Showing posts with label MSL.Keputusan. Show all posts
Showing posts with label MSL.Keputusan. Show all posts
Sunday, 21 April 2019
Sunday, 29 October 2017
MSL : Melabuhkan tirai 2017
Carta Liga Super tamat 22 perlawanan musim ini.
Juara Liga Super 2017:
JDT FC
JDT FC
Naib Juara Liga Super 2017:
PAHANG FA
PAHANG FA
Turun ke Liga Premier:
SARAWAK FA & PULAU PINANG FA
SARAWAK FA & PULAU PINANG FA
Promosi ke Liga Super musim 2018:
KUALA LUMPUR FA & TERENGGANU FA
KUALA LUMPUR FA & TERENGGANU FA
Sunday, 2 July 2017
MSL : JDT selesa di atas takhta liga | Rekod Kedah tempat sendiri tercalar
JDT 2 Pulau Pinang 0
Kedah 2 PERAK 3
FELDA UNITED 2 Pahang 1
SELANGOR 4 T-Team 2
Pkns Fc 1 Melaka United 1
- JDT yang beraksi di bawah kendalian jurulatih baharu dari Portugal, Ulisses Morais mencatat kemenangan di Larkin. Kini JDT mengumpul 33 mata, sekali gus memiliki kelebihan 9 mata ke atas pencabar terdekatnya Pahang yang tewas 2-1 kepada Felda United.
- Rekod tanpa kalah Kedah di Stadium Darul Aman tercalar setelah tewas 2-3 kepada Perak.
- Di Stadium Shah Alam, Melaka United yang membawa masuk 8 muka baharu sekadar berkongsi satu mata dengan PKNS FC setelah seri 1-1
Sunday, 5 March 2017
MSL : HELANG MERAH TERBANG TINGGI
JUARA Piala Malaysia 2016, Kedah mengekalkan rekod tanpa kalah setelah menewaskan Melaka United 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
PEMAIN Kedah, Liridon Krasniqi (kanan) melakukan asakan ke gawang Melaka United pada aksi Liga Super yang menyaksikan skuad Helang Merah menang 4-0 di Alor Setar malam tadi.
Skuad Helang Merah bimbingan Tan Cheng Hoe yang dalam misi memburu trofi kedua selepas merangkul Piala Sumbangsih awal musim ini membuka tirai jaringan menerusi penyerang import dari Denmark, Ken Ilso Larsen pada minit ke-33.
Sandro Da Silva turut mencatat nama selaku penjaring apabila menghasilkan dua gol pada minit ke-48 menerusi sepakan penalti dan 79.
Larsen terus menambah derita Melaka United apabila menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan perlawanan.
Dalam pada itu, jersi baharu Selangor gagal membawa tuah kepada skuad Gergasi Merah apabila tewas 0-1 kepada Perak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Gol kemenangan The Bos Gaurus dihasilkan menerusi sentuhan Mohamad. Zaquan Adha Abd. Radzak pada minit ke-67 dalam aksi yang turut disulami layangan kad merah kepada pemain Selangor, Ugo Ukah setelah menerima kad kuning kedua.
Sementara itu, impian Kelantan untuk meraih kemenangan pertama di laman keramat, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu berjaya direalisasikan setelah menewaskan T-Team 4-2.
Penyerang import dari Lebanon, Mohamad Ghaddar mencatat hatrik menerusi jaringan pada minit ketujuh, 68 dan 83, manakala Mohd. Khairul Izuan Rosli turut mencatat sebagai penjaring menerusi gol pada minit ke-76.
Gol T-Team dijaringkan oleh Mohd. Norhakim Hassan pada minit ke-46 dan Farhod Tadjiyev pada minit akhir perlawanan.
Di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Felda United menewaskan Sarawak 2-0, manakala Pulau Pinang terus gagal mencatat kemenangan apabila diikat PKNS 1-1 dalam aksi di Stadium Shah Alam.
Sunday, 11 September 2016
Keputusan MSL : Biar tumpas,Felda kekal naib juara.
PEMAIN Pahang, Muhammad Ashar Al Aafiz (kanan) mengawal bola ketika cuba diasak oleh pemain Selangor, R. Gopinathan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, Shah Alam malam ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI
SELANGOR 0-1 PAHANG
KEDAH 3-1 PERAK
PENANG 1-1 PDRM
T-TEAM 3-2 FELDA UTD
SARAWAK 1-1 KELANTAN
JDT 3-0 TERENGGANU
- JOHOR DT - 52
- FELDA UNITED - 42
- KEDAH - 34
- SELANGOR - 28
- T-TEAM - 26
- KELANTAN - 25
- PERAK - 24
- PDRM - 21
- SARAWAK - 20
- PENANG -19
- TERENGGANU - 19
- PAHANG - 17
Sunday, 24 April 2016
MSL : KEDAH JDT sama handal
MOHD. AMIRUL IZWAN (empat dari kanan) cuba meredakan ketegangan para pemain Kedah dan Johor DT pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
IMPIAN Johor Darul Takzim (JDT) untuk menebus kekecewaan setelah tewas kepada Kedah minggu lalu tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Skuad Helang Merah yang masih segar dengan kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Superbest Power Piala FA pada 16 April lalu terlebih dulu di depan menerusi jaringan Badrol Bakhtiar seawal minit pertama.
Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Mario Gomez yang terdesak memburu gol menggandakan asakan sehingga menimbulkan keadaan tegang akibat beberapa kekasaran dalam kalangan pemain, namun dapat dikawal dengan baik oleh pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Izwan Yacob.
Skuad Harimau Selatan akhirnya mampu menarik nafas lega sebelum masuk ke bilik persalinan apabila memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan dengan baik pemain import, Juan Martin Lucero pada masa tambahan babak pertama untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Johor DT yang tekad melunaskan dendam tewas di gelanggang sama Sabtu lalu mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun dipersiakan barisan depan.
Dalam pada itu, impian Sarawak untuk meraih kemenangan di laman sendiri di Stadium Negeri, Kuching tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Pahang.
Tuan rumah terlebih dulu di depan menerusi jaringan Juninho Aparecido pada minit ke-30, sebelum pemain import Tok Gajah, Dalibor Volas menyamakan kedudukan pada minit ke-56.
Sementara itu, Kelantan bangkit daripada kekalahan 3-4 kepada Pahang Rabu lalu dengan menjadikan Terengganu sebagai mangsa untuk meraih kemenangan ketiga daripada sembilan perlawanan Liga Super pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Wan Zack Wan Haikal Wan Nor mencuri tumpuan penyokong The Red Warriors apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-13 dan m-62, manakala Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi menghasilkan gol ketiga pada minit ke-89.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal memanfaatkan peluang untuk meraih kemenangan ke atas Selangor yang beraksi 10 pemain selepas Mohd. Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah pada minit ke-71 apabila sekadar seri tanpa jaringan.
|
Wednesday, 2 March 2016
Tuesday, 16 February 2016
Sunday, 14 February 2016
Sunday, 23 August 2015
MSL 2015 : JDT Juara Pahang kedua
JDT sah kejuaraan, Pahang persiakan peluang
KUALA LUMPUR: Kekalahan 2-1 yang dilakar Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan terakhir Liga Super 2015 menentang FELDA United tidak menghalang pasukan diberi jolokan Harimau Selatan itu dinobatkan selaku juara, malam ini.
Hadir ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan misi untuk menang, sebaliknya berlaku terhadap penyandang juara itu apabila FELDA jelas tampil lebih bertenaga namun ia masih belum menghalang JDT mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Begitupun, skuad bimbingan Mario Gomez itu harus berterima kasih kepada Terengganu yang tampil bergaya dengan menewaskan Pahang 3-1.
Kejuaraan Liga Super kali ini terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir selepas JDT dan Pahang masing-masing berpeluang untuk mengucup kejuaraan berprestij itu dengan kedua-duanya hanya dibezakan dua mata. Dikuatkan dengan ribuan penyokong yang membanjiri stadium, JDT begitupun seakan gagal menyerap tekanan apabila dikejutkan dengan jaringan awal FELDA menerusi Shahrul Saad pada minit keempat. Pelawat terus tertekan apabila terpaksa bermain 10 pemain apabila Junior Esdtal menerima kad merah dengan FELDA menambah jaringan menerusi penalti Indra Putra Mahayudin pada minit ke-11 dengan gol sagu hati JDT dijaringkan pada babak kedua menerusi Luciano Figueroa.
Gomez ketika ditemui selepas perlawanan mengakui pemainnya mengalami kesukaran apabila terpaksa beraksi 10 pemain namun kejuaraan liga tidak ditentukan dengan satu perlawanan. "Kejuaraan lebih penting. Perlawanan ini sudah berlalu. Terima kasih kepada bos saya, dan juga pemain-pemain saya. Bagi saya, ia perlawanan yang baik namun kurang satu pemain memang menyukarkan," kata Gomez.
Di Stadium Sultan Mizan, Pahang terpaksa menggigit jari sekalipun tampak garang di awal permainan. Selepas jaringan Dickson Nwakaeme dibatalkan pengadil perlawanan kerana mengasari penjaga gawang, Mohd Sarbinee Allawee, Pahang tampak lesu dengan Terengganu meledak gol pertama menerusi pemain import, Issey Nakajima-Farran. Seakan tersentak dengan jaringan itu, Pahang terus ketinggalan apabila tuan rumah meledak jaringan kedua menerusi Ashaari Shamsudin pada minit ke-32. Bersambung babak kedua, Pahang cuba melakukan kebangkitan dengan merapatkan jaringan menerusi Damion Stewart pada minit ke-47. Begitupun, kemenangan yang diharapkan bertukar duka apabila Terengganu menambah jaringan ketiga menerusi Mohd Nasril Izzat Jalil pada minit ke-66.
Dalam pada itu, Selangor mengesahkan kedudukan tempat ketiga liga selepas membenam Perak 2-0. Perlawanan lain menyaksikan PDRM membenam ATM 3-2, Lions XII menewaskan Sime Darby FC. 3-0 dengan Kelantan menewaskan Sarawak 2-3.

Friday, 21 August 2015
Saturday, 15 August 2015
Keputusan Liga Super 15/085/2015 (sabtu)
Kelantan 4-1 Johor DT
ATM 1-1 Sarawak
Perak 1-1 Pahang
Felda United 1-0 Terengganu
PDRM 1-1 Sime Darby
Lions XII 1-1 Selangor

ATM 1-1 Sarawak
Perak 1-1 Pahang
Felda United 1-0 Terengganu
PDRM 1-1 Sime Darby
Lions XII 1-1 Selangor

Labels:
ATM,
Felda Utd,
Kelantan,
Lions xii,
MSL,
MSL.Keputusan,
Pahang,
PDRM,
Perak DR,
Sarawak,
Selangor,
Sime Darby,
Terengganu
Sunday, 5 July 2015
Result MSL -04/07/2015
- Selangor 1-3 Pahang
- JDT 2-1 Pdrm
- Perak 2-1 Atm
- Terengganu 4-2 Sarawak
Saturday, 14 March 2015
Felda unggul, Paroi berasap (Utusan)
PENYERANG Kelantan, Erwin Carrillo (tengah) cuba melakukan sepakan gunting dalam perlawanan Liga Super menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam -
KUALA LUMPUR – Felda United meneruskan reputasi mereka selaku ‘giant killer’ Liga Super apabila mengukuhkan cengkaman pendahulu dengan menundukkan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.
Namun kerancakan Liga Super dicemari dengan insiden balingan bom asap di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, yang menyaksikan juara Piala Malaysia dan Piala FA, Pahang kalah mengejut 1-0 kepada ATM.
Bagaimanapun, insiden memalukan itu tidak menjejaskan skuad kendalian B. Sathianathan untuk melakar kemenangan pertama mereka musim ini, berterima kasih kepada jaringan tunggal Abdulafees Abdul Salam pada minit ke-71.
Dalam aksi di Kota Bharu, gol tunggal penyerang Liberia, Edward Junior Wilson pada minit ke-61 sudah memadai untuk The Fighters membawa pulang tiga mata berharga, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan.
Kemenangan itu menyaksikan mereka mengungguli liga dengan 11 mata, dua mata meninggalkan pasukan tangga kedua, PDRM.
Selepas tumpas 1-4 kepada Selangor minggu lalu, PDRM bangkit dengan cemerlang apabila menghukum 10 pemain Perak 3-1 di di Stadium Perak, Ipoh.
Tuan rumah mendahului permainan sejurus babak kedua bermula menerusi Muhammad Nurridzuan Abu Hassan.
Namun The Cops menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Dramane Traore pada minit ke-47, sebelum Ahmad Ezrie Shafizie menjaringkan gol kedua pada minit ke-55.
Perak beraksi dengan 10 pemain apabila Syazwan Roslan dibuang pada minit ke-58 dan kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh PDRM untuk meraih gol ketiga menerusi Traore pada minit ke-62.
Sime Darby akhirnya meraih mata pertama musim ini selepas mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 di Stadium Selayang.
Tuan rumah mendahului pada minit ke-35 menerusi pemain gantian, Nazrul Kamaruzaman namun JDT bangkit untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata menerusi gol penyamaan Junior Eldstal di minit ke-61.
Dalam aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura, Lions XII terikat 1-1 dengan Terengganu.
Terengganu mendahului seawal minit kesembilan menerusi Vincent Bikana, namun tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Faris Ramli pada minit ke-55.
Sunday, 15 February 2015
Keputusan Liga Super 2015 -14/02/2015
PAHANG................1 SELANGOR...................1
Pahang (Matias Conti,m-58) Selangor (Andik Vermanshah,m-64)
Pemain Pahang meraikan jaringan pertama
ATM.......................0 PERAK.......................... 2
Perak (Nasir Basharudin, m-21,Nurridzuan Abu Hassan, m-53)
SIME DARBY...............0 FELDA UNITED....... 3
(Ahmad Syamim Yahya, m-12,Makeche Ndumba, m-15,Shukor Adan, m-77
PDRM........................1 JDT..............................0
(Mohamadou Sumareh, m-76)
SARAWAK....................3 TERENGGANU ......... 1
Sarawak (Billy Mehmet Osman, m-4,Asri Chuchu,m-6,J Kallang Tie, m-40)
Terengganu (Paolo Rangel,m-14)
Subscribe to:
Posts (Atom)