Showing posts with label Perak vs Kedah. Show all posts
Showing posts with label Perak vs Kedah. Show all posts

Saturday, 9 February 2019

MSL : Kecederaan pengadil jejas momentum | PERAK 1-1 KEDAH


IPOH: Kerancakan aksi Perak dan Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi, sedikit terganggu susulan permainan terpaksa dihentikan lebih 20 minit akibat kecederaan pengadil utama, Hamdan Awang.
Dalam perlawanan itu, Hamdan dikatakan mengalami kecederaan hamstring pada minit ke-60 menyebabkan perlawanan tertangguh selama hampir setengah jam.
Perlawanan kemudiannya bersambung pada minit ke-88 dengan pembantu pengadil pertama, Shahreen Omar menggalas tugas pengadilan menggantikan Hamdan.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun berpuas hati berkongsi satu mata selepas seri 1-1 hasil jaringan di babak pertama perlawanan melalui Brendan Gan pada minit ke-18 untuk tuan rumah disusuli Renan Da Silva dua minit kemudian.
Namun sudah pastilah topik perbincangan kini beralih arah kepada insiden yang jarang berlaku dalam arena bola sepak tempatan.
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic sendiri mengakui pengalaman pertama dalam kariernya berdepan perkara sedemikian namun enggan memanjangkan isu itu.
“Secara jujurnya ia adalah perlawanan yang hebat untuk ditonton dimana kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang baik dan rancak sepanjang 90 minit permainan dengan masing-masing bersemangat mencari kemenangan,” katanya.
Lain pula halnya dengan Brendan, yang nyata agak kecewa apabila permainan yang ditangguhkan menjejaskan momentum perlawanan.
“Agak kecewa juga permainan terhenti agak lama, tetapi itu yang berlaku dan tidak boleh merungut mengenainya,” kata Brendan.
“Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang bagus buat pemain bila terpaksa berhenti bermain selama kira-kira 20 minit dan memulakan permainan semula namun ia berlaku dan kami perlu hadapinya,” katanya.
Sementara itu jurulatih skuad Helang Merah, Aidil Sharin Sahak, turut berpuas hati dengan keputusan itu meskipun insiden membabitkan pengadil itu mendapat perhatian serius pengendali dari Singapura itu.
Beliau tidak menghalang mengenai kemasukan pengadil keempat dan hanya menyuarakan mengenai peraturan.
“Ini pertama kali berlaku, dimana pengadil keempat perlawanan adalah dari tuan rumah dan saya tidak pernah lihat perlawanan lain berlaku perkara ini, mungkin sebab saya baharu di sini (Liga Malaysia) jadi saya tidak pasti, tetapi bagi saya kita perlu sentiasa bersedia untuk perkara luar jangkaan.
“Kita tidak boleh jangka pengadil akan dalam keadaan sempurna sepanjang 90 minit perlawanan dan perlu persediaan untuk menangani perkara ini agar tidak menjejaskan perlawanan,” katanya.

Sunday, 2 July 2017

MSL : JDT selesa di atas takhta liga | Rekod Kedah tempat sendiri tercalar


JDT 2 Pulau Pinang 0
Kedah 2 PERAK 3
FELDA UNITED 2 Pahang 1
SELANGOR 4 T-Team 2
Pkns Fc 1 Melaka United 1

  • JDT yang beraksi di bawah kendalian jurulatih baharu dari Portugal, Ulisses Morais mencatat kemenangan di Larkin. Kini JDT mengumpul 33 mata, sekali gus memiliki kelebihan 9 mata ke atas pencabar terdekatnya Pahang yang tewas 2-1 kepada Felda United.  
  • Rekod tanpa kalah Kedah di Stadium Darul Aman tercalar setelah tewas 2-3 kepada Perak.
  • Di Stadium Shah Alam, Melaka United yang membawa masuk 8 muka baharu sekadar berkongsi satu mata dengan PKNS FC setelah seri 1-1

Saturday, 11 March 2017

Piala FA : Kedah terlalu kebal

PEMAIN Perak, Yashir Armando Pinto Islame (kanan) diasak pemain Kedah, Mohd. Rizal Ghazali dalam perlawanan Piala FA di Stadium Perak di Ipoh malam. Keputusan Kedah menang 2-0 ke atas Perak.

KEDAH menepati ramalan sebagai pasukan pilihan apabila berjaya layak ke pusingan suku akhir Piala FA apabila menundukkan Perak 2-0 pada aksi pusingan ketiga di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.
Lebih manis, keputusan itu juga menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe melebarkan rekod tanpa kalah sepanjang lapan perlawanan dalam semua kejohanan termasuk Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Skuad Helang Merah membuka tirai jaringan menerusi Zachary Michael Anderson yang berjaya memanfaatkan hantaran perancang Kedah, Sandro da Silva pada minit ke-28.
Ken Ilso Larsen memastikan Kedah layak ke pusingan suku akhir Piala FA apabila meledak gol kemenangan Helang Merah pada minit ke-48.