Tuesday, 13 June 2017

PAFA sedih pemergian Weigang, lima hari selepas pemergian Raja Ahmad

IPOH: Tempoh kurang seminggu ini merupakan waktu bersedih buat bola sepak negara khususnya Perak.


Ini berikutan kematian bekas jurulatih dan pengendali skuad bola sepak Perak, Karl Heinz Weigang hari ini, lima hari selepas pemergian bekas naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Weigang, 81, disahkan meninggal dunia di Jerman akibat serangan jantung.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata beliau sangat terkejut dengan berita itu kerana ia berlaku kurang seminggu selepas kematian Raja Ahmad.

"Kedua-dua mereka pernah berganding bahu sebagai pengurus dan jurulatih selain berjaya membawa Perak menjuarai beberapa piala sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

No comments:

Post a Comment