RECIFE - Selepas 640 hari diketepikan akibat penggantungan, Luis Suarez kembali ke kancah bola sepak antarabangsa semalam dengan meledak gol penyamaan bagi membantu Uruguay mengikat Brazil 2-2 dalam kelayakan Piala Dunia 2018 zon Amerika Selatan di tempat lawan.
Tuan rumah mendahului 2-0 dalam tempoh 30 minit pertama hasil jaringan Douglas Costa (minit pertama) dan Renato Augusto (minit ke-26).
Namun begitu, kelemahan benteng Brazil menyaksikan Edinson Cavani berjaya merapatkan jurang, sebelum Suarez menyamakan kedudukan tiga minit selepas babak kedua bersambung.
Sejurus tamat permainan, Suarez, 29, mengakui, dia amat emosional ketika menjaringkan gol buat pasukannya.
Bintang penyerang Barcelona itu digantung sembilan perlawanan antarabangsa kerana menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014.
Kepulangannya amat dinantikan Uruguay, setelah pasukan itu dibelenggu masalah kecederaan dan penggantungan.
“Gol pertama lawan mengejutkan kami kerana mereka menghukum kami seawal minit pertama permainan. Jaringan itu merubah perancangan awal.
“Bagaimanapun seperti biasa, pasukan ini menunjukkan karakter dan semangat juang yang tinggi.
“Saya amat emosional selepas menjaringkan gol kerana saya memang memerlukan jaringan untuk membalas semua sokongan yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakan.
“Saya telah banyak menderita dan jaringan itu amat penting,” kata Suarez.
David Luiz continues to hold Dunga's trust but was key in Brazil letting a 2-0 lead slip vs. Uruguay.
Making matters worse for Brazil was the yellow card for Neymar, which means he'll miss the Paraguay game.
Ketika permainan baru bermula, Willian melepasi kawalan pertahanan Uruguay, Sebastian Coates sebelum melakukan hantaran silang untuk disempurnakan Costa dalam kotak penalti.
Tuan rumah menggandakan kedudukan pada minit ke-25 apabila percubaan Neymar dalam kotak penalti gagal dikeluarkan pertahanan lawan, Alvaro Pereira.
Augusto yang berada berhampiran pantas mengambil bola untuk menghasilkan gol kedua.
Ketinggalan 2-0 tidak mematikan semangat Uruguay, dan Cavani melakukan voli cantik untuk merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-31.
Bersambung babak kedua, Suarez, yang diberi lilitan kapten melengkapkan kebangkitan hebat pasukannya dengan melepaskan rembatan rendah menewaskan penjaga gol, Alisson. – AGENSI
No comments:
Post a Comment