Showing posts with label JDT. Show all posts
Showing posts with label JDT. Show all posts

Saturday, 21 April 2018

Piala FA : Tok Gajah mengamuk di Larkin

CRUZ (dua dari kanan) muncul wira apabila menjaringkan hatrik ketika membantu Pahang menewaskan JDT 3-0 pada suku akhir kedua Piala FA di Larkin malam tadi.

REKOD bersih Johor Darul Ta’zim (JDT)  di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin iaitu tidak pernah kalah selama tiga tahun akhirnya lebur di tangan Pahang selepas wakil Pantai Timur itu menewaskan Harimau Selatan 3-0 di gelanggang keramat mereka pada aksi suku akhir kedua Piala FA malam tadi.

Skuad Tok Gajah melakar kejutan apabila menjadi pasukan pertama mengalahkan juara empat kali berturut-turut Liga Super itu yang mana kali terakhir skuad Harimau Selatan tewas di laman sendiri kepada Felda United pada 28 November 2015.

Penyerang kelahiran Brazil, Patrick Cruz muncul wira buat pasukan bimbingan Dollah Salleh apabila menjadi watak utama kejayaan membanggakan tersebut dengan mencipta hatrik menewaskan JDT.

Dalam aksi itu, Cruz tidak mengambil masa lama untuk membuka tirai jaringan pada minit kesembilan selepas memanfaatkan hantaran jauh rakan sepasukan sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Farizal Marlias.

Pemain berusia 25 tahun itu terus menjadi duri dalam daging buat JDT apabila menjaringkan gol kedua skuad Tok Gajah pada minit ke-58 dan melengkapkan kemenangan Pahang menerusi gol ketiga pada minit ke-76.

Pahang yang seri tanpa jaringan menentang JDT pada aksi pertama akan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dalam aksi separuh akhir selepas kelab itu menyingkirkan pasukan pilihan, Felda United dengan memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 2-2.

Pada aksi timbal balik kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka itu, PKNP FC mengalahkan skuad kendalian B. Sathianathan 2-1 menerusi dua jaringan Muhd. Shahrel Fikri Md. Fauzi pada minit ke-15 dan 43, manakala gol tunggal Felda dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-26.

Saturday, 17 March 2018

Piala FA : Kedah,Kelantan, Penang kecundang | Tiada rezeki Melaka Utd | Solehin hero gawang KL dlm sepakan penalti




Dollah tabik Tok Gajah - KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh memuji disiplin tinggi ditunjukkan pemainnya selepas menewaskan juara bertahan, Kedah pada pusingan ketiga Piala FA, malam tadi.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, kejayaan skuad Tok Gajah layak ke suku akhir begitu bermakna sekali gus mencerahkan peluang untuk menjulang trofi berprestij itu.
Malah, katanya, kemenangan itu juga menebus kembali kekecewaan apabila tewas kepada skuad Helang Merah 2-3 pada aksi final musim lalu.
"Sudah pasti kemenangan ini menambah lagi keyakinan pasukan untuk menjulang kejuaraan musim ini kerana Piala FA antara piala yang diidamkan.
CORBIN Ong cuba mengawal bola sambil diasak pemain UiTM FC Lucas Ramon (kiri) pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Stadium UiTM. -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Kemenangan tipis pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas UiTM FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA nyata belum cukup untuk memuaskan hati pengendalinya, Raul Longhi.
Meskipun jurulatih kelahiran Argentina itu mengakui kemenangan 3-2 itu adalah lebih penting, namun dia tidak gembira dengan sikap yang ditunjukkan barisan pemainnya ketika berdepan pasukan Liga Perdana itu.
"Saya tidak suka pemain mempunyai sikap sambil lewa dan mudah hilang bola walaupun menguasai perlawanan. Kami perlu ada sikap yang bagus ketika kami menguasai bola.
"Jika kita mahu berterusan menang, kita mesti tunjukkan kesungguhan dan bermain dengan baik. Kita perlu ambil peluang sebanyak mungkin dan bukannya rasa selesa apabila sudah mendahului. 
Aksi Gilmar cuba melepasi benteng pertahanan Penang

KL menang penalti


Kelantan teruk dibelasah PKNS

Thursday, 1 March 2018

JDT mati akal di Vietnam

Harimau Selatan tiada pemain kreatif seperti Diaz untuk pecah benteng lawan


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Pemergian pengurus Ulisses Morais dan penyerang Jorge Pereyra Diaz memberi kesan besar kepada persembahan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila skuad Harimau Selatan itu tumpas 0-2 kepada Song Lam Nghe An di Vinh dalam kempen Piala AFC hari ini.
Kekalahan di Stadium Vinh itu meletakkan JDT di anak tangga kedua selepas dua perlawanan dalam Kumpulan H di belakang kelab Vietnam itu yang mengumpul enam mata.
Harimau Selatan, yang menyaksikan ketua jurulatih Ulisses Morais melepaskan jawatan jelas terasa dengan ketiadaan Diaz yang tiba-tiba meninggalkan pasukan sebelum mereka ke Vietnam apabila tiada pemain yang mampu merancang formula untuk menembusi benteng lawan.
Selepas menang selesa 3-0 ke atas Persija Jakarta di laman sendiri, JDT gagal mengulangi kecemerlangan itu apabila beraksi seperti hilang arah terutama di bahagian serangan sepanjang perlawanan walaupun menguasai 63 peratus kawalan bola.

Sebaliknya Song Lam yang hanya menyerang sekali sekala bermain lebih bijak apabila berusaha mencari gol awal selain menggunakan serangan balas pantas untuk menembusi gawang JDT dan beberapa kali hampir menambah jaringan.
Gol pertama pasukan tuan rumah dijaringkan Phan Van Duc pada minit ke-22 sebelum mereka bertahan dengan baik hingga babak pertama berakhir.
JDT yang sibuk mencari gol penyamaan pada babak kedua pantas mengasak namun mendapati sukar untuk menembusi benteng pertahanan Song Lam yang bermain berhempas pulas mempertahankan kelebihan satu gol tersebut.
Ini menyebabkan Song Lam terpaksa bermain agak keras untuk mengekang pergerakan pemain JDT sehingga menyaksikan dua pemain pertahanannya Ho Sy Sam dan Le Van Hung dilayangkan kad kuning dalam usaha membendung asakan bertali arus pasukan pelawat.
JDT bagaimanapun masih gagal mencari jawapan untuk menembusi benteng Song Lam dan kekecewaan itu diterjemahkan oleh layangan kad kuning kepada S. Kunanlan dan Luciano Figueroa pada penghujung permainan.
Ketika JDT semakin tertekan dan terdesak mencari gol, tuan rumah mengambil kesempatan daripada kelekaan pelawat dan menerusi serangan balas pantas pada masa kecederaan membolehkan mereka menggandakan jaringan menerusi Phan Xuan Manh.
Dengan kemenangan itu, Song Lam kini mengungguli Kumpulan H dengan enam mata hasil dua kemenangan berturut-turut manakala JDT menghuni tangga kedua kumpulan dengan tiga mata tetapi masih bergantung kepada keputusan satu lagi aksi antara Persija dan Tampines Rovers.

Sunday, 29 October 2017

MSL : Melabuhkan tirai 2017


Carta Liga Super tamat 22 perlawanan musim ini.
Juara Liga Super 2017: 
JDT FC
Naib Juara Liga Super 2017:
PAHANG FA
Turun ke Liga Premier:
SARAWAK FA & PULAU PINANG FA
Promosi ke Liga Super musim 2018:
KUALA LUMPUR FA & TERENGGANU FA

Friday, 6 October 2017

‘Liga Malaysia ibarat saingan EPL Asia Tenggara’


MUNGKIN tidak keterlaluan untuk mengatakan kemeriahan Liga Malaysia (Liga M) khususnya Liga Super antara salah satu elemen penting membuatkan Mario Gomez tidak boleh melupakan pelbagai memori di negara ini.
Tiba ke Malaysia dengan dilantik sebagai jurulatih kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2015, Gomez, 60, telah menikmati pelbagai kejayaan bersama skuad Harimau Selatan menjulang Liga Super dan Piala Sumbangsih selain trofi terbesar - Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sepanjang dua tahun di Larkin.
Gomez yang tidak membim­bing mana-mana kelab sejak meninggalkan JDT pada Mac lalu, telah mendapat pelbagai tawaran dari kelab di Thailand dan Indonesia, tetapi ia masih belum cukup untuk meyakinkan pengendali kelahiran Argentina itu menyertai mereka.
Ini kerana bekas jurulatih South China tersebut mendedahkan beliau masih menanti dan berminat untuk membuat penampilan di Malaysia ke­rana Gomez menyifatkan Liga Super boleh dianggap sebagai Liga Perdana England (EPL) versi Asia Tenggara.

“Kamu tidak boleh melupakan suasana di sini (Malaysia), liga mereka benar-benar menakjubkan. Saya telah merasai kesemua itu ketika bersama JDT. Saya sangat gembira sepanjang berada di Johor dan mereka memberikan layanan terbaik buat saya.
“Baik pihak pengurusan mahupun para peminat, Johor (JDT) adalah yang terbaik. Memori ketika berada di Larkin adalah satu pengalaman cukup manis sepanjang karier saya.
“Liga Super umpama EPL, mungkin EPL versi Asia Tenggara. Itulah antara salah satu sebab mengapa saya masih berminat untuk beraksi di Malaysia. Saya sanggup tunggu biarpun mendapat tawaran daripada Thailand dan Indonesia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Mar del Plata, Argentina semalam.
Dalam perkembangan sama, Gomez mendedahkan bahawa beliau telah dihubungi seorang ejen dari pasukan Liga M, tetapi enggan menamakan pasukan tersebut memandangkan tiada tawaran rasmi diserahkan kepadanya.
Pun begitu, Gomez mengakui sudah tidak sabar untuk membuat penampilan semula di Malaysia khususnya pasukan yang bersaing di Liga Super tahun depan.
“PKNS FC (kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor)? Saya tidak tahu, tetapi saya suka kemungkinan itu (menyertai PKNS FC). Ada ejen menghubungi saya untuk mengetahui minat saya menjadi jurulatih di Malaysia.
“Buat masa ini, tiada tawaran rasmi dari kelab-kelab tersebut dan saya tidak mahu menamakan pasukan itu memandangkan ia masih belum lengkap.
“Namun, boleh disahkan saya sememangnya berminat untuk melatih pasukan di Liga M dan menunggu tawaran rasmi daripada mereka sahaja,” katanya.

Saturday, 8 July 2017

Keputusan Piala Malaysia : PERAK,PKNP teratas dlm grup selapas 2 perlawanan | MU benam Red Warriors 3-0



PKNS FC gagal memanfaatkan aksi di Stadium Shah Alam,  apabila tewas 1-2 kepada Felda United dalam aksi Kumpulan B.



MELAKA United mula meraih keputusan positif pada aksi kedua Kumpulan C Piala Malaysia 2017 apabila menundukkan Kelantan 3-0 di Stadium Hang Jebat malam tadi, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan di laman sendiri sejak Februari lalu.
 



Saturday, 21 January 2017

KEDAH juara Piala Sumbangsih 2017 menerusi penentuan penalti

Kedah dinobatkan juara Piala Sumbangsih 2017 dan membawa pulang hanya 1 mata dari Larkin. Ia sekaligus menamatkan penantian sejak 1994. Ia juga trofi ketiga Tan Cheng Hoe dalam masa 3 tahun.
Kedah menang menerusi sepakan penalti dengan kemenangan 4-5.
  • Ini kali kedua Kedah memenangi trofi menerusi penentuan sepakan penalti.

JDTKedah
Baralles✓Farhan✓
Antonio✓Akram✓
Cabrerra✓Ilso✓
BrianXBaddrol✓
Safiq✓Liridon✓
ALOR SETAR: Kemenangan Kedah merangkul Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang lawan malam tadi, disifatkan sebagai hadiah sempena Hari Keputeraan Ke-89 Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah. Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata ia juga sebagai pencetus kepada pasukan Helang Merah untuk beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super. 


PENYERANG JDT, Brian Federico Ferreira melayangkan badan untuk menanduk bola dalam perlawanan Sumbangsih menentang Kedah di Stadium Larkin malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI 

"Alhamdulillah, kemenangan ini sangat bermakna buat Kedah yang sedang menyambut Hari Keputeraan Sultan. Kemenangan malam tadi menjadi penyuntik semangat untuk kami terus beraksi cemerlang. "Ini kesungguhan pemain yang bertungkus-lumus untuk menang. Bukan mudah untuk menundukkan JDT di tempat mereka," katanya kepada Bernama.

Monday, 8 August 2016

Penyokong Perak, JDT bergaduh [kosmo]

Oleh SAHLIZAH MOHAMED dan MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

RAKAMAN keratan video menunjukkan Supian diserang oleh dua penyokong Johor DT di Stadium Perak, Ipoh.
IPOH – Sekurang-kurangnya lima orang cedera termasuk dua anggota polis dan seorang petugas media akibat pergaduhan antara penyokong pasukan Perak dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Perak, malam kelmarin.
Kekecohan dipercayai berpunca akibat provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan selepas Johor DT berjaya membenam Perak 1-0 dalam perlawanan Liga Super.
Wartawan Kosmo! yang turut berada di stadium mendapati penyokong kedua-dua pasukan pada awalnya berbalas jeritan dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum keadaan bertambah tegang apabila ada antara mereka yang saling membaling objek seperti botol air, batu serta kerusi plastik stadium.
Ketegangan di bangku penonton menyebabkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis mengarahkan hampir 1,000 penyokong pasukan Johor DT masuk ke tengah padang.
Bagaimanapun, provokasi dan perbuatan membaling objek masih berlaku apabila penyokong kedua-dua pasukan sama-sama mendekati pagar di kawasan penonton.
Dalam pada itu, nasib malang menimpa seorang jurukamera The New Straits Times Press (NSTP), Supian Ahmad, 37, yang mengalami kecederaan akibat dipukul penyokong Johor DT kerana berang gelagat mereka dirakamkan semasa berada di atas padang.
Selain mengalami kecederaan pada muka dan badan, kamera jenis Canon 1DX yang bernilai hampir RM30,000 yang digunakannya turut dirampas penyokong manakala sebuah laptop miliknya turut rosak.

Saturday, 14 May 2016

Harimau Selatan tepati ramalan {kosmo}

PEMAIN PKNS FC, Juan Manuel Cobelli (kiri) terlepas peluang menyumbat gol ke gawang Johor DT pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi. Harimau Selatan muncul juara setelah menewaskan The Red Ants 2-1.
JOHOR Darul Takzim menepati ramalan sebagai pasukan pilihan apabila berjaya menjadi juara Superbest Power Piala FA 2016 dengan menundukkan PKNS FC 2-1 dalam aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan muncul sebagai kelab tempatan pertama menjadi juara Piala FA dan pasukan kedua selepas Lions XII di dalam sejarah Liga Malaysia (Liga M).
Sebagai rekod, Lions XII muncul sebagai juara pertama apabila wakil jemputan dari Singapura itu menewaskan Kelantan pada tahun lalu.
Beraksi di separuh masa pertama di depan lebih 75,000 penyokong, PKNS tidak mengambil masa lama untuk melakukan kejutan apabila mendahului perlawanan seawal minit kelima me­nerusi sepakan penalti Gabriel Guerra.
Kejayaan itu hadir apabila Gonzalo Soto dikasari dalam kawasan kotak penalti sekali gus menyaksikan Guerra tidak berdepan masalah untuk menewaskan penjaga gol Johor DT, Mohd. Izham Tarmizi Roslan.
Tersentak dengan jaringan awal dari The Red Ants, skuad Harimau Selatan mengasak benteng pertahanan pasukan lawan dengan melancarkan serangan bertali arus.
Saat yang dinanti-nantikan Johor DT akhirnya tiba apabila pengadil, Syed Azhar Syed Kamar memberikan sepakan penalti kepada skuad Harimau Selatan sebaik penjaga gol PKNS, G. Jeevanathan mengasari pemain sayap lincah Harimau Selatan, Jorge Pereyra Diaz dan Safiq Rahim berjaya menunaikan tugasnya dengan sempurna untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-15.
Juara Piala AFC 2015 itu terus memberikan tekanan kepada wakil Liga Premier tersebut dan Safiq sekali lagi memainkan peranan penting apabila melakukan sepakan percuma pantas dengan melorongkan bola kepada Diaz yang berjaya menjaringkan gol kedua Johor DT pada minit ke-35.
Bersambung di separuh masa kedua, skuad bimbingan Mario Gomez terus menguasai sebahagian besar perlawanan dan terus berusaha untuk mencari gol ketiga dengan mengasak benteng pertahanan pasukan bimbingan E. Elavarasan.
Mohd. Aznie Taib hampir berjaya untuk ‘membunuh’ perlawanan itu lebih awal apabila memiliki peluang terbaik gol kedua peribadi tetapi Jeevanathan menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan percubaan tepat pemain tengah Harimau Selatan itu pada minit ke-55.
PKNS mempamerkan kebangkitan dalam tempoh 10 minit terakhir menerusi dua peluang dari Matias Jadue dan Juan Corbelli tetapi kedua-dua percubaan tepat The Red Ants itu tersasar sekali gus keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

FINAL FA CUP : JDT vs PKNS

Apa kata kapten sebelum perlawanan malam ini.

> "Sebelum ini saya berada di stadium itu (Shah Alam), mungkin saya mahu sesuatu malam malam ini, harap dapat sesuatu untuk bantu pasukan dan cipta sejarah peribadi buat diri saya sendiri,".
Kapten Johor DT, Safiq Rahim 
> "Moral pemain berada pada tahap terbaik dan tidak sabar menanti malam ini apatah lagi ia final pertama buat kelab kami." - Kapten PKNS FC Shahrul Azhar Ture






Sunday, 24 April 2016

MSL : KEDAH JDT sama handal

MOHD. AMIRUL IZWAN (empat dari kanan) cuba meredakan ketegangan para pemain Kedah dan Johor DT pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

IMPIAN Johor Darul Takzim (JDT) untuk menebus kekecewaan setelah tewas kepada Kedah minggu lalu tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Skuad Helang Merah yang masih segar dengan kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Superbest Power Piala FA pada 16 April lalu terlebih dulu di depan menerusi jaringan Badrol Bakhtiar seawal minit pertama.
Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Mario Gomez yang terdesak memburu gol menggandakan asakan sehingga menimbulkan keadaan tegang akibat beberapa kekasaran dalam kalangan pemain, namun dapat dikawal dengan baik oleh pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Izwan Yacob.
Skuad Harimau Selatan akhirnya mampu menarik nafas lega sebelum masuk ke bilik persalinan apabila memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan dengan baik pemain import, Juan Martin Lucero pada masa tambahan babak pertama untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Johor DT yang tekad melunaskan dendam tewas di gelanggang sama Sabtu lalu mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun dipersiakan barisan depan.
Dalam pada itu, impian Sarawak untuk meraih kemenangan di laman sendiri di Stadium Negeri, Kuching tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Pahang.
Tuan rumah terlebih dulu di depan menerusi jaringan Juninho Aparecido pada minit ke-30, sebelum pemain import Tok Gajah, Dalibor Volas menyamakan kedudukan pada minit ke-56.
Sementara itu, Kelantan bangkit daripada kekalahan 3-4 kepada Pahang Rabu lalu dengan menjadikan Terengganu sebagai mangsa untuk meraih kemenangan ketiga daripada sembilan perlawanan Liga Super pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Wan Zack Wan Haikal Wan Nor mencuri tumpuan penyokong The Red Warriors apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-13 dan m-62, manakala Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi menghasilkan gol ketiga pada minit ke-89.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal memanfaatkan peluang untuk meraih kemenangan ke atas Selangor yang beraksi 10 pemain selepas Mohd. Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah pada minit ke-71 apabila sekadar seri tanpa jaringan.

Friday, 4 March 2016

FA Cup : Johor DT, PDRM ke suku akhir

PENYERANG Johor DT, Aznie Taip (kanan) melepaskan rembatan kencang ke arah pintu gol Negeri Sembilan pada aksi pusingan ketiga Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi yang berkesudahah Harimau Selatan menang 4-1.
JOHOR DARUL TAKZIM (Johor DT) tampil dalam kelas tersendiri apabila memusnahkan impian Negeri Sembilan 4-1 pada aksi pusingan ketiga Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan skuad Harimau Selatan mara ke pusingan suku akhir piala berprestij itu yang dijadualkan bermula pertengahan bulan ini.
Pada perlawanan malam tadi, Johor DT tidak menunggu lama untuk merobek gawang pasukan Negeri Sembilan apabila memperoleh jaringan pembukaan seawal minit kelapan menerusi Aznie Taip.
Tiga minit selepas itu, giliran Amri Yahyah pula mencatat nama selaku penjaring apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11 bagi membolehkan Harimau Selatan mendahului 2-0.
Aksi semalam boleh dikatakan 90 peratus dikuasai Harimau Selatan yang nampak mantap di semua posisi sehingga menyukarkan pasukan lawan untuk melancarkan gerak.
Pada separuh masa kedua, rentak Johor DT semakin garang dan asakan demi asakan yang mereka lancarkan telah memaksa pemain pasukan lawan bekerja keras bagi menghalang kemaraan penyerang Harimau Selatan.
Begitupun, skuad kendalian Mario Gomez itu masih mampu meloloskan diri apabila menambah dua lagi jaringan pada minit ke-64 dan 90 menerusi jaringan Jorge Pereyra Diaz.
Walaupun lebih banyak bertahan sepanjang perlawanan tersebut, namun Negeri Sembilan tetap berjaya memecah kebuntuan apabila memperoleh jaringan saguhati menerusi serangan balas pada minit ke-67 yang disempurnakan pemain importnya, Andrew Nabbout untuk menjadikan kedudukan 4-1 memihak kepada Johor DT dan ia kekal sehingga tamat perlawanan.
Turut menempah tiket ke suku akhir ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencipta kejutan selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Turut mara ke suku akhir adalah Kedah yang menewaskan Kelantan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa penuh perlawanan dan tamat 30 minit masa tambahan
Lawan mereka pada pusingan suku akhir nanti hanya akan diketahui selepas undian dijalankan esok.

Friday, 26 February 2016

AFC Cup : Selangor sekadar seri manakala JDT kenduri besar




Johor Darul Ta’zim (JDT) have had a fantastic start to the season and they proved it again by thrashing Myanmar’s Ayeyawady United with a whopping score of 8-1 in the AFC Cup.
Every player in Mario Gomez’s squad played to their full potential, and there was a beautiful cohesion to every movement and run. But one man was central to almost all their goals tonight – Safiq Rahim.
The playmaker scored three goals and assisted four other goals – meaning that he was involved in seven out of their eight goals, tonight.  He contributed two assists for Juan Martin Lucero, releasing him for a one-on-one chance to strike it home pass Ayeyawady’s shot stopper. The number 8 also assisted Aidil Zafuan from a free-kick and another coming from a corner kick, dropping perfectly for Marcos Antonio to volley it into goal.
But obviously, his hat-rick takes the cake. His first goal was an absolute stunner as he dribbled past three players before firing a shot from 25 yards out to make it 1-0. His second and third goals – though less spectacular – were products of clinical finishes.
Pereyra Diaz was influential, Kunanlan was unstoppable on the flanks and Lucero even bagged two goals. But Safiq displayed sheer dominance on the pitch. He had supersonic vision, unbridled energy and a terrific eye for goal – things that eventually dismantled the core of Ayeyawady’s set-up.
Fully deserves to be hailed as the ‘Man of the Match’.

Friday, 6 November 2015

JDT leburkan sisa peluang Perak (utusan)



IPOH – Johor Darul Ta’zim me­leburkan sisa peluang Perak untuk layak ke suku akhir persaingan Piala Malaysia apabila membenam pasukan tuan rumah 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Perak semalam yang menyaksikan pasukan pelawat menjaringkan gol kontroversi.

Kekalahan itu menutup terus peluang Perak untuk meneruskan kemaraan setelah kekal di anak tangga tercorot kumpulan dengan tiga mata hasil satu kemenangan.

Keputusan itu bermakna slot terakhir ke suku akhir dari Kumpulan B kini menjadi perebutan di antara pasukan Sarawak (7 mata) dan ATM (4 mata) yang akan ditentukan menerusi perlawanan pada 21 November ini.
Dalam perlawanan semalam, meskipun sudah mengesahkan kemaraan ke suku akhir, JDT yang masih segar dengan kejayaan muncul juara Piala AFC, tetap mempamerkan aksi bertenaga.

Begitupun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mencipta jari­ngan menerusi pemain dari Brazil, Charles Souza Chad pada minit ke-29 setelah menanduk sepakan bebas Mohd. Hafiz Ramzan untuk menewaskan pengaja gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila JDT bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-33 apabila pemain itu pantas menyambar bola yang ditampan penjaga gol Perak, Hairol Fazreen setelah Haris Harun melepaskan rembatan kencang.

Jaringan tersebut mencetuskan kontroversi kerana pada awalnya dibatalkan oleh pengadil Zulkifli Ahmad kerana offside setelah penolong pengadil 2, Mohd. Fairuzi Mat Desa mengangkat bendera.

Namun pembatalan itu dibantah keras oleh pemain JDT kerana seorang pemain tuan rumah iaitu Mohd. Hafiz Ramdan masih berada pada posisi terakhir pertahanan Pe­rak, namun pemain itu berada dalam keadaan terbaring kerana cedera.
Setelah berbincang dengan Mohd. Fairuzi, Zulkifli kemudian­nya membenarkan jaringan tersebut untuk JDT mengikat kedudukan 1-1.

PENJAGA gol JDT, Izham Tarmizi Roslan sempat menumbuk bola ketika cuba menghalang kemaraan pemain Perak, Wong Namkoong (kanan) dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh semalam. JDT menang 2-1.

JDT kemudian mendahului apabila Safee Sali menanduk kemas hantaran lintang Harus Harun pada minit ke-45 untuk pasukan pelawat menutup babak pertama dengan mendahului 2-1.

Perak hampir memperoleh peluang untuk jaringan penyamaan apabila pemain dari Korea Selatan, Woong Namkung dijatuhkan di dalam kawasan penalti JDT pada minit ke-73 namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti.

Sementara itu, Timbalan Pre­siden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Sharulzaman Yahya berkata, Pafa akan meminta penjelasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan pengadil yang membenarkan jaringan Amri.

Menurutnya, apa yang beliau faham, kedudukan seseorang pemain yang tercedera tidak boleh diambil kira walapun di mana sekalipun posisi pemain tersebut berada.

“Jaringan kontroversi ini telah merencatkan semangat dan rentak permainan pasukan Perak,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.