CALIFORNIA -
Penyerang veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic sah menjadi milik pasukan Liga
Major Amerika Syarikat (MLS), Los Angeles Galaxy selepas kontraknya bersama
Manchester United ditamatkan semalam.
"Saya sangat gembira dapat
menyertai LA Galaxy yang saya percaya merupakan kelab yang tepat untuk
mengakhiri karier saya. Ini adalah pasukan terbaik di Amerika Syarikat dan saya
harap dapat lakukan yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan sebentar
tadi.
Sebagai rekod, Ibrahimovic yang
kini berusia 36 tahun pernah dianggap antara penyerang terbaik dunia dan pernah
mewakili beberapa pasukan besar seperti United, Barcelona, Juventus, dan Paris
Saint-Germain (PSG). - Agensi
No comments:
Post a Comment