Sebaik perlawanan memasuki minit ke-14, penonton yang berada di stadium yang bakal dinamakan sebagai Johan Cruyff Arena berdiri bagi mengenang pemain legenda itu yang meninggal dunia akibat barah di Barcelona, Khamis lalu.

Di setiap sudut stadium bendera, sepanduk dan kain ren­tang yang tertera imej Cruyff menyarung jersi No. 14 dikibarkan penyokong.

Both sets of players wore black armbands throughout the game

Skuad Belanda, yang akan beraksi menentang England di Wembley Selasa ini, ketinggalan 0-2 pada babak pertama menerusi gol Antoine Griezmann dan Olivier Giroud.

Giroud doubled France's advantage in the 13th minute

Tuan rumah bangkit sebaik saja babak kedua bersambung selepas Nigel de Jong merapatkan jurang pada minit ke-47 dan Ibrahim Affelay menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-86.

Payet came close to extending France's advantage in the second period

Namun, jaringan kapten Pe­rancis, Blaise Matuidi tiga minit sebelum tamat permainan merencatkan suasana di Amsterdam Arena, sekali gus menghadiahkan kemenangan 3-2 kepada pasukan pelawat. – AGENSI

*Didier Deschamps is impressed by Dimitri Payet's performance tonight: 'He was very good... he is confirming his good form. I will need him'