PARA pemain Leicester City meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Liga Perdana England di Stadium King Power semalam.
SETELAH menunggu selama 132 tahun, Leicester City akhirnya meraih gelaran berprestij apabila secara rasmi menjulang trofi Liga Perdana England (EPL) awal pagi semalam.
Lebih manis Leicester yang ditubuhkan pada tahun 1884 menjulang trofi itu di hadapan puluhan ribu penyokong setia The Foxes di Stadium King Power.
Dengan kejayaan itu, The Foxes mula merancang strategi dan impian besar dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan.
“Ia akan menjadi musim yang amat berlainan tetapi semua penyokong masih bergembira dengan impian yang tercapai ketika ini. Tiada masalah, penyokong boleh terus bermimpi,” ujar pengurus Leicester City, Claudio Ranieri.
Leicester dinobatkan sebagai juara baharu EPL Selasa lalu selepas pencabar terdekat, Tottenham Hotspur sekadar seri 2-2 dengan Chelsea.
Pada aksi ke-37 di laman keramat mereka awal pagi semalam, The Foxes melengkapkan musim gemilang setelah menewaskan Everton 3-1.
Berbaki satu perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge hujung minggu ini, Leicester mengutip 80 mata hasil 23 kemenangan, 11 seri dan tiga kekalahan daripada 37 perlawanan.
No comments:
Post a Comment