Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, 7 September 2019

Kelayakan Piala Dunia 2022 : Penjaga gol Indonesia kecewa sikap penyokong

JAKARTA - Penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya terhadap sikap ganas penyokong skuad Garuda itu pada pertembungan antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
Pada aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu, Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan dramatik 3-2 di hadapan lebih 50,000 penyokong skuad Garuda.

Mengakui terkesan dengan keputusan itu terutama selepas mendahului 2-1 pada satu ketika, Andritany menyifatkan tindakan penyokong Indonesia yang merusuh menceroboh masuk kawasan stadium dan menyerang kawasan penonton dari kalangan penyokong Malaysia itu lebih menyakitkan hatinya.
"Cukup sakit. Kerana kita sudah mendahului dua kali dan akhirnya kalah 3-2. Sedih pasti, kecewa pasti, tapi jujur hati saya lebih sakit melihat kejadian apa yang terjadi di stadium," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan. 



"Ini sangat mencalar nama baik Indonesia, semestinya apa pun kejadiannya, hasil dari sebuah pertandingan kita harus ambil manis semua. Sebagai kapten team nasional saya sangat sedih melihat apa yang terjadi dan apa dilakukan supporter malam ini," tambahnya.
Selain daripada rusuhan itu yang terjadi susulan gol penyamaan negara oleh pemain tengah Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-65, penyokong tuan rumah turut membaling botol dan pelbagai objek termasuk suar dari tingkat atas kawasan penyokong negara.
Insiden itu memaksa pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyungjin menghentikan perlawanan selama hampir 10 minit.
Bagaimanapun, selepas keadaan kembali terkawal, tiada sebarang insiden tercetus sehingga wisel penamat yang menyaksikan Malaysia di bawah bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe membawa pulang tiga mata berharga.
Namun, skuad Harimau Malaya termasuk kesemua pegawai pasukan terpaksa dibawa keluar dari stadium itu dengan menaiki kereta perisai ke hotel penginapan atas faktor keselamatan selepas tamat perlawanan. - Bernama

Sunday, 18 November 2018

Piala AFF : Taktikal Tan Cheng Hoe tak menjadi

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni mempertikaikan taktikal pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sekali gus menyumbang kepada kekalahan 0-2 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Jumaat lalu.
Menurut Bakri, kekalahan pertama dalam saingan Kumpulan A kempen Piala AFF 2018 itu sebenarnya boleh dielakkan jika Cheng Hoe menekankan aspek bertahan daripada menggunakan strategi menyerang.
Apatah lagi katanya, skuad Harimau Malaya kendaliannya hanya hadir selaku pasukan pelawat di Hanoi.
“Kalau ada mekanisma pegang bola 20 sentuhan boleh dapat satu gol, saya kira Malaysia boleh menang besar malam itu,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.
“Vietnam bukanlah kuat mana pun, mereka juga sebenarnya takut untuk berdepan kita. Ia dapat dilihat apabila mereka lebih menggunakan taktikal bertahan dengan sesekali menyerang balas ke kubu negara.
“Perkara yang menghairankan saya ialah kenapa kita selaku pasukan pelawat pula yang menyerang, sedangkan biasanya pasukan tuan rumah yang akan menyerang untuk mendapatkan gol.
“Tetapi malam itu, terbalik, kita pula menyerang dan Vietnam bertahan. Sepatutnya jurulatih kita mengarahkan permainan tertutup supaya penyerang Vietnam tidak dapat bergerak.
“Dan kita pula mengharapkan serangan balas seperti mana yang pernah dilakukan pasukan Dollah Salleh empat tahun lalu,” katanya.
Pada edisi 2014, skuad negara yang dibimbing Dollah berjaya mengejutkan skuad The Golden Dragons di Hanoi apabila melakar kemenangan 4-2 pada separuh akhir kedua untuk mara ke final menerusi agregat 5-4.
Bagaimanapun, hasrat untuk melihat skuad Cheng Hoe mengulangi pencapaian itu gagal apabila Vietnam meraih gol dalam setiap babak menerusi percubaan Nguyen Cong Phuong (minit ke-12) dan Nguyen Anh Duc (minit ke-60).
“Sejak dulu lagi, penyerang Vietnam memang laju macam lipas kudung. Apabila kita tahu penyerang lawan laju, tindakan pertama yang akan diambil ialah kecilkan ruang buat mereka untuk berlari ke depan.
“Tetapi dalam perlawanan kali ini tidak. Pertahanan kita terutamanya kiri dan kanan naik terlalu tinggi dan akhirnya membuka ruang buat penyerang Vietnam untuk bergerak.
“Akhirnya mereka dapat gol, walaupun sebenarnya kita lebih banyak menguasai bola,” katanya yang membawa Malaysia mara ke temasya Sukan Olimpik 1980.
Kekalahan pertama selepas menang 1-0 ke atas Kemboja dan 3-1 dengan Laos itu meletakkan Malaysia dalam misi wajib menang ke atas Myanmar yang kini menduduki tangga teratas kumpulan, namun berkongsi enam mata bersama Vietnam dan Malaysia.
Aksi terakhir skuad negara berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Piala AFF : Nasib tidak menyebelahi Malaysia

Pamer corak bermutu, namun pemain hilang fokus undang detik malang buat Harimau Malaya

CHENG HOE (tiga dari kanan) mahu para pemain bangkit pada aksi terakhir Kumpulan A lawan Myanmar minggu depan bagi mencuri slot separuh akhir Piala AFF Suzuki musim ini.

HANOI, Vietnam - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui kekalahan 0-2 kepada Vietnam cukup menyakitkan biarpun skuad kendaliannya berjaya mempamerkan persembahan berkualiti.
Dalam saingan Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 di Stadium Nasional My Dinh kelmarin, pasukan kebangsaan berjaya mengawal rentak permainan, tetapi Vietnam berjaya memanfaatkan dua percubaan tepat sepanjang 90 minit perlawanan.
Justeru, Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya kembali bangkit bertemu Myanmar kerana kemenangan ke atas mereka sahaja mampu menjamin peluang pasukan kebangsaan layak ke peringkat separuh akhir.
“Kalau kita bandingkan dua permainan yang lepas, malam ini (kelmarin) adalah terbaik.
“Kita nampak dari segi kombinasi, hantaran bola pun kita lebih menguasai. Namun kerana satu dua kesilapan, kita hilang fokus di kawasan sendiri dan Vietnam ambil kesempatan.
“Saya rasa perlawanan Sabtu ini menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kita perlu berjuang sepenuhnya untuk mendapatkan kemenangan.
“Saya rasa pemain-pemain pun tahu perlawanan malam ini (kelmarin) kita bermain baik dan akan perbaiki kelemahan dari segi hantaran bola ke setiap posisi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat perlawanan kelmarin.
Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe berharap anak-anak buahnya dapat me­ngekalkan corak permainan, selain me­nun­tut Harimau Malaya tidak mengulangi kesilapan sama ketika tewas kepada Vietnam.
“Kita boleh berpuas hati dengan corak permainan, tetapi kita tidak boleh puas hati dengan keputusan itu.
“Ini kerana, dalam bola sepak pemain-pemain kena tahu situasi bagaimana nak mengawal hantaran daripada pemain pertahanan kepada penyerang. Dalam hal ini, kena bertindak cepat,” ujarnya.

Sunday, 4 November 2018

Perlawanan Persahabatan : Malaysia vs Maldives


Maldives tidak akan 'tunduk' kepada Malaysia

Nor Azam shines in Malaysia's slim win over Maldives


Malaysia carved out a 3-0 win the final preparation game before the start of the 2018 AFF Suzuki Cup as Maldives were defeated at Bukit Jalil.


For the first time since Tan Cheng Hoe took over national team head coach role from Eduardo Vingada, he may have finally found the midfield lynchpin that the team was crying out for. Nazmi Faiz filled the role for a brief period at the start of the year but his drop of form in the latter part of 2018 meant that Cheng Hoe was left searching for an alternative solution and it finally came during the Maldives match.
Nor Azam Azih is not an unfamiliar name in Malaysian football but for various reasons, had not been able to be used by Cheng Hoe in past friendlies despite being named in the initial call-up squad. Everything went through Nor Azam in the 45 minutes that he was on the pitch. Right from the start it was obvious that he was given the creative licence in the team and his performance warranted that opportunity.
In the mercurial Pahang midfielder, Malaysia have a real game-changer who not only have the vision to see movement on the pitch but also has the technical qualities to execute those passes. Right from the start his understanding with club colleagues in Mohamadou Sumareh was evident as Nor Azam managed to slide in the right winger beyond Maldives’ left back time and again.
The goal came after 16 minutes played as Norshahrul Idlan Talaha picked out Zaquan Adha in the box and the Malaysia captain finally broke his five-game drought with a very smart finish. But the intensity from the home side dropped dramatically after that and Maldives were able to pick holes in Malaysia’s defence with shots of their own.
Khairul Fahmi was called into action once in the first half to close to his right hand side from Ali Fasir’s shot. The Melaka keeper also had to be on his toes in the second half to push away Ibrahim Hussain’s shot in the 60th minute.
Cheng Hoe used up his full allocated six changes to give the likes of Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin and Safawi Rasid a run out. The changes gave the Maldives side even more chance to get into the game as Malaysia were forced to defend more than they anticipated.
Petar Segrt's team constantly found space behind Malaysia's defence in the second half and that is something that Cheng Hoe will have to work on as before they face tougher opponents in the coming weeks
That said, the approximately 5000 fans in attendance were able to see Malaysia close out the match and even tripled the lead through Safawi in the 81st minute and Sumareh in the third minute of added time to put the team in a confident mood ahead of the start of the 2018 AFF Suzuki Cup on Thursday away to Cambodia.
Safawi added the gloss on the result but the one that the fans should get excited at the prospect of seeing more, is that of Nor Azam in the playmaking role at the base of midfield after the 23-year-old Maran born player proved his fitness in the 45 mintues that he was used. 
Cheng Hoe will named his final squad of 23 for the AFF in the coming days and Nor Azam Azih has to be one of the first names on the list.

Tuesday, 11 September 2018

Ranking Terkini Negara2 Jiran di Asia Tenggara ini + Lain2 (11/09/2018)

Cambodia - FIFA ranking
Current166 (16 August 2018)
Highest135 (March 2011)
Lowest198 (August 2014)

MALAYSIA ranking terkini > 171

Thailand ^122
Chinese Taipei > ^125

Indonesia > ^164
Singapore > ^169

Bangladesh > v194 
Sri Lanka >  v200

*semakan dalam halaman https://www.fifa.com/fifa-world-ranking/associations/association=cam/men/index.html

Friday, 17 August 2018

Malaysia tumbangkan Korea Selatan 2-1

JAKARTA 17 Ogos - Skuad negara mengesahkan tempat mereka dalam pusingan kalah mati bola sepak Sukan Asia 2018 dengan cukup bergaya apabila menumpaskan pasukan pilihan Korea Selatan yang diperkuatkan bintang Tottenham Hotspurs, Son Heung-min 2-1 dalam saingan Kumpulan E, Sukan Asia 2018 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung hari ini.


Kejayaan ini merupakan yang pertama buat Malaysia ke atas Korea Selatan dalam Sukan Asia selepas kali terakhir tewas 0-3 dalam temasya 2014 di Incheon. Kejayaan ini juga bermakna mereka membalas dendam kekalahan 2-1 kepada Korea Selatan dalam suku akhir Kejohanan Bawah 23 Asia di China Januari lalu.
Kemenangan ke atas Korea Selatan sekali gus meletakkan Malaysia selaku penghuni baharu kedudukan teratas dalam Kumpulan E selepas meraih enam mata daripada dua perlawanan. Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan 4-0 dalam perlawanan pertama kelmarin.
Skuad negara, yang hanya memerlukan keputusan seri untuk ke pusingan kedua, bermula dengan baik dalam pertemuan antara dua pasukan yang mengambil harimau sebagai lambang mereka dan berjaya menyaingi asakan Korea Selatan pada babak pertama apatah lagi selepas mendahului.
Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Safawi Rasid yang mengambil peluang terhidang selepas penjaga gawang Korea Selatan, Song Bum-keun terlepas bola daripada dakapannya setelah berlaga dengan pemain pertahanan.
Korea Selatan mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-12 tetapi percubaan Kim Geon-ung gagal menemui sasaran.
Lima minit kemudian Korea Selatan sekali lagi meraih peluang berharga namun percubaan Hwang Ui-jo dari dalam kotak penalti hasil hantaran silang Hwang Hee-chan sekadar melepasi gawang.
Ketika hampir memasuki waktu rehat, Safawi meledak gol kedua perlawanan selepas memperdayakan pertahanan lawan sebelum melakukan percubaan dari luar kotak untuk sekali lagi menewaskan Bum-keun.
Ini menjadikan jumlah jaringan Safawi kepada tiga selepas turut menemui sasaran ketika bertemu Kyrgyzstan.
Separuh masa kedua menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee diasak bertalu-talu namun ketangkasan benteng pertahanan yang diterajui Dominic Tan berjaya mengekang lawan.
Terdesak untuk mencari gol, Korea Selatan membawa masuk Heung-min pada pertengahan babak kedua namun barisan negara masih mampu menyerap tekanan sehinggalah Ui-jo berjaya melepasi perangkap offside untuk merapatkan jurang gol.
Mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-87 namun sepakan bebas Heung-min.
Malaysia akan bertemu Bahrain dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Isnin ini. – UTUSAN

Friday, 10 August 2018

Perlawanan Persahabatan : Malaysia atasi UAE di Shah Alam

SHAH ALAM: Insiden pergaduhan pemain mencemari kemenangan 2-0 skuad Bawah 23 (B-23) ke atas Emiriah Arab Bersatu pada aksi persahabatan terakhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Insiden itu berlaku di tengah padang selepas terdapat pemain UAE tidak berpuas hati dengan pemain negara sebelum ia merebak keseluruh pemain termasuk di bangku simpanan.
Bagaimanapun, sepanjang perlawanan, ada petanda positif yang dijelmakan pemain Datuk Ong Kim Swee sebelum ke Indonesia Isnin ini bagi menghadapi Sukan Asia.
Tidak hanya kemenangan yang jadi topik utama, daripada aksi yang dipamerkan anak buah Datuk Ong Kim Swee wajar mendapat pujian ketika langsung tidak menunjukkan rasa gerun terhadap lawan yang memiliki nama lebih gah di pentas bola sepak Asia.
Sebelum ini, Kim Swee kehilangan beberapa nama seperti Matthew Davies, Nor Azam Azih, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan juga Jafri Firdaus Chew.
Jika prestasi sama mampu dijelmakan dalam perlawanan sebenar, tidak mustahil kejutan mampu dilakar skuad B-23 seperti dilakukan pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 di China awal tahun lalu apabila lakar kejayaan mara ke suku akhir.
Terdahulu, skuad Datuk Ong Kim Swee tampil selesa dengan menguasai permainan namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-27 untuk memperoleh gol pendahuluan menerusi Safawi Rasid.
Minit ke-39, skuad negara berdepan situasi cemas apabila penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim keluar daripada posisinya dan gagal mengeluarkan bola dengan baik namun penyerang UAE, Zayadel Ameri gagal memanfaatkan peluang terhidang dengan baik.
Selang seminit selepas itu, Safawi meraih peluang terbaik menambah jaringan tetapi pertahanan lawan, Ismael Khalid Khamis nyata lebih pantas untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Bersambung babak kedua, UAE tampil lebih baik berbanding 45 minit pertama apabila dilihat lebih tersusun dalam setiap gerakan yang diatur sebaliknya benteng negara lebih berdisiplin mengekang serangan diatur lawan.
Minit ke-64, tonggak negara, gerakan solo menarik Mohammad Akhyar Abdul Rashid sekali lagi menceriakan kem negara apabila tenang melakukan sentuhan penyudah untuk menggegar gawang UAE buat kali kedua.
Ketika aksi hampir tamat, pergaduhan tercetus dalam masa kecederaan membabitkan pemain kedua-dua pasukan.


Saturday, 14 July 2018

MALAYSIA Juara Piala AFF bawah 19


KUALA LUMPUR - Malaysia menamatkan badi kejuaraan apabila menumpaskan Myanmar 4-3 untuk muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun (B-19) di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia, malam ini.
Skuad muda negara bimbingan Bojan Hodak yang sekadar muncul naib juara sebanyak lima kali, akhirnya meraih kejuaraan sulung apabila Nik Akif Syahiran Nik Mat meledakkan gol kemenangan pada minit ke-90 pada perlawanan penuh dramatik itu.
Untuk rekod, Malaysia sekadar muncul naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.
Pada aksi final, skuad negara, yang mengalahkan Myanmar 1-0 pada perlawanan kumpulan Selasa lalu, mendahului 2-0, hasil jaringan Awang Muhammad Faiz Hazziq  seawal minit ketiga dan Nik Akif Syahiran pada minit ke-18.
Myanmar, bagaimanapun, berjaya menyamakan kedudukan hasil dua jaringan pantas Win Naing Tun pada minit ke-23 dan 26, sebelum mendahului babak pertama perlawanan menerusi jaringan Myat Kaung Khant pada minit ke-31.
Sebaik sahaja babak kedua bermula, Malaysia melancarkan serangan bertali arus ke kubu Myanmar dan akhirnya, Shivan Pillay Asokan menyamakan kedudukan menjadi 3-3 pada minit ke-75.
Bagaimanapun, Nik Akif Syahiran muncul wira skuad negara dengan jaringan emas bagi menamatkan penantian Malaysia selama 16 tahun sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2002. - Bernama



Thursday, 22 March 2018

Harimau Malaya gigit jari

Kempunan tamatkan badi kekalahan selepas seri 2-2 menentang Mongolia


PENYERANG Harimau Malaya, Ahmad Hazwan Bakri (kiri) diasak oleh pemain pertahanan Mongolia pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

MASIH kempunan. Aksi sulung Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe gagal menamatkan kemarau kemenangan apabila sekadar seri 2-2 menentang Mongolia pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Keserian tersebut memanjangkan lagi rekod buruk skuad negara yang masih gagal meraih sebarang kemenangan sejak kali terakhir dilakukan ketika menang ke atas Kemboja 3-2 pada aksi Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016.

Malaysia yang berada di ranking ke-178 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilihat bergelut untuk mengatasi skuad Genghis Khan yang menduduki tangga lebih rendah iaitu 189.

Pada aksi malam tadi, Harimau Malaya terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan sendiri kapten Mongolia, Turbat Daginaa yang menanduk bola hasil sepakan penjuru Safawi Rasid pada minit ke-31

Bagaimanapun, kelebihan skuad negara itu tidak bertahan lama apabila Mongolia yang dikendalikan Michael Weiss berjaya menyamakan kedudukan menerusi Enkhbileg Purevdorj pada minit ke-43.
Bersambung pada babak kedua, kemasukan pemain gantian, Akhyar Abdul Rashid memberikan kegembiraan kepada 10,200 penyokong negara apabila meledak gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-65.
Namun, benteng pertahanan negara sekali lagi dihukum selepas Mongolia kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli pada minit ke-71.
Skuad Mongolia yang dibarisi sebahagian besar pemain semi-pro cuba mengasak benteng pertahanan Malaysia, namun keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Friday, 21 July 2017

Skuad B-22 negara rebah di bumi Siam

BANGKOK, Thailand - Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara nampaknya sudah tiada pilihan lain pada perlawanan terakhir menentang Mongolia peringkat Kumpulan H kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 B-23 esok.

Mereka perlu menang pada perlawanan itu jika mahu menempah tiket secara automatik ke kejohanan berprestij itu di China tahun depan.
Semuanya gara-gara kekalahan 0-3 kepada Thailand pada perlawanan kedua Kumpulan H di Stadium Nasional Supchalasai, Bangkok malam tadi.
Pada Rabu lalu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menang bergaya 3-0 pada aksi pembukaan menentang Indonesia, namun rentak cemerlang itu gagal diteruskan pada perlawanan dengan Thailand malam tadi.
Kekalahan tersebut meletakkan skuad B-22 negara dalam situasi belum selamat kerana Indonesia telah berpesta gol membelasah Mongolia 7-0 pada satu lagi perlawanan petang semalam.
Andai Indonesia dan Thailand berpakat mencatat keputusan seri pada aksi terakhir esok, Malaysia wajib menang ke atas Mongolia yang melakar kejutan seri 1-1 dengan Thailand, Rabu lalu.
Selepas mengharungi dua perlawanan, skuad B-22 negara kini menghuni tangga ketiga Kumpulan H dengan mengumpul tiga mata manakala Thailand mendahului kedudukan dengan empat mata diikuti Indonesia (tiga mata).
Mongolia menghuni tangga tercorot kumpulan itu dengan satu mata.
Pada aksi malam tadi, skuad negara dilihat kurang bermaya dan mereka gagal mengimbangi rentak permainan pantas yang dipamerkan pasukan tuan rumah.
Pada sepuluh minit pertama permainan, rentak skuad negara nampak lebih menyengat tetapi peluang yang mereka peroleh untuk menjaringkan gol tidak dipergunakan dengan baik.
Sebaik Thailand menemui rentak, pasukan tuan rumah itu mudah meloloskan diri untuk memecah kebuntuan pada minit ke-25 menerusi Chenrop Samphaodi diikuti jaringan kedua pemain yang sama pada minit ke-45.
Aksi pada separuh masa kedua nampak seimbang, tetapi barisan pemain negara gagal mengekalkan rentak cemerlang dan dilihat agak hilang fokus terutama pada sepuluh minit terakhir permainan.
Akibatnya, ia membuka ruang kepada Thailand untuk menambah jaringan pada minit ke-87 menerusi Phicha Au-Tra.
“Kami bermula dengan baik tetapi rentak permainan kemas itu tidak dapat dikekalkan sehingga membuka ruang kepada Thailand untuk menguasai permainan.
“Para pemain telah melakukan yang terbaik tetapi tindakan penyudah tidak begitu kemas walaupun kami memperoleh beberapa peluang untuk menjaringkan gol,” jelas Kim Swee.
Menurutnya, mereka perlu bangkit pada aksi terakhir menentang Mongolia bagi mencerahkan peluang skuad negara layak ke pusingan akhir di China tahun depan.

Tuesday, 22 November 2016

AFF SUZUKI : Malaysia hanya mahu menang (Kosmo)

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee (dua dari kiri) bersalaman dengan ketua jurulatih Vietnam, Nguyeen Huu Thang pada sidang akhbar di hotel Novotel Yangon Max, Myanmar semalam. Turut hadir kapten skuad negara, Amri Yahyah (kiri) dan ketua pasukan Vietnam, Le Cong Vinh.
YANGON, Myanmar – “Kami hanya mahu menang. Satu mata belum cukup untuk mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir. Bukan nak cakap ‘besar’ tetapi itulah hakikatnya kerana hanya kemenangan akan menjamin kedudukan kami untuk ke separuh akhir”.
Demikian tegas kapten skuad Harimau Malaysia, Amri Yahyah menjelang aksi menentang Vietnam pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B kempen Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna hari ini.
Menurut Amri, andai perlawanan berkesudahan seri, ia masih belum cukup selesa buat mereka memburu tempat ke pusingan separuh akhir.
Walaupun menyedari Vietnam tampil selaku pasukan pilihan dalam Kumpulan B, namun ia tidak mengundang gentar buat pasukan Harimau Malaysia, sebaliknya mereka lebih bersemangat untuk memastikan lawan mereka itu tersungkur seperti mana yang berlaku pada aksi separuh akhir kedua kejohanan yang sama di Hanoi dua tahun lalu.
Dalam pertemuan itu, skuad negara menang 4-2 selepas tewas 1-2 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam.
“Dengan keyakinan tinggi yang ada pada semua pemain Harimau Malaysia sekarang, saya percaya kami mampu meraih keputusan positif.


“Kami perlu mendapatkan tiga mata penuh untuk mengesahkan tempat lebih awal ke separuh akhir. Kami juga menganggap aksi menentang Vietnam esok (hari ini) ibarat perlawanan akhir,” jelas Amri pada sidang akhbar di hotel Novotel Yangon Max di sini semalam.
Tambah Amri lagi, keputusan seri hanya akan menyukarkan peluang skuad negara untuk melepasi peringkat kumpulan kerana mereka akan menentang pasukan tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir, Sabtu ini.
“Sebab itu kami perlu menang. Tiada guna kalau kami dapat tiga mata pada perlawanan pertama tetapi kemudian tewas (kepada Vietnam). Apa yang mustahak, kami akan berusaha mendapatkan kemenangan,” katanya.
Pada kejohanan kali ini, Malaysia memulakan langkah dengan bergaya apabila menang 3-2 ke atas Kemboja, manakala Vietnam pula menghampakan Myanmar 2-1.
Malaysia kini mendahului Kumpulan B dengan meraih tiga mata, manakala Vietnam di tempat kedua juga dengan tiga mata. Mereka dipisahkan dengan jumlah perbezaan jaringan.

Tuesday, 11 October 2016

Harimau Malaysia belum mampu mengaum [kosmo]

PENYERANG skuad Harimau Malaysia, Mohd. Syazwan Zainon (kiri) berjaya melepasi kawalan pemain Afghanistan, Modjieb Jamali pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi yang berkesudahan seri 1-1.

MUTU bola sepak Malaysia masih belum menjanjikan masa depan yang cerah.
Selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan dalam tempoh seminggu, tidak banyak perubahan yang boleh dibanggakan kecuali masih dalam situasi terkapai-kapai untuk mencari rentak.
Pada Jumaat lalu, skuad Harimau Malaysia sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Singapura.
Malam tadi, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu hampir dimalukan oleh negara yang sering dilanda peperangan, Afghanistan (ranking 149)pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam.
Pemain Afghanistan sebenarnya tidak menikmati aktiviti sukan dengan tenang di negara mereka seperti mana yang dilalui barisan pemain Malaysia (158), namun pasukan dari Asia Tengah itu masih mampu memperagakan gaya permainan bola sepak yang mempesonakan.
Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, namun para pemain Afghanistan lebih berani berkelana ke Eropah seperti Jerman, Sweden mahupun Itali demi mengembangkan bakat bola sepak mereka.
Maka tidak hairan, kawalan bola serta kebijaksanaan melancarkan gerak, sering kali memerangkap pemain Harimau Malaysia pada aksi di Shah Alam malam tadi ketika para pemain pasukan tuan rumah dilihat agak hilang momentum untuk memberi saingan.
Akibatnya, pasukan pelawat itu berjaya mendahului 1-0 pada minit ke-22 menerusi percubaan Noarollah Amiri dari luar kotak penalti.
Namun, kedudukan tersebut berjaya dipadamkan oleh pemain gantian Hadin Azman yang menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Walaupun skuad negara tampil lebih teratur pada separuh masa kedua, namun mereka tetap gagal meloloskan diri untuk menambah jaringan ketika barisan pemain Afghanistan mula kelihatan letih. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Wednesday, 30 March 2016

Pemain kering idea (Hmetro) MALAYSIA 0-0 MACAU

Melaka: Kegagalan mencatat kemenangan ke atas pasukan kerdil Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi pasti memberi tamparan hebat buat Harimau Malaysia.

Kebangkitan diharapkan masih belum kelihatan apabila perlawanan yang sepatutnya menjadi medan anak buah Datuk Ong Kim Swee mengasah taji hanya berakhir dengan kekecewaan seri 0-0.

Kim Swee membuat kejutan dengan melakukan rombakan besar apabila menyisihkan enam pemain yang beraksi ketika tewas 0-2 di tangan Arab Saudi pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah Jumaat lalu.

Tanpa kapten dan tonggak tengah Safiq Rahim, lilitan di lengan diserahkan kepada penyerang berpengalaman Mohd Amri Yahyah manakala pemain muda Nazmi Faiz Mansor yang tampil buat kali pertama dengan skuad senior sejak 2013 memainkan peranan bersama pasangannya ketika menjuarai Sukan SEA Jakarta 2011 Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah.


Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Izham Tarmizi Roslan yang mengambil alih tugas Khairul Fahmi Che Mat kurang diuji pasukan pelawat pada babak pertama manakala Nazirul Naim Che Hashim yang dipanggil pada saat akhir terpaksa digantikan dengan Yong Kuong Yong pada minit ke-26 akibat kecederaan.

Biarpun mendominasi sepenuhnya permainan namun anak buah Kim Swee tetap sukar menembusi gawang pasukan dibarisi kebanyakan pemain amatur yang menduduki ranking ke-195 dunia berbanding Malaysia (166).

Malaysia pada dua pertemuan terakhir kelayakan Piala Dunia 1993 mudah membelasah Macau 9-0 di Stadium Merdeka dan 5-0 di gelanggang lawan.

Hanya dua percubaan bahaya dicipta Harimau Malaysia menerusi percubaan penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-25 yang diselamatkan penjaga gol Macau Ho Man Fai manakala rembatan pemain sayap kanan Nazrin Nawi (m-37) terkena tiang gol.

Dua pertukaran dilakukan Kim Swee pada babak kedua dengan mengeluarkan Nazmi Faiz dan Matthew Davies untuk memberi ruang kepada Hafiz Kamal dan Wan Zack Haikal Wan Noor.

Bagaimanapun Harimau Malaysia terus buntu menghasilkan gol apabila beberapa percubaan tersasar dengan tandukan terbang Amri pada minit ke-83 diselamatkan Man Fai manakala sepakan percuma Hafiz lewat permainan terkena tiang.

Aksi kurang meyakinkan ini memberi petanda jelas buat Kim Swee bahawa tugasnya membawa Malaysia melepasi halangan play-off Piala Asia 2019 pada Jun serta kejohanan Piala AFF hujung tahun ini pasti sukar.

Sunday, 27 March 2016

Kim Swee puas hati prestasi Skuad Harimau Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Mac - Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan prestasi Harimau Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada gergasi Asia Barat, Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi, awal pagi tadi.



Jurulatih kelahiran Melaka itu berkata, beliau menghimpunkan kesemua 23 pemain sebagai satu pasukan pada Isnin, dan menambah semua pemain menjalani sesi pemulihan dalam tiga hari lepas untuk mengembalikan semula kecergasan selepas mengharungi perlawanan yang padat dalam Liga Malaysia.

“Seperti yang anda lihat, Arab Saudi menguasai permainan tetapi pemain kami mempamerkan prestasi yang baik dari segi pertahanan dan menyukarkan Arab Saudi (untuk menjaringkan gol) dan akhirnya, saya tidak boleh meminta lebih daripada mereka.

“Saya juga berharap kami dapat belajar daripada kekalahan ini terutama menentang pasukan negara Asia Barat seperti Emiriah Arab Bersatu, Palestin dan Arab Saudi,” Kim Swee berkata dalam sidang media selepas perlawanan itu. - BERNAMA

Friday, 13 November 2015

Kelayakan Piala Dunia 2018 : Palestin 6-0 Malaysia



Bola sepak Malaysia makin tenat


BOLA sepak Malaysia semakin tenat ekoran kekalahan 0-6 kepada Palestin pada perlawanan keenam peringkat Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan kelmarin.
Kekalahan tersebut boleh dikatakan sudah menutup peluang Malaysia yang menduduki ranking ke-171 dunia untuk meneruskan kemaraan pada dua kejohanan berprestij itu selepas mengalami kekalahan demi kekalahan dalam setiap perlawanan yang mereka harungi.
Selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Timor Leste pada 3 Oktober lalu, ramai yang menganggap skuad kendalian jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee itu akan berubah, tetapi masalah lama nampaknya tetap berulang.
Tiada keistimewaan berlaku kerana barisan pemainnya masih gagal menampilkan corak permainan bermutu tinggi.
Ekoran kekalahan tersebut, barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya tidak perlu memberi sebarang alasan kerana apa yang pasti, mereka masih kurang bijak bermain bola sepak.
 #pic espn

Palestine inflicted a second straight 6-0 thrashing on Malaysia in Group A.
Alasan takut, fobia atau tertekan sekadar mahu menutup kelemahan, lagi pun para peminat sukan No. 1 negara itu telah menyaksikan sendiri bagaimana pemain negara mudah diperbudak-budakkan oleh Palestin yang menduduki ranking ke-129 dunia pada perlawanan kelmarin.
Ekoran kekalahan tersebut, Kim Swee menjelaskan bahawa anak-anak buahnya seakan-akan sudah hilang fokus apabila bolos dua gol dalam tempoh seminit.
“Pemain macam ‘ketakutan’ untuk bermain seperti biasa dan akibatnya mereka terlalu mudah kehilangan bola yang dipergunakan sepenuhnya oleh Palestin untuk menguasai permainan.
“Kami sudah melakukan yang terbaik, tetapi dua gol Palestin itu telah membunuh rentak permainan kami,” jelas Kim Swee.
-Kosmo

Wednesday, 9 September 2015

Arab Saudi kecewakan Harimau Malaya [kosmo]

DISANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itu situasi yang berlaku di Stadium Shah Alam malam tadi yang menyaksikan skuad Harimau Malaya gagal bertahan walaupun mendahului pasukan yang menduduki ranking ke-93 dunia, Arab Saudi 1-0 pada minit ke-70 menerusi jaringan kapten Safiq Rahim pada aksi keempat peringkat Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.
Jaringan tersebut pantas dipadam oleh Taiseer Al Jassam pada minit ke-73 dan Al Sahlawi (m-76).
Pada awal perlawanan, rentak kedua-dua pasukan nampak seimbang, namun ia berubah pada separuh masa kedua selepas Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-169 dunia berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-70.
Smoke billows from flares on the pitch during the 2018 World Cup qualifying match between Malaysia and Saudi Arabia in Kuala Lumpur, Malaysia, September 8, 2015. — Reuters pic
Smoke billows from flares on the pitch during the 2018 World Cup qualifying match between Malaysia and Saudi Arabia in Kuala Lumpur, Malaysia, September 8, 2015. — Reuters pic  
Gol tersebut telah mengubah rentak permainan Arab Saudi yang tampil lebih pantas melancarkan serangan dan dalam masa tiga minit mereka berjaya menghasilkan dua gol, sekali gus memadam kelebihan yang dimiliki skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.
Berbanding aksi menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi Khamis lalu, aksi skuad negara pada perlawanan menentang Arab Saudi dilihat lebih teratur dan corak pertahanan juga nampak mantap.
Namun, kesilapan kecil pada hujung perlawanan telah membawa padah sehingga menyaksikan mereka bolos dua kali.
Begitupun, perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-88 ekoran tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Malaysia yang mula membaling suar serta membakar mercun di dalam stadium.
Malaysian football fans cheer after flares were thrown on the pitch during the 2018 World Cup qualifying football match between Malaysia and Saudi Arabia
Pemain kedua-dua pasukan telah diarah oleh jurulatih masing-masing untuk masuk ke bilik persalinan bagi menyelamatkan diri daripada terkena mercun.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berada di stadium menyaksikan perlawanan tersebut menjelaskan bahawa kawalan keselamatan sangat mengecewakan dan suar terlalu mudah dibawa masuk oleh segelintir penyokong.

KJ kesal penyokong baling suar (BHarian)

SELASA, 8 SEPTEMBER 2015 @ 10:58 PM
KJ kesal penyokong baling suar

Image result for Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kesal dengan perbuatan penyokong yang membaling suar ketika aksi Malaysia-Arab Saudi di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. 

Beliau yang berada di stadium, menyifatkan ia sebagai perbuatan yang memalukan negara dan mengkritik pihak stadium kerana gagal mengawal keadaan. Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi sebelum itu dihentikan pada minit ke-88. Menerusi Twitternya, Khairy berkata: "Saya ada di Stadium SA malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal,".