Showing posts with label seri. Show all posts
Showing posts with label seri. Show all posts

Sunday, 1 September 2019

EPL : Emery bangga kebangkitan Arsenal | ARSENAL 2-2 SPURS

LONDON - Pengurus Arsenal, Unai Emery memuji semangat juang yang ditampilkan barisan pemainnya ketika bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium Emirates malam kelmarin.
The Gunners yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, berada di ambang kekalahan apabila Spurs berjaya mendahului 2-0 menerusi jaringan Christian Eriksen dan Harry Kane sebelum Alexandre Lacazette merapatkan kedudukan 2-1 pada hujung separuh masa pertama.

Serangan demi serangan yang dilancarkan Arsenal sebaik separuh masa kedua bermula akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71.
“Saya sangat bangga dengan kesungguhan yang ditampilkan semua pemain pada perlawanan hari ini (kelmarin). Mereka bermain dengan sepenuh hati, kadang-kadang mungkin melebihi apa yang diminta.


“Kami melakukan beberapa kesilapan pada separuh masa pertama, jadi kami cuba tenangkan fikiran dan perbaiki kelemahan itu. Penyokong juga banyak membantu kami, tetapi gol pertama merupakan kunci kebangkitan Arsenal,” kata Emery.
Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu menegaskan, The Gunners sepatutnya mampu meraih tiga mata penuh di laman sendiri.
“Kami lebih layak untuk memenangi perlawanan ini. Bagaimanapun, saya gembira dengan corak permainan yang ditampilkan kedua-dua pasukan dan saya percaya penonton juga terhibur,” ujarnya. 

Saturday, 17 August 2019

Piala Malaysia : Perak sekadar seri dgn Penang

Perak terpaksa berpuas hati apabila hanya mencatat keputusan sekadar seri 1-1 menentang Pulau Pinang dalam perlawanan ketiga Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.
Gol pendahuluan The Bos Gaurus terhasil pada minit ke-12 hasil jaringan Ronaldo yang mendapat hantaran lintang daripada J. Partiban.
Anak buah Mehmed Durakovic terus mengasak namun beberapa peluang yang dicipta tidak disempurnakan dengan baik dan Pulau Pinang yang juga cuba membuat serangan balas gagal mencari gol penyamaan untuk menembusi kubu lawan.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat menerusi Casagrande berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-63.
Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, Perak mengatur kembali serangan namun tidak dapat menambah jaringan dan keputusan seri kekal hingga tamat perlawanan.






"Kita sepatutnya menang tetapi tidak berfungsi depan gol"
Berikut merupakan reaksi ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic selepas tamat perlawanan  di Stadium Perak.
sumber : MFL fb

Thursday, 6 December 2018

Kecewa Arsenal bila seri ngan Menyu.Punah harapan 3 mata


Arsenal stretched their unbeaten run in all competitions to 20 matches but were denied victory by Manchester United in a 2-2 draw at Old Trafford.

Shkodran Mustafi forced a header past David De Gea at a corner to put Arsenal ahead on 26 minutes, but Anthony Martial quickly levelled from close range after Ander Herrera's cutback.

Marcos Rojo turned the ball into his own net under pressure from substitute Alexandre Lacazette to restore Arsenal’s lead on 68 minutes.

But straight from kick-off, Lingard exploited uncertainty in the Arsenal defence to deny them their first league win at Old Trafford since 2006.

Both sides had chances to win it, with De Gea tipping away Pierre-Emerick Aubameyang’s shot and substitute Romelu Lukaku coming close at the other end.

Arsenal drop to fifth on 31 points, while United remain eighth on 23 points.






Saturday, 4 August 2018

Perak lepas peluang kutip 3 mata di laman sendiri dgn pendatang baharu Felcra

Pemain tengah Perak, Brendan Gan (kiri) cuba melepasi halangan pemain pertahanan Felcra FC, Mohd. Alif Samsudin dalam perlawanan pertama Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh mlm tadi.

IPOH - Pasukan bola sepak Perak melepaskan peluang baik untuk memperoleh kemenangan ke atas Felcra FC selepas hanya sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama Kumpulan A Piala Malaysia di gelanggang sendiri di Stadium Perak di sini malam tadi.
Perak bermula garang seawal minit pertama perlawanan apabila terus menekan pasukan lawan dalam usaha mendapatkan jaringan awal perlawanan. 

The Bos Gaurus mendapat peluang baik pada minit kedua apabila penyerang mereka, Gilmar Jose da Silva Filho menanduk bola tepat ke gawang Felcra FC tetapi ia berjaya ditepis penjaga gol, Mohamad Fadley Abdul Rahim. 
Berselang 10 minit kemudian, giliran Felcra FC menyusun serangan dan mereka memperoleh peluang apabila penyerang, Anselmo Arruda da Silva membawa bola masuk ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan tendangan namun berjaya dihalang pemain pertahanan Perak. 

Pasukan tuan rumah sekali lagi mendapat peluang untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-32 namun bola tendangan penyerangnya, Wander Luiz Bitencourt Junior sekadar melepasi palang gol pasukan lawan. 
Pemain import pertahanan Perak, Jad Noureddine terlepas peluang untuk mendapatkan gol buat pasukannya apabila tandukannya selepas mendapat bola tinggi lambungan rakan sepasukan di dalam kotak penalti sedikit tersasar pada minit ke-40. 
Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga wisel penamat babak pertama dibunyikan. 
Bersambung babak kedua, Perak memperkemaskan serangan namun tendangan kencang Brendan Gan berjaya ditanduk keluar pemain pertahanan Felcra FC. 
Beberapa percubaan pemain Perak turut berjaya dinafikan apabila Mohamad Fadley beraksi cemerlang mempertahankan bola daripada menerjah gawang Felcra FC.
Perak turut mendapat peluang untuk mendapatkan jaringan selepas pemain pertahanan Felcra, Mohamad Fandi Othman menerima layangan kad kuning kedua sekaligus terpaksa keluar dari perlawanan kerana dia menahan bola menggunakan tangan berhampiran kotak penalti pada minit ke-83.

Bagaimanapun, peluang tersebut tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah dan keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan yang dihadiri lebih 2,400 penyokong kedua-dua pasukan. - K! ONLINE 

Saturday, 14 July 2018

Perak sekadar seri 1-1 dengan Pahang di gelanggang sendiri


IPOH - Skuad Perak gagal memanfaatkan bermain di gelanggang sendiri apabila hanya memperoleh satu mata selepas Seri 1-1 ketika menentang Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di sini sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan bermula dengan permainan corak pantas apabila mereka saling memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan masing-masing dalam usaha mencari gol pembukaan awal. 
The Bos Gaurus mendapat peluang untuk mendapatkan jaringan awal pada minit ke-13 apabila pemain tengahnya, Kenny Pallraj Davaragi membuat hantaran silang di hadapan gol Pahang namun dihalang pemain pertahanan pelawat, Muhammad Safuwan Baharudin. 
Perak terlebih dahulu tersentak apabila anak-anak buah Dollah Salleh berjaya menghasilkan jaringan menerusi penyerang berbisa Pahang, Norshahrul Idlan Talaha yang mudah menolak masuk bola ke dalam gawang selepas mendapat hantaran silang daripada rakan sepasukan, Mohamadou Sumareh pada minit ke-16. 
Tuan rumah bagaimanapun bangkit memperkemaskan rentak permainan mereka dengan mengucar-kacirkan pertahanan kubu lawan sehingga usaha mereka berhasil mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-25. 
Jaringan tersebut diperolehi menerusi pemain penyerang Perak, Mohd. Nor Hakim Hassan yang merembat kencang bola di dalam kotak penalti sepepas mendapat bola hantaran daripada Kenny untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Eliza Elias. 
Perlawanan bertambah rancak selepas kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan demi serangan ke gawang lawan namun tiada jaringan gol dapat dihasilkan sehingga wisel penamat babak pertama dibunyikan pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamed. 
Babak kedua perlawanan, Pahang dilihat lebih banyak mengasak kubu pertahanan dalam usaha mendapatkan gol kedua namun beberapa usaha mereka tidak berhasil menterjemahkan jaringan. 
Keputusan seri 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. 

Thursday, 22 March 2018

Harimau Malaya gigit jari

Kempunan tamatkan badi kekalahan selepas seri 2-2 menentang Mongolia


PENYERANG Harimau Malaya, Ahmad Hazwan Bakri (kiri) diasak oleh pemain pertahanan Mongolia pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

MASIH kempunan. Aksi sulung Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe gagal menamatkan kemarau kemenangan apabila sekadar seri 2-2 menentang Mongolia pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Keserian tersebut memanjangkan lagi rekod buruk skuad negara yang masih gagal meraih sebarang kemenangan sejak kali terakhir dilakukan ketika menang ke atas Kemboja 3-2 pada aksi Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016.

Malaysia yang berada di ranking ke-178 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilihat bergelut untuk mengatasi skuad Genghis Khan yang menduduki tangga lebih rendah iaitu 189.

Pada aksi malam tadi, Harimau Malaya terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan sendiri kapten Mongolia, Turbat Daginaa yang menanduk bola hasil sepakan penjuru Safawi Rasid pada minit ke-31

Bagaimanapun, kelebihan skuad negara itu tidak bertahan lama apabila Mongolia yang dikendalikan Michael Weiss berjaya menyamakan kedudukan menerusi Enkhbileg Purevdorj pada minit ke-43.
Bersambung pada babak kedua, kemasukan pemain gantian, Akhyar Abdul Rashid memberikan kegembiraan kepada 10,200 penyokong negara apabila meledak gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-65.
Namun, benteng pertahanan negara sekali lagi dihukum selepas Mongolia kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli pada minit ke-71.
Skuad Mongolia yang dibarisi sebahagian besar pemain semi-pro cuba mengasak benteng pertahanan Malaysia, namun keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.