MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mahu Angel di Maria mengeluarkan lagi kebolehannya selepas dia menjadi inspirasi kemenangan 4-0 ke atas Queens Park Rangers (QPR) pada penampilan pertama di Stadium Old Trafford kelmarin.
Sumber foto : Eurosport
Pemain kebangsaan Argentina yang menjadi pemain termahal United, memadam bayangan penyerang baharu, Radamel Falcao apabila berjaya meledak satu gol dan satu hantaran tepat kepada pasukan tuan rumah.
Bagaimanapun, dia dikeluarkan pada minit ke-82 selepas mengalami masalah kekejangan.
Meskipun van Gaal memuji persembahan di Maria, beliau percaya pemain yang bernilai 59.7 juta pound (RM310 juta) masih boleh mempamerkan aksi lebih baik.
"Status di Maria baik tetapi dia mengalami sedikit masalah kekejangan kaki.
"Kebiasannya, dia sudah biasa beraksi selama 90 minit tanpa masalah ini tetapi kita nampak satu perkembangan positif terhadap di Maria.
"Dia telah memberikan segala-galanya ketika beraksi di atas padang.
"Apabila kamu telah menyediakan tiga hantaran termasuk kamu sendiri menjaringkan gol, kamu tidak bermain teruk.
"Bagaimanapun, dia memiliki banyak peluang keemasan tetapi gagal memanfaatkannya.
"Saya akan menilai kembali perlawanan ini dan saya melihat kami masih perlu banyak memperbaiki kelemahan sebagai satu pasukan," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment