Showing posts with label Nani. Show all posts
Showing posts with label Nani. Show all posts

Friday, 1 July 2016

EURO 2016 : Portugal reach Euro 2016 semi-finals with win over Poland on penalties




Lewandowski ends a run of 7 games without a goal.

Only Luís Figo (5) has more assists at the EUROS for Portugal than Nani (4)


Cristiano Ronaldo is now unbeaten in his last 13 competitive games for Portugal.

Łukasz Fabiański





Tuesday, 19 August 2014

Nani bakal jadi 'korban' van Gaal

 Nani gagal menampilkan aksi konsisten & dijangka berpindah ke Sporting Lisbon

LONDON - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal dilaporkan bersedia untuk 'memulangkan' Nani ke Sporting Lisbon bagi mendapatkan tonggak pertahanan Argentina, Marcos Rojo ke Old Trafford.
Marcos Rojo  Van Gaal terpaksa melakukan pertukaran itu bagi mengatasi krisis di benteng pertahanan United yang tampak goyah ketika tewas 1-2 kepada Swansea City pada aksi pembukaan Liga Perdana England di Stadium Old Trafford, Sabtu lalu.
United gagal mendapatkan khidmat tonggak Borussia Dortmund, Mats Hummels dan Thomas Vermaelen yang membuat keputusan untuk menyertai Barcelona dari Arsenal.
Bagaimanapun, United optimis dapat merealisasikan perpindahan itu apabila bersedia mendapatkan khidmat Rojo dengan harga £16 juta(RM84.3 juta) bersama Nani yang dibeli dari Sporting Lisbon pada 2007.
Van Gaal dilapor kurang gembira dengan prestasi semasa Nani yang tidak konsisten dan ketika ini, perbincangan masih dijalankan antara kedua-dua pihak.
Rojo turut mencetuskan kontroversi apabila 'ponteng' latihan gara-gara mahu menyertai United dengan kadar segera.
Bagaimanapun, dia memohon maaf di atas tindakannya itu.
"Saya minta maaf kepada Sporting kerana tanpa mereka, siapalah saya sekarang.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana masih mempercayai saya," katanya yang kembali menyambung latihan kelmarin. - Agensi