Sunday, 13 December 2015

Pemain antarabangsa Honduras ditembak mati

TEGUCIGALPA – Pemain tengah antarabangsa Honduras, Arnold Peralta ditembak mati di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di tanahairnya di Honduras semalam, kata polis.



Pemain berusia 26 tahun itu, yang sedang bercuti, ditembak mati di luar pusat beli-belah Uni­plaza. Pemain yang kini me­nyarung jersi Club Deportivo O­limpia itu berada di kampung halamannya selepas musim bola sepak berakhir.

Setakat ini, masih belum ada penangkapan dilakukan dan motif serangan itu juga belum diketahui. Pihak polis menolak dakwaan motif pembunuhan disebabkan rompakan.

Honduras merupakan sebuah negara yang se­ring dibelenggu masalah kumpulan samseng dan mencatat kes pembunuhan antara yang tertinggi di dunia.

Bapa pemain tersebut, Carlos Peralta mengesahkan kematian anaknya dalam sidang akhbar.

“Ini sesuatu yang buruk. Mereka membunuh anak saya yang menjadi contoh kepada keluar­ga. Saya tidak tahu hendak kata apa lagi kerana keperitan yang terpaksa saya tanggung,” katanya.

Pengarah Persekutuan Bola Sepak Honduras, Osman Madrid berkata: “Kematian ini satu tragedi, sukan kebangsaan di negara ini berkabung.”

Peralta menyertai Olimpia untuk beraksi dalam liga bola sepak tempatan pada tahun ini. Olimpia tersingkir di separuh akhir setelah tewas kepada seteru lama Motagua dalam aksi liga minggu lepas. – AGENSI

No comments:

Post a Comment