The Gunners yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, berada di ambang kekalahan apabila Spurs berjaya mendahului 2-0 menerusi jaringan Christian Eriksen dan Harry Kane sebelum Alexandre Lacazette merapatkan kedudukan 2-1 pada hujung separuh masa pertama.

Serangan demi serangan yang dilancarkan Arsenal sebaik separuh masa kedua bermula akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71.
“Saya sangat bangga dengan kesungguhan yang ditampilkan semua pemain pada perlawanan hari ini (kelmarin). Mereka bermain dengan sepenuh hati, kadang-kadang mungkin melebihi apa yang diminta.


“Kami melakukan beberapa kesilapan pada separuh masa pertama, jadi kami cuba tenangkan fikiran dan perbaiki kelemahan itu. Penyokong juga banyak membantu kami, tetapi gol pertama merupakan kunci kebangkitan Arsenal,” kata Emery.
Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu menegaskan, The Gunners sepatutnya mampu meraih tiga mata penuh di laman sendiri.
“Kami lebih layak untuk memenangi perlawanan ini. Bagaimanapun, saya gembira dengan corak permainan yang ditampilkan kedua-dua pasukan dan saya percaya penonton juga terhibur,” ujarnya.