Thursday, 18 September 2014

Perjuangan masih belum selesai [kosmo]

FERRIS DANIAL (tengah) diasak pemain Laos pada perlawanan yang menyaksikan Harimau Muda A menang 4-0 di Stadium Ansan Wa, Korea Selatan semalam.

URULATIH Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee menggesa barisan pemain tidak mendabik dada atas kejayaan menewaskan Laos pada aksi kedua Kumpulan A Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan semalam.
Sebaliknya, Kim Swee memberi amaran kepada pasukan bimbingannya kerana perjuangan Harimau Muda A masih belum berakhir dalam misi mencapai sasaran ke peringkat suku akhir.
Pada aksi itu, kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-12.
Penguasaan Harimau Muda A jelas ketara apabila pasukan bawah 23 tahun (B-23) itu berjaya menambah tiga gol dalam tempoh enam minit bermula daripada penyerang senior, Mohd. Norfarhan Muhammad (m-76), Fandi Othman (m-79) dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir pada minit ke-82.
Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Melaka itu menegaskan, skuad kendaliannya masih perlu kuat berusaha memperbaiki beberapa kesilapan ketika menentang Laos.
“Bagi saya, perjuangan masih belum selesai. Fokus kini adalah pertemuan menen- tang Arab Saudi (Ahad ini).
“Saya tetap memuji persembahan pasukan muda negara tetapi harus diingat, peluang kita terjawab dalam aksi terakhir nanti.
“Saya fikir Harimau Muda A bermain de- ngan baik ketika menentang Laos sebelum menjaringkan gol pertama. Pemain menunjukkan sikap positif yang mana mereka tidak terburu-buru untuk mencari jaringan,” katanya ketika dihubungi di Incheon semalam.
Dalam perkembangan sama, Kim Swee tidak terlepas memuji persembahan mantap dari Aidil dan perancang, Gary Stevan Robbat yang banyak membantu jentera tengah skuad Harimau Muda A.
“Sebelum ini, ada orang mempertikaikan saya kenapa membawa pemain yang cedera (Aidil dan Gary).
“Namun, Aidil telah menjadi contoh yang baik yang mana dia berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan. Situasi ini membuatkan pemain-pemain lain berasa lebih yakin untuk bermain.
“Begitu juga dengan Gary. Biarpun sekadar beraksi dalam tempoh 25 minit, dia membuktikan masih memiliki sentuhan dan bagi saya, Gary adalah aset utama Harimau Muda A,” katanya.

No comments:

Post a Comment