Wednesday, 16 December 2015

Mourinho anggap seperti dikhianati

LONDON – Setelah diaibkan dengan kekalahan 1-2 kepada Leicester City di Stadium King Power dalam saingan Liga Perdana England awal pagi semalam, pengendali Chelsea, Jose Mou­rinho ­mengakui dirinya seper­ti dikhia­nati oleh pemainnya sendiri.
Dalam saingan tersebut, ledakan Jamie Vardy dan Riyad Mahrez membolehkan anak-anak buah Claudio Ranieri selesa di depan biarpun tandukan Loic Remy pada minit ke-77 merapatkan kedudukan, namun ia masih belum mampu menyelamatkan juara bertahan itu

Sejurus ditimpa kekalahan tersebut, pengurus The Blues itu menegaskan, pasukannya gagal mengikut arahannya dan masih leka seperti dibuai mimpi ­dengan kejuaraan tahun lalu.
“Saya tidak berpuas hati ­dengan dua jaringan Leicester pada perlawanan ini. Saya tidak boleh terima kekalahan ini ke­rana saya tahu kemampuan saya adalah membaca perlawanan dan mengenal pasti setiap kelemahan lawan untuk memudahkan kami mencari gol penting.
“Namun, saya rasa usaha saya selama ini seperti dikhia­nati. Sukar buat kami untuk menja­ringkan gol apabila kamu mempunyai pemain yang tidak berada di tahap terbaik.

Apabila kamu memiliki beberapa pemain seperti itu, terutama dalam kea­daan genting, ia sesuatu yang sukar.
“Musim lalu, saya me­lakukan kerja luar biasa dan saya bawa mereka ke satu tahap yang mana lebih daripada mereka sepatutnya berada,” jelas Mourinho.
Selepas mencatatkan ke­kalahan dua kali berturut-turut, Chelsea kini men­duduki tangga ke-16 liga selepas menca­tatkan sembi­lan kekalahan dengan me­ngum­pul 15 mata setakat ini. – Agensi

No comments:

Post a Comment