Friday, 30 November 2018

UEL : Menang tempat lawan dgn barisan pemain muda



FC Vorskla Poltava is a professional football club in Poltava, Ukraine that competes in the Ukrainian Premier League, the top flight of Ukrainian football.



Eddie Nketiah

Sunday, 18 November 2018

Piala AFF : Taktikal Tan Cheng Hoe tak menjadi

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni mempertikaikan taktikal pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sekali gus menyumbang kepada kekalahan 0-2 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Jumaat lalu.
Menurut Bakri, kekalahan pertama dalam saingan Kumpulan A kempen Piala AFF 2018 itu sebenarnya boleh dielakkan jika Cheng Hoe menekankan aspek bertahan daripada menggunakan strategi menyerang.
Apatah lagi katanya, skuad Harimau Malaya kendaliannya hanya hadir selaku pasukan pelawat di Hanoi.
“Kalau ada mekanisma pegang bola 20 sentuhan boleh dapat satu gol, saya kira Malaysia boleh menang besar malam itu,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.
“Vietnam bukanlah kuat mana pun, mereka juga sebenarnya takut untuk berdepan kita. Ia dapat dilihat apabila mereka lebih menggunakan taktikal bertahan dengan sesekali menyerang balas ke kubu negara.
“Perkara yang menghairankan saya ialah kenapa kita selaku pasukan pelawat pula yang menyerang, sedangkan biasanya pasukan tuan rumah yang akan menyerang untuk mendapatkan gol.
“Tetapi malam itu, terbalik, kita pula menyerang dan Vietnam bertahan. Sepatutnya jurulatih kita mengarahkan permainan tertutup supaya penyerang Vietnam tidak dapat bergerak.
“Dan kita pula mengharapkan serangan balas seperti mana yang pernah dilakukan pasukan Dollah Salleh empat tahun lalu,” katanya.
Pada edisi 2014, skuad negara yang dibimbing Dollah berjaya mengejutkan skuad The Golden Dragons di Hanoi apabila melakar kemenangan 4-2 pada separuh akhir kedua untuk mara ke final menerusi agregat 5-4.
Bagaimanapun, hasrat untuk melihat skuad Cheng Hoe mengulangi pencapaian itu gagal apabila Vietnam meraih gol dalam setiap babak menerusi percubaan Nguyen Cong Phuong (minit ke-12) dan Nguyen Anh Duc (minit ke-60).
“Sejak dulu lagi, penyerang Vietnam memang laju macam lipas kudung. Apabila kita tahu penyerang lawan laju, tindakan pertama yang akan diambil ialah kecilkan ruang buat mereka untuk berlari ke depan.
“Tetapi dalam perlawanan kali ini tidak. Pertahanan kita terutamanya kiri dan kanan naik terlalu tinggi dan akhirnya membuka ruang buat penyerang Vietnam untuk bergerak.
“Akhirnya mereka dapat gol, walaupun sebenarnya kita lebih banyak menguasai bola,” katanya yang membawa Malaysia mara ke temasya Sukan Olimpik 1980.
Kekalahan pertama selepas menang 1-0 ke atas Kemboja dan 3-1 dengan Laos itu meletakkan Malaysia dalam misi wajib menang ke atas Myanmar yang kini menduduki tangga teratas kumpulan, namun berkongsi enam mata bersama Vietnam dan Malaysia.
Aksi terakhir skuad negara berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Piala AFF : Nasib tidak menyebelahi Malaysia

Pamer corak bermutu, namun pemain hilang fokus undang detik malang buat Harimau Malaya

CHENG HOE (tiga dari kanan) mahu para pemain bangkit pada aksi terakhir Kumpulan A lawan Myanmar minggu depan bagi mencuri slot separuh akhir Piala AFF Suzuki musim ini.

HANOI, Vietnam - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui kekalahan 0-2 kepada Vietnam cukup menyakitkan biarpun skuad kendaliannya berjaya mempamerkan persembahan berkualiti.
Dalam saingan Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 di Stadium Nasional My Dinh kelmarin, pasukan kebangsaan berjaya mengawal rentak permainan, tetapi Vietnam berjaya memanfaatkan dua percubaan tepat sepanjang 90 minit perlawanan.
Justeru, Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya kembali bangkit bertemu Myanmar kerana kemenangan ke atas mereka sahaja mampu menjamin peluang pasukan kebangsaan layak ke peringkat separuh akhir.
“Kalau kita bandingkan dua permainan yang lepas, malam ini (kelmarin) adalah terbaik.
“Kita nampak dari segi kombinasi, hantaran bola pun kita lebih menguasai. Namun kerana satu dua kesilapan, kita hilang fokus di kawasan sendiri dan Vietnam ambil kesempatan.
“Saya rasa perlawanan Sabtu ini menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kita perlu berjuang sepenuhnya untuk mendapatkan kemenangan.
“Saya rasa pemain-pemain pun tahu perlawanan malam ini (kelmarin) kita bermain baik dan akan perbaiki kelemahan dari segi hantaran bola ke setiap posisi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat perlawanan kelmarin.
Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe berharap anak-anak buahnya dapat me­ngekalkan corak permainan, selain me­nun­tut Harimau Malaya tidak mengulangi kesilapan sama ketika tewas kepada Vietnam.
“Kita boleh berpuas hati dengan corak permainan, tetapi kita tidak boleh puas hati dengan keputusan itu.
“Ini kerana, dalam bola sepak pemain-pemain kena tahu situasi bagaimana nak mengawal hantaran daripada pemain pertahanan kepada penyerang. Dalam hal ini, kena bertindak cepat,” ujarnya.

FELCRA FC janji lunas tunggakan gaji pemain


PASUKAN naib juara Liga Premier musim ini, Felcra FC berjanji untuk melunaskan gaji pemain dan pegawai tertunggak selama tiga bulan berjumlah lebih RM2 juta dalam masa terdekat.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Felcra FC, Datuk Hazian Murad selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Mohd. Nageeb Wahab yang bersetuju untuk melangsaikan gaji tertunggak tersebut.
“Saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Felcra Berhad (Mohd. Nageeb) minggu ini dan beliau bersetuju untuk melunaskan gaji pemain serta pegawai yang tertunggak hampir tiga bulan.
“Saya bertanggungjawab terhadap kebajikan pemain serta pegawai pasukan Felcra FC musim ini dan berharap masalah tunggakan gaji ini yang berjumlah lebih RM2 juta dapat di­selesaikan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita kelmarin.
Hazian berkata demikian pada sidang akhbar mengenai penarikan diri secara rasmi skuad The Rivals dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) bermula musim depan.
Mengulas lanjut, skuad Felcra FC tidak akan dibubarkan tetapi hanya akan fokus di peringkat akar umbi dalam mengembangkan bakat anak-anak muda dari Felcra di seluruh negara.
“Kami bukan mahu membubarkan pasukan, cuma berhasrat untuk menarik diri daripada menyertai saingan Liga M musim depan kerana kekura­ngan dana untuk bersaing ­secara kompetitif.
“Saya akui kami sudah ada beberapa penaja tetapi jumlah yang dikumpulkan masih belum mencukupi kerana jika mahu memberi saingan yang baik khususnya di pentas Liga Super, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta.
“Justeru, bagi mengelakkan berlaku sebarang kesulitan di pertengahan musim, lebih baik kami menarik diri dan beri fokus kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
“Dalam kesempatan ini, saya turut mahu mewakili pasukan untuk mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pemain-pemain yang berjasa membawa kami muncul naib juara Liga Premier musim ini,” katanya.

Tuesday, 6 November 2018

Arsenal 1-1 Liverpool: Alexander Lacazette superbly cancels out James Milner's opener


  • Arsenal come from behind to draw with Liverpool as Jurgen Klopp's men maintain unbeaten start to season
  • Sadio Mane thought he broke the deadlock in the first half but was called for offside as he tapped in a rebound
  • Arsenal's Alexander Lacazette then had his own effort ruled out for offside just before the half-time break 
  • James Milner scored his third goal of the season and 50th in the Premier League as he gave Liverpool the lead
  • Lacazette then got his goal when he fired Arsenal level with under 10 minutes remaining at the Emirates  
The English midfielder is congratulated by his Liverpool team-mates after giving them the lead at the Emirates


ARSENAL: (4-2-3-1) Leno 6.5; Bellerin 6.5, Holding 6, Mustafi 6, Kolasinac 6(Welbeck 81 6); Torreira 6.5, Xhaka 6; Mkhitaryan 6.5 (Iwobi 68 6), Ozil 6.5, Aubameyang 7.5 (Ramsey 73 5); Lacazette 7
SUBS NOT USED: Cech (GK); Lichtsteiner, Maitland-Niles, Smith-Rowe
GOALS: Lacazette (82)
BOOKINGS: Lacazette (82)
COACH: Unai Emery 7
Both sets of players take part in a minute's silence for Leicester's late chairman Vichai Srivaddhanaprabha and the four others who died in last Saturday's helicopter crash
Salah (right) battles for possession with Arsenal midfielder Granit Xhaka during the first half at the Emirates Stadium

LIVERPOOL: (4-3-3) Alisson 6.5; Alexander-Arnold 6, Gomez 7, van Dijk 8, Robertson 7; Milner 7, Fabinho 5.5, Wijnaldum 6; Salah 6 (Matip 90+4), Firmino 6 (Shaqiri 80 6), Mane 6.5
SUBS NOT USED: Mignolet (GK); Sturridge, Moreno, Lallana, Origi
GOALS: Milner (62)
BOOKINGS: Fabinho (52)
COACH: Jurgen Klopp 7
REFEREE: Andre Marriner 6
MAN OF THE MATCH: Virgil Van Dijk

Sunday, 4 November 2018

Perlawanan Persahabatan : Malaysia vs Maldives


Maldives tidak akan 'tunduk' kepada Malaysia

Nor Azam shines in Malaysia's slim win over Maldives


Malaysia carved out a 3-0 win the final preparation game before the start of the 2018 AFF Suzuki Cup as Maldives were defeated at Bukit Jalil.


For the first time since Tan Cheng Hoe took over national team head coach role from Eduardo Vingada, he may have finally found the midfield lynchpin that the team was crying out for. Nazmi Faiz filled the role for a brief period at the start of the year but his drop of form in the latter part of 2018 meant that Cheng Hoe was left searching for an alternative solution and it finally came during the Maldives match.
Nor Azam Azih is not an unfamiliar name in Malaysian football but for various reasons, had not been able to be used by Cheng Hoe in past friendlies despite being named in the initial call-up squad. Everything went through Nor Azam in the 45 minutes that he was on the pitch. Right from the start it was obvious that he was given the creative licence in the team and his performance warranted that opportunity.
In the mercurial Pahang midfielder, Malaysia have a real game-changer who not only have the vision to see movement on the pitch but also has the technical qualities to execute those passes. Right from the start his understanding with club colleagues in Mohamadou Sumareh was evident as Nor Azam managed to slide in the right winger beyond Maldives’ left back time and again.
The goal came after 16 minutes played as Norshahrul Idlan Talaha picked out Zaquan Adha in the box and the Malaysia captain finally broke his five-game drought with a very smart finish. But the intensity from the home side dropped dramatically after that and Maldives were able to pick holes in Malaysia’s defence with shots of their own.
Khairul Fahmi was called into action once in the first half to close to his right hand side from Ali Fasir’s shot. The Melaka keeper also had to be on his toes in the second half to push away Ibrahim Hussain’s shot in the 60th minute.
Cheng Hoe used up his full allocated six changes to give the likes of Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin and Safawi Rasid a run out. The changes gave the Maldives side even more chance to get into the game as Malaysia were forced to defend more than they anticipated.
Petar Segrt's team constantly found space behind Malaysia's defence in the second half and that is something that Cheng Hoe will have to work on as before they face tougher opponents in the coming weeks
That said, the approximately 5000 fans in attendance were able to see Malaysia close out the match and even tripled the lead through Safawi in the 81st minute and Sumareh in the third minute of added time to put the team in a confident mood ahead of the start of the 2018 AFF Suzuki Cup on Thursday away to Cambodia.
Safawi added the gloss on the result but the one that the fans should get excited at the prospect of seeing more, is that of Nor Azam in the playmaking role at the base of midfield after the 23-year-old Maran born player proved his fitness in the 45 mintues that he was used. 
Cheng Hoe will named his final squad of 23 for the AFF in the coming days and Nor Azam Azih has to be one of the first names on the list.

Saturday, 3 November 2018

Majlis pengebumian pemilik Leicester City bermula

Orang ramai menghadiri pengebumian Vichai Srivaddhanaprabha di Bangkok

*Vichai Srivaddhanaprabha was a Thai billionaire businessman and the founder, owner and chairman of King Power Duty Free. He was also the owner of Premier League football club Leicester City from 2010 until his death in a helicopter crash at the King Power Stadium in Leicester.

MAJLIS pengebumian pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, bermula hari ini di kuil Buddha di Bangkok, Thailand, dengan golongan elit negara dijangka memberikan penghormatan kepada hartawan berkenaan.
Vichai, 60, dan empat lagi maut dalam nahas helikopter sejurus berlepas dari padang kelab itu seminggu lalu, menamatkan hayat lelaki kelima terkaya di Thailand itu.
Beliau bermula daripada satu kedai di Bangkok sehingga memiliki empayar King Power bebas cukai, yang kedainya berada di lapangan terbang dipenuhi pelancong di Thailand.
Vichai menggunakan kekayaan hasil perniagaan monopoli itu untuk mendapatkan Leicester City dan membantu menjadikan kelab berkenaan kepada pemenang gelaran Liga Perdana pada 2016.
Jasad Vichai diterbangkan balik ke Thailand dan dibawa ke Wat Thepsirin kelmarin, dengan individu terkenal yang rapat dengan keluarga mendiang memakai serba hitam untuk perhimpunan peribadi menjelang upacara yang bermula petang ini dan berlanjutan hingga 9 November.
Pemain kelab Leicester termasuk jurulatih Claude Puel dijangka mengunjungi Thailand untuk memberikan penghormatan selepas pertandingan menentang Cardiff City hari ini.

Vichai meninggalkan isteri dan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan.
Semuanya ialah lembaga eksekutif King Power, yang kini berhadapan masa depan tidak menentu.