Showing posts with label LA Galaxy. Show all posts
Showing posts with label LA Galaxy. Show all posts

Saturday, 9 February 2019

Beckham pertama ada tugu di Los Angeles

Tugu Beckham akan dibina di luar stadium LA Galaxy

TUGU bekas kapten England David Beckham akan didirikan di luar stadium LA Galaxy, California, bulan depan.
Beckham, 43, beraksi untuk kelab Major League Soccer itu selama enam tahun.
Pemain terkenal dengan sepakan percuma menarik itu menyertai kelab terbabit pada 2007 sebelum menjulang kejuaraan Piala MLS pada 2011 and 2012.
Dia kini pemilik bersama kelab lanjutan MLS Inter Miami yang akan menyertai liga itu pada 2020.
Bekas pemain Manchester United dan pemain tengah Real Madrid itu adalah pemain pertama yang menerima penghormatan seumpama itu dalam sejarah MLS.
Tugu itu akan dirasmikan di Dignity Health Sports Park sebelum perlawanan pertama LA Galaxy pada musim baru menentang Chicago Fire pada 2 Mac.
Beckham membuat 115 penampilan untuk England menyertai LA Galaxy selepas empat tahun di Real Madrid dan meninggalkan Old Trafford pada 2003.
Dia dikritik oleh segelintir peminat Galaxy selepas bersetuju untuk perpindahan pinjaman ke AC Milan pada 2009 dan 2010 menyaksikannya terlepas beraksi dalam musim MLS tetapi meninggalkan kelab itu ketika LA Galaxy menjulang gelaran 2011 dan 2012.
Dia kemudiannya mengikat kontrak jangka pendek dengan Paris St-Germain (PSG) sebelum bersara pada penghujung musim 2012-13.

Friday, 23 March 2018

Ibrahimovic sertai LA Galaxy


CALIFORNIA - Penyerang veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic sah menjadi milik pasukan Liga Major Amerika Syarikat (MLS), Los Angeles Galaxy selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan semalam.

"Saya sangat gembira dapat menyertai LA Galaxy yang saya percaya merupakan kelab yang tepat untuk mengakhiri karier saya. Ini adalah pasukan terbaik di Amerika Syarikat dan saya harap dapat lakukan yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebagai rekod, Ibrahimovic yang kini berusia 36 tahun pernah dianggap antara penyerang terbaik dunia dan pernah mewakili beberapa pasukan besar seperti United, Barcelona, Juventus, dan Paris Saint-Germain (PSG). - Agensi