CRUZ (dua dari kanan) muncul wira apabila menjaringkan hatrik ketika membantu Pahang menewaskan JDT 3-0 pada suku akhir kedua Piala FA di Larkin malam tadi.
REKOD bersih Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin iaitu tidak pernah kalah selama tiga tahun akhirnya lebur di tangan Pahang selepas wakil Pantai Timur itu menewaskan Harimau Selatan 3-0 di gelanggang keramat mereka pada aksi suku akhir kedua Piala FA malam tadi.
Skuad Tok Gajah melakar kejutan apabila menjadi pasukan pertama mengalahkan juara empat kali berturut-turut Liga Super itu yang mana kali terakhir skuad Harimau Selatan tewas di laman sendiri kepada Felda United pada 28 November 2015.
Penyerang kelahiran Brazil, Patrick Cruz muncul wira buat pasukan bimbingan Dollah Salleh apabila menjadi watak utama kejayaan membanggakan tersebut dengan mencipta hatrik menewaskan JDT.
Dalam aksi itu, Cruz tidak mengambil masa lama untuk membuka tirai jaringan pada minit kesembilan selepas memanfaatkan hantaran jauh rakan sepasukan sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Farizal Marlias.
Pemain berusia 25 tahun itu terus menjadi duri dalam daging buat JDT apabila menjaringkan gol kedua skuad Tok Gajah pada minit ke-58 dan melengkapkan kemenangan Pahang menerusi gol ketiga pada minit ke-76.
Pahang yang seri tanpa jaringan menentang JDT pada aksi pertama akan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dalam aksi separuh akhir selepas kelab itu menyingkirkan pasukan pilihan, Felda United dengan memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 2-2.
Pada aksi timbal balik kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka itu, PKNP FC mengalahkan skuad kendalian B. Sathianathan 2-1 menerusi dua jaringan Muhd. Shahrel Fikri Md. Fauzi pada minit ke-15 dan 43, manakala gol tunggal Felda dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-26.

No comments:
Post a Comment