Pemain kelahiran Brazil, Marcelinho meletakkan pelawat di depan pada minit ke-19 selepas melepasi kawalan pertahanan tuan rumah, Pepe sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Anthony Lopes.

Tuan rumah mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-66 selepas pengadil, Carlos Clos Gomez menghadiahkan sepakan penalti kerana Nikolay Bodurov terpegang bola ketika cuba menghadang hantaran silang Pepe.

Diberi tanggungjawab mengambil sepakan, Ronaldo mengecewakan penyokong tuan rumah di Stadium Magalhaes Pessoa apabila gagal menewaskan penjaga gol lawan, Vladislav Stoyanov.

Malah, tiga minit sebelum tamat permainan, Stoyanov sekali lagi menafikan percubaan kapten Portugal itu apabila menepis tandukan jarak dekat Ronaldo.

“Kami tidak gembira dengan keputusan ini selepas bermula dengan baik.

“Pada 15 minit pertama, kami menunjukkan aksi mantap, namun penjaga gol lawan mempamer prestasi menakjubkan,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos. – AGENSI