Mereka dikatakan kecewa dengan sikap tidak ambil kisah Zidane walaupun mereka dimalukan PSG pada perlawanan tersebut menerusi kekalahan 0-3.
Pada masa yang sama, bekas pemain Real itu juga didakwa tidak mengambil serius atau enggan bekerja dengan lebih keras bagi mengembalikan keyakinan peminat terhadap pasukan gergasi Sepanyol itu menje­lang aksi La Liga menentang Sevilla awal pagi esok.
Ketika ini Zidane berdepan tekanan yang besar untuk membentuk skuad Real yang digeruni seperti beberapa musim lalu menyebabkan jawatannya sebagai individu No. 1 Santiago Bernabeu seperti tidak menentu dan mereka perlu mencatatkan keputusan positif pada aksi menentang Sevilla.
Paris St Germain’s Thomas Meunier challenges Real Madrid’s Eden Hazard as Casemiro looks on. 
Photograph: Charles Platiau/Reuters

Ramalan daripada media Sepanyol menyatakan bahawa juara Eropah 2018 itu akan dikecewakan oleh Sevilla yang ha­nya mampu mencatatkan rekod bolos sebanyak satu gol dalam lima perlawanan manakala Real pula mencatatkan bolos gol sebanyak sembilan kali.
Sekiranya Real tewas, pemain legenda Perancis itu mungkin akan dipecat dan posisinya akan digantikan dengan nama-nama besar yang lain termasuk bekas rakan sepasukan, Xabi Alonso yang sedang mengendalikan skuad Real Sociedad B.
Real berada di kedudukan ketiga La Liga selepas meraih lapan mata dari empat perlawanan. – Agensi.