PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Laurent Blanc memuji impak yang ditinggalkan oleh ayam tambatan pasukannya, Zlatan Ibrahimovic yang telah mengesahkan penghijrahannya ke kelab baharu bermula pada musim depan.
Jurulatih dari Perancis itu akui sedih dengan keputusan yang dibuat oleh Ibrahimovic kerana enggan menyambung kontrak baharu dengan juara Ligue 1 tersebut, selain menganggap penyerang itu adalah yang terbaik pernah bekerja bersamanya.
Pemain antarabangsa Sweden yang menjaringkan 36 gol setakat ini telah memenangi empat kejuaraan liga, selain bakal menambah trofi Piala Perancis keduanya pada aksi final menentang pasukan Marseille minggu depan.
“(Zlatan) Ibrahimovic telah berjasa dalam mengharumkan nama kelab ini di persada dunia. Namun, kami harus memikirkan masa depan meskipun saya akui pihak pengurusan telah melakukan perbincangan dengannya sebelum ini.
“Justeru, saya sedikit terkilan kerana kami bakal kehilangan pemain terbaik dalam pasukan tetapi dalam perkembangan sama, saya mahu kami memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan pemain baharu,” jelasnya.
Sementara itu, Blanc berharap Ibrahimovic dapat diturunkan dalam aksi akhir liga menentang Nantes pada malam ini untuk meleburkan rekod penyerang legenda, Carlos Bianchi yang merupakan penjaring terbanyak dalam satu musim selepas meledak 37 gol.
“Saya harap dia akan diturunkan tetapi saya tidak dapat menjanjikan apa-apa kerana dia telah mengalami kecederaan sebelum ini,” katanya lagi. – Agensi
#terkini :
It's over, Paris won 4 - 0 against Nantes with 2 goals of Zlatan Ibrahimovic!!!!