Dollah tabik Tok Gajah - KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh memuji disiplin tinggi ditunjukkan pemainnya selepas menewaskan juara bertahan, Kedah pada pusingan ketiga Piala FA, malam tadi.
Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, kejayaan skuad Tok Gajah layak ke suku akhir begitu bermakna sekali gus mencerahkan peluang untuk menjulang trofi berprestij itu.
Malah, katanya, kemenangan itu juga menebus kembali kekecewaan apabila tewas kepada skuad Helang Merah 2-3 pada aksi final musim lalu.
"Sudah pasti kemenangan ini menambah lagi keyakinan pasukan untuk menjulang kejuaraan musim ini kerana Piala FA antara piala yang diidamkan.
CORBIN Ong cuba mengawal bola sambil diasak pemain UiTM FC Lucas Ramon (kiri) pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Stadium UiTM. -Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kemenangan tipis pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas UiTM FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA nyata belum cukup untuk memuaskan hati pengendalinya, Raul Longhi.
Meskipun jurulatih kelahiran Argentina itu mengakui kemenangan 3-2 itu adalah lebih penting, namun dia tidak gembira dengan sikap yang ditunjukkan barisan pemainnya ketika berdepan pasukan Liga Perdana itu.
"Saya tidak suka pemain mempunyai sikap sambil lewa dan mudah hilang bola walaupun menguasai perlawanan. Kami perlu ada sikap yang bagus ketika kami menguasai bola.
"Jika kita mahu berterusan menang, kita mesti tunjukkan kesungguhan dan bermain dengan baik. Kita perlu ambil peluang sebanyak mungkin dan bukannya rasa selesa apabila sudah mendahului.
Aksi Gilmar cuba melepasi benteng pertahanan Penang
KL menang penalti
Kelantan teruk dibelasah PKNS
No comments:
Post a Comment