Showing posts with label Ronaldo. Show all posts
Showing posts with label Ronaldo. Show all posts
Wednesday, 19 April 2017
Saturday, 25 June 2016
Sunday, 27 March 2016
Ronaldo, Portugal kongsi kecewa
LEIRIA, Portugal – Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Portugal dimalukan 0-1 oleh Bulgaria dalam perlawanan persahabatan di laman sendiri, semalam.
Pemain kelahiran Brazil, Marcelinho meletakkan pelawat di depan pada minit ke-19 selepas melepasi kawalan pertahanan tuan rumah, Pepe sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Anthony Lopes.
Tuan rumah mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-66 selepas pengadil, Carlos Clos Gomez menghadiahkan sepakan penalti kerana Nikolay Bodurov terpegang bola ketika cuba menghadang hantaran silang Pepe.
Diberi tanggungjawab mengambil sepakan, Ronaldo mengecewakan penyokong tuan rumah di Stadium Magalhaes Pessoa apabila gagal menewaskan penjaga gol lawan, Vladislav Stoyanov.
Malah, tiga minit sebelum tamat permainan, Stoyanov sekali lagi menafikan percubaan kapten Portugal itu apabila menepis tandukan jarak dekat Ronaldo.
“Kami tidak gembira dengan keputusan ini selepas bermula dengan baik.
“Pada 15 minit pertama, kami menunjukkan aksi mantap, namun penjaga gol lawan mempamer prestasi menakjubkan,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos. – AGENSI
Saturday, 24 January 2015
Ronaldo jadi pengemis ceriakan peminat (utusan)
SELAIN hebat di padang, kaya dan memiliki wajah kacak, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo juga membuktikan dirinya merupakan seorang lelaki yang baik hati.
Penyerang yang baharu sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia itu, baru-baru ini sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata untuk melakukan kejutan ke atas peminatnya.
Kejadian itu berlaku di Row Zed, dan Ronaldo telah membuktikan dirinya seorang yang hebat. Dia bukan sahaja handal di padang, malah cukup bijak mengambil hati para peminatnya.
Kapten Portugal itu sering kali tampil di khalayak umum dengan memastikan para peminatnya akan mendapat autograf dan bergambar bersama, selain cukup sabar melayan kerenah orang ramai yang mengaguminya. Rasa hormat para penyokong terhadap Ronaldo berterusan apabila bintang Real Madrid itu telah melakukan sesuatu yang tidak diduga demi memenuhi impian seorang peminat kecil. Sebuah video, yang dirakam menggunakan telefon bimbit milik seorang penyanyi Sepanyol terkenal, Juan Pena telah memaparkan Ronaldo menyamar semata-mata untuk mencipta kejutan ke atas seorang budak lelaki dengan memberinya sebiji bola yang telah ditandatanganinya.
Watak pilihannya untuk menyamar? Seorang pengemis gemuk yang tiada tempat tinggal, sedangkan dalam kehidupan realitinya Ronaldo seorang bintang bola sepak yang kaya-raya. Difahamkan, remaja lelaki tersebut tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi yang sewajarnya. Namun, dia bukan satu-satunya peminat yang bertuah.
Pemenang anugerah Ballon D’Or tersebut turut melakukan kejutan sama di tengah-tengah pusat bandar Madrid yang sibuk, Plaza de Callao, sebelum orang ramai yang kemudian menyedari kehadirannya mengerumuni idola mereka itu. Apa yang menjadi persoalan, mengapa Ronaldo bertindak demikian? Mungkin pemain itu memiliki masa terluang untuk dia melakukan kejutan dengan menyamar, hanya semata-mata bagi menggembirakan peminat kecilnya. – AGENSI -
Wednesday, 3 December 2014
Ronaldo, Messi, Neuer rebut Ballon d’Or
KOMBINASI gambar fail (dari kiri) penyerang Argentina, Lionel Messi; penjaga gol Jerman, Manuel Neuer dan penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo yang terpilih untuk berada dalam senarai tiga calon akhir untuk menerima anugerah Ballon d’Or sebagai Pemain Terbaik Dunia yang akan diumumkan pada 12 Januari tahun depan. – AFP -
LONDON - Penjaga gol, Manuel Neuer yang memenangi Piala Dunia bersama Jerman bakal menjadi pencabar kepada Christiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk merebut Ballon d'Or.
Pada ketika anugerah pemain terbaik sering bertukar tangan dalam kalangan penjaring terbanyak sejak 2008, bintang Jerman, Neuer muncul penjaga gol pertama berada dalam senarai tiga teratas Ballon d'Or sejak 2006.
Ronaldo memenangi anugerah tersebut pada 2013, menamatkan dominasi penyerang Argentina, Messi yang merangkul Pemain Terbaik Dunia selama tiga tahun berturut-turut sejak FIFA dan majalah France Football mengabungkan anugerah berkenaan.
Untuk kategori wanita, pemenang lima kali, Marta dari Brazil dicalonkan semalam bersama-sama penerima anugerah 2012, Abby Wambach manakala pemain tengah Jerman, Nadine Kessler pula mengintai peluang merangkul anugerah itu buat kali pertama.
Pemenang bakal dipilih oleh kapten skuad kebangsaan dan jurulatih serta para wartawan. Pemenang akan diumumkan dalam majlis di Zurich pada 12 Januari tahun depan.
Messi yang memecah rekod jaringan Liga Juara-juara dan Liga Sepanyol bulan ini selepas memenangi Bola Emas pada Piala Dunia, bakal mengakhiri cabaran 2014 tanpa memenangi sebarang kejuaraan bersama pasukannya.
Argentina tewas kepada Jerman pada perlawanan akhir Piala Dunia, yang turut menyaksikan penjaga gol Bayern Munich, Neuer mengekalkan rekod tanpa bolos untuk merangkul piala paling berprestij tersebut, selain turut menjuarai Liga Jerman.
Penjaga gol terakhir yang pernah berada dalam senarai tiga calon akhir Ballon D’Or adalah Gianlugi Buffon selepas Itali memenangi Piala Dunia menerusi penentuan sepakan penalti menentang Perancis.
Awal bulan ini, Neuer lebih selesa bersikap merendah diri apabila tidak beranggapan bahawa dirinya berpeluang untuk memenangi anugerah berprestij dalam sukan bola sepak itu.
Malah, pemain itu mahu mengekalkan sikap low profile di luar padang, lebih-lebih lagi dia bukanlah seperti Ronaldo yang gemar bergaya di depan kamera dengan hanya memakai seluar dalam.
Ronaldo merupakan salah seorang atlet yang berjaya meraih perhatian dalam pasaran apabila dia kerap diberi tawaran berlakon iklan seluar dalam dan gemar meraikan jaringannya dengan menanggalkan jersi bagi menunjukkan tubuhnya yang berotot di depan kamera.
Walaupun, pemenang dua kali Ballon D'Or itu telah menjulang Liga Juara-juara dan Piala Super UEFA bersama Real Madrid tahun ini, dia hanya meledakkan satu gol pada Piala Dunia dan turut menyaksikan Portugal tersingkir seawal peringkat kumpulan. – AGENSI
Wednesday, 13 August 2014
Ronaldo, Bale and Co sparkle as Madrid opt for all-out attack in Super Cup triumph
REAL MADRID 2-0 SEVILLA - MARTIN SAMUEL AT CARDIFF CITY STADIUM: Cristiano Ronaldo stole the show in Cardiff. Gareth Bale's show, James Rodriguez's show, Toni Kroos's show. The new wave had to bow down to the master. But those who turned out to see the World Footballer of the Year, as much as the local hero, will not have gone home disappointed.
Subscribe to:
Posts (Atom)











