- Chelsea ended their pre-season preparations with a goalless draw in the International Champions Cup
- Rob Green saved the decisive penalty in the shootout before Eden Hazard stepped up to score the winner
- Lyon had a penalty appeal waved away after Memphis Depay was brought down in the box in the first half
- Willian, Chelsea's captain for the night, had his well-struck free kick matched by Lyon keeper Anthony Lopes
- Midfielder Ruben Loftus-Cheek struck the post with a cheeky dink after the restart after a well-worked move
Showing posts with label Lyon. Show all posts
Showing posts with label Lyon. Show all posts
Tuesday, 7 August 2018
Chelsea 0-0 Lyon (5-4 on pens)
Eden Hazard scores winning penalty after Rob Green stars in shootout after goalless draw in the International Champions Cup
Thursday, 15 February 2018
UEL Results : Lazio, Zenit, Villareal terkono | Positif buat Arsenal tanpa penyerang sensasi
A fourth #UEL goal of the campaign for Harlem Gnohéré and FCSB lead Lazio...
Can they keep a clean sheet?
3 games 5 goals.It hasn't taken Mbatshuayi long to settle at BVB
Friday, 12 May 2017
Saturday, 22 April 2017
EUROPA LEAGUE : MU/Celta Vigo/Ajax/Lyon mara ke peringkat seterusnya
Labels:
Ajax,
Anderlecht,
Besiktas,
Celta Vigo,
Genk,
Lyon,
Manchester United,
Schalke 04,
UEL.
Friday, 17 March 2017
Friday, 10 March 2017
EUROPA LEAGUE : Manchester United survive | Lacazette gives Lyon advantage against Roma
Jose Mourinho's fears over the pitch failed to materialise, despite Aleksandr Bukharov's equalising goal
Rostov has close ties to Armenia, Henrikh Mkhitaryan's home country (AP)
Lacazette gives Lyon advantage against Roma
Lyon players celebrate after beating Roma 4-2 in France in the first leg of their last 16 Europa League tie. Photograph: Luciano Rossi/AS Roma via Getty Images
Friday, 6 November 2015
Benzema didakwa peras ugut berkaitan pita seks (www.utusan.com.my)
GAMBAR fail Mathieu Valbuena (kiri) dan Karim Benzema bergaya untuk jurugambar sebelum perlawanan persahabatan dengan Jamaica di Stadium Pierre-Mauroy, Villeneuve-d'Ascq, Perancis menjelang Piala Dunia tahun lalu. Benzema ditangkap kelmarin atas dakwaan memeras ugut Valbuena berkaitan pita seks. – AF
VERSAILLES, Perancis - Penyerang Real Madrid, Karim Benzema semalam didakwa berkaitan kes peras ugut melibatkan pita rakaman hubungan seks yang menampilkan rakannya dalam pasukan Perancis, Mathieu Valbuena, dengan kedua-dua pemain itu dikeluarkan daripada skuad kebangsaan.
Satu sumber dalam penyiasatan itu berkata, Benzema telah mengaku bersemuka dengan Valbuena mengenai pita seks “sebagai mewakili seorang rakannya ketika kecil” yang dia sendiri telah dihubungi oleh pengugut yang menyimpan pita seks itu.
Bagaimanapun, peguam Benzema berkata pemain itu tidak bersalah dan “tidak membuat sebarang pengakuan”.
Benzema, 27, telah didakwa bersubahat untuk mengugut dab berkonspirasi untuk tujuan jenayah, kata pejabat pendakwaraya di Versailles, dekat Paris.
Dakwaan itu boleh menyebabkan dipenjara sekurang-kurangnya lima tahun.
Dia juga telah dilarang daripada bertemu Valbuena, 31, yang merupakan pemain tengah Lyon di mana Benzema memulakan kariernya.
Sejam selepas Benzema didakwa, jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata dia mengeluarkan kedua-dua pemain itu daripada skuad yang akan bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman dan England, masing-masing pada 13 dan 17 November.
Deschamps berkata, Benzema juga sebenarnya cedera dan dia mengeluarkan Valbuena kerana fikiran pemain itu tidak tenteram.
Jurulatih itu enggan menjawab soalan lain berkaitan kes itu.
“Yang terbaik ialah membiarkan undang-undang menjalankan tugasnya dan membuat keputusan sewajarnya,” kata Deschamps.
Benzema telah menjaringkan 27 gol dalam 81 perlawanan untuk Perancis dan telah menjaringkan enam gol untuk Real Madrid dalam liga musim ini. Dia tidak bermain ketika Real menang 1-0 ke atas Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-juara Selasa lalu.
Presiden kelab gergasi Sepanyol itu Florentino Perez menyuarakan “sokongan penuh” kepada Benzema, yang menjalani latihan berseorangan semalam, menurut kenyataan Real.
Pemain itu memberitahu penyiasat bahawa dia bercakap dengan Valbuena mengenai pita seks berkenaan ketika pasukan Perancis berkumpul untuk latihan pada 5 Oktober bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Armenia dan Denmark.
Tidak jelas apa yang dikatakan antara kedua-dua pemain itu, yang disangkakan kawan rapat.
Sumber rapat dengan penyiasatan itu berkata: “Karim Benzema telah mengaku bercakap dengan Valbuena atas permintaan seorang rakan semasa kecil, yang telah ditemui oleh tiga pengugut yang menyimpan pita seks berkenaan.
“Benzema berkata dia telah bersetuju dengan rakan semasa kecilnya itu mengenai apa yang dia perlu cakapkan supaya rakan sepasukannya (Valbuena) akan berbincang secara langsung dengannya.”
Benzema telah ditangkap pada Rabu lalu dan bermalam sebagai tahanan di Versailles sebelum dibawa ke mahkamah dalam sebuah kereta polis yang bercermin gelap.
Dia telah dibebaskan semalam selepas didakwa.
Peguamnya Sylvain Cormier berkata pemain itu “tidak terlibat dalam perbuatan peras ugut itu”.
“Karim Benzema akan menunjukkan bahawa dia berniat baik,” katanya.
Valbuena meninggalkan kompleks latihan Lyon semalam tanpa memberikan komen.
Kes peras ugut itu bermula pada Jun lalu, apabila Valbuena melaporkan kepada polis selepas dihubungi oleh lelaki tidak dikenali yang berkata dia menyimpan pita seks berkenaan, tetapi tidak menyatakn jumlah wang yang dituntut. – AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)
















