Showing posts with label Renato Sanches. Show all posts
Showing posts with label Renato Sanches. Show all posts

Friday, 1 July 2016

EURO 2016 : Portugal reach Euro 2016 semi-finals with win over Poland on penalties




Lewandowski ends a run of 7 games without a goal.

Only Luís Figo (5) has more assists at the EUROS for Portugal than Nani (4)


Cristiano Ronaldo is now unbeaten in his last 13 competitive games for Portugal.

Łukasz Fabiański





Tuesday, 28 June 2016

Sanchez optimis bantu Seleccao -kosmo

LILLE – Bakat remaja Portugal, Renato Sanches optimis untuk terus membantu skuad Seleccao melangkah lebih jauh dalam kempen kejuaraan Euro 2016 selepas dihadiahkan pujian oleh rakan-rakan sepasukannya ketika memikul peranan sebagai pemain simpanan menerusi beberapa perlawanan terdahulu.
Mengulas pujian yang diberikan pasukan Portugal, Sanchez mengakui sedia menerima sebarang ketetapan jurulatih kalaupun tidak diberi posisi bersama kesebelasan utama menjelang aksi menentang Poland dalam saingan suku akhir selepas ini.
“Saya gembira, inilah pengalaman sebagai pemain profesional. Saya teruja untuk bersama pasukan ini yang dibarisi pemain-pemain berbakat.
“Mengenai posisi saya bersama kesebelasan utama, saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut. Paling penting ialah pasukan menggunakan pemain-pemain mengikut kesesuaian perlawanan. Kalau diberi peluang bersama skuad utama, saya akan beri aksi terbaik,” kata pemain berusia 18 tahun itu.
Sebagai rekod, Sanchez yang diturunkan sebagai pemain gantian sebanyak tiga kali dalam saingan sebelum ini telah menampilkan aksi matang, sekali gus memberi impak positif buat skuad Portugal.
Dalam perkembangan sama, Sanchez turut menyatakan rasa gembira kerana baru selesai menandatangani kontrak lima tahun bersama Bayern Munich selaku juara Bundesliga musim lalu.
“Saya tidak sabar untuk beraksi dengan Bayern pada musim depan tetapi fokus utama pada waktu ini ialah perlawanan menentang Poland,” tambah Sanchez. - AGENSI