LONDON – Setelah mengalami dua kekalahan dan tiga keputusan seri, pihak pengurusan Liverpool nampaknya sudah hilang sabar dengan prestasi tidak menentu pengurusnya, Brendan Rodgers apabila mereka mengumumkan penamatan kontraknya serta- merta sejurus tamat aksi menentang Everton yang menyaksikan keputusan seri 1-1.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Liverpool berkata, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pengendali berusia 42 tahun itu dan telah memberi notis tamat kontrak serta- merta.
“Liverpool kini dalam proses untuk melantik pengurus baharu dalam masa seminggu.
“Walaupun keputusan yang dibuat ini adalah sukar, kami percaya tindakan yang dilakukan itu akan memberi lebih peluang kepada kami untuk mencipta kejayaan pada masa akan datang.
“Kami sentiasa dahagakan cita-cita serta kejayaan yang besar untuk Liverpool. Kami percaya perubahan yang dilakukan ini akan membawa faedah yang besar kepada pasukan,” katanya.
Sebagai rekod, Rodgers hanya sempat mengemudi Liverpool selama dua tahun tanpa membawa sebarang trofi kejuaraan. Namun, pada musim 2013/2014, dengan bantuan pemain terbaik dunia, Luis Suarez, Liverpool berjaya menduduki tempat kedua liga dengan mengumpul sebanyak 84 mata, sekali gus melayakkan mereka untuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara.
Dalam perkembangan lain, teka-teki mengenai pengendali yang bakal mengemudi Liverpool selepas ini hangat diperkatakan oleh media tempatan.
Bekas pengendali Borussia Dortmund, Jurgen Klopp dikatakan sebagai calon yang bakal menduduki ‘kerusi panas’ yang ditinggalkan Rodgers. – Agensi
No comments:
Post a Comment