weren't able to take them." - Allegri

Zinédine Zidane has become only the second coach to win the European Cup in his first 2 seasons in charge

Cristiano Ronaldo is #UCL top scorer for the 5th straight year!
2017 - 12 2016 - 16 2015* -10 (*joint) 2014 - 17 2013 - 12








Saturday, 28 May 2016

UCL : Kemenangan penalti milik REAL




Yannick Carrasco celebrates his second goal in style with his partner!

Zidane & Benzema : The France connection


Sergio Ramos: the man of the match


Simeone: "I feel proud of my players. We had to defeat Barcelona and Bayern. I love my players.