Showing posts with label Kepa Arrizabalaga. Show all posts
Showing posts with label Kepa Arrizabalaga. Show all posts

Saturday, 11 May 2019

UEL - Arrizabalaga hero Chelsea



LONDON - Ketangkasan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga berjaya membawa pasukan itu ke pentas final Liga Europa selepas membantu pasukan itu menang 4-3 ke atas Eintracht Frankfurt menerusi penentuan penalti pada aksi timbal balik separuh akhir di Stamford Bridge awal pagi semalam.
Pada perlawanan awal pagi semalam, kedua-dua pasukan seri 2-2 secara agregat selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan, sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti sebelum The Blues memastikan kemenangan 4-3.
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan, meskipun gembira dengan kemenangan tersebut, namun beliau tetap kecewa dengan aksi lemau yang ditampilkan barisan pemainnya, terutamanya pada separuh masa kedua sehingga membolehkan Frankfurt meledak gol penyamaan.
“Kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama, namun saya tidak tahu apa yang berlaku pada separuh masa kedua kerana kami diasak teruk oleh pasukan lawan. Benteng pertahanan juga sedikit leka sehingga pasukan lawan menyamakan kedudukan.
“Semua pemain sudah berada dalam keadaan letih pada masa tambahan. Bukannya mudah untuk beraksi dalam satu perlawanan yang memakan masa 120 minit selepas mengharungi musim panjang, ia sangat sukar,” kata Sarri.
Pengendali dari Itali itu turut mendedahkan pasukannya langsung tidak melakukan latihan sepakan penalti memandangkan beliau berpendapat tekanan ketika latihan tidak sama dengan perlawanan sebenar.
“Kami langsung tidak jalani latihan sepakan penalti. Bagaimanapun, tekanan pada perlawanan sebenar sangat berbeza dengan situasi latihan,” ujarnya. – Agensi

Friday, 10 August 2018

Perpindahan Pemain Paling Mahal di EPL 2018/19


EPL : Arrizabalaga pecah rekod Alisson


LONDON – Chelsea sah memecah rekod dunia bagi pembelian pemain di posisi penjaga gol selepas menandatangani Kepa Arrizabalaga dari Athletic Bilbao dengan nilai perpi­ndahan sebanyak £71.6 juta (RM375.4 juta) semalam.
Keputusan tersebut sekali gus mengatasi rekod yang dilakukan oleh Liverpool yang membeli penjaga gol antarabangsa Brazil, Alisson Becker dengan nilai £67 juta (RM351 juta) dari AS Roma bulan lalu
Chelsea yang terdesak untuk mencari penjaga gol baharu selepas Thibaut Courtois berhijrah ke Real Madrid telah menawarkan kontrak selama tujuh tahun kepada Arrizabalaga dan pemain berusia 23 tahun itu dijangka melakukan penampilan pertama dalam aksi pembukaan Liga Perdana England minggu ini.
“Saya akui ini adalah keputusan paling penting dalam karier bola sepak saya dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan sepasukan pada sesi latihan.
“Banyak perkara yang membuatkan saya tertarik dengan Chelsea kerana ini antara kelab terbesar di England dan telah menjua­rai pelbagai trofi domestik dan Eropah.
“Malah, pemain yang mereka juga memiliki berkelas dunia. Justeru, saya percaya keputusan untuk berhijrah ke sini sangat tepat,” kata­nya.
Arrizabalaga merupakan pemain antarabangsa Sepanyol keenam berada dalam skuad Chelsea selepas Cesar Azpilicueta, Marcos Alonso, Cesc Fabregas, Pedro dan Alvaro Morata.
Sementara itu, Pengarah Sukan Chelsea, Marina Granovskaia mengakui pelaburan yang dibuat untuk membawa Arrizabalaga ke Stamford Bridge sangat berbaloi kerana penjaga gol itu masih muda dan berpotensi untuk menjadi pemain berkelas dunia. 
– Agensi