Perak terpaksa berpuas hati apabila hanya mencatat keputusan sekadar seri 1-1 menentang Pulau Pinang dalam perlawanan ketiga Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.
Gol pendahuluan The Bos Gaurus terhasil pada minit ke-12 hasil jaringan Ronaldo yang mendapat hantaran lintang daripada J. Partiban.
Anak buah Mehmed Durakovic terus mengasak namun beberapa peluang yang dicipta tidak disempurnakan dengan baik dan Pulau Pinang yang juga cuba membuat serangan balas gagal mencari gol penyamaan untuk menembusi kubu lawan.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat menerusi Casagrande berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-63.
Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, Perak mengatur kembali serangan namun tidak dapat menambah jaringan dan keputusan seri kekal hingga tamat perlawanan.
"Kita sepatutnya menang tetapi tidak berfungsi depan gol"
Berikut merupakan reaksi ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic selepas tamat perlawanan di Stadium Perak.
sumber : MFL fb
No comments:
Post a Comment