Saturday, 16 February 2019

Lagenda Arsenal akui permainanan teruk dari Emery dan Arsenal



Lagenda Arsenal Martin Keown tidak gembira apabila melihat Arsenal tewas kpd BATE Borisov & mengakui ia kekalahan paling teruk di bawah Unai Emery


Stanislav Dragun menjaringkan gol tunggal perlawanan pada babak pertama perlawanan untuk memberi kelebihan BATE menjelang aksi kedua. Lebih teruk Arsenal kehilangan Alexander Lacazette dlm perlawanan itu selepas beliau dilayangkan kad merah pada hujung perlawanan.

Kekalahan tersebut menyaksikan Arsenal tiada peluang lain selain mereka wajib menang dgn defisit 2 gol ke atas BATE di Stadium Emirates minggu depan.


Keown mengharapkan Arsenal akan lebih baik pada perlawanan kedua nanti kerana UEFA Europa League merupakan sasaran kejuaraan Arsenal.

Arsenal yg nampak bergelut di saingan liga untuk menduduki tangga empat teratas Premier League mempunyai peluang ke UEFA Champions League dgn syarat memenangi UEL.

Ia sangat teruk dan saya boleh mengingatinya di bawah kendalian Emery ia merupakan kekalahan paling teruk pernah kami lihat


Anda perlu memberi krdt kepada BATE, ia keputusan bermakna untuk mereka bamun Arsenal hanya tidak mampu untuk masuk ke dalam kotak.

Ia ada sedikit kerosakan ketika mereka bermain.Anda boleh menyalahkan permukaan padang yg teruk namun anda perlu jadi Arsenal yg lebih baik.

Pada babak kedua anda mengharapkan reaksi daripada Emery & anak buahnya pada minit 70 beliau melakukan pertukaran namun ia masih belum cukup, ujar Emery.

Monday, 11 February 2019

Chelsea jadi mangsa MC pula...6 kosong



Chelsea players 'deeply embarrased' after Man City defeat

City ran riot at the Etihad Stadium, scoring almost at will in the first 25 minutes to take a 4-0 lead and cruising to three points without having to hit their best in the second period.

The extent of that defeat led to talk about Maurizio Sarri's future at Stamford Bridge but, while Sky Sports News has been told several players have issues with the Italian's tactical approach, the majority still have faith in him and his methods.


The relationship between the squad and Sarri, who only arrived from Napoli last summer, is nowhere near as bad as it became under Antonio Conte last season.
Senior Chelsea figures are concerned by recent results, with the Blues having also lost 4-0 at Bournemouth late last month before an easy 5-0 win over relegation-haunted Huddersfield.
But the Blues remain in three cup competitions and are still only a point short of fourth-placed Manchester United in the race for a Champions League place as the season reaches a crescendo.
Team meetings have been held this week, in the wake of their thrashing in Manchester, and Sky Sports News has learned that the squad are determined to turn their fortunes around.
Sarri is not under imminent pressure from above to make changes to his tactics, or give more game time to young players amid criticism in some circles over his usage of Bayern Munich target Callum Hudson-Odoi.
Any decision on Sarri's future would be made by owner Roman Abramovich and director Marina Granovskaia, with Abramovich having had 12 different permanent managers since taking over in 2003.

Saturday, 9 February 2019

Arsenal temui semula rentak kemenangan


LONDON: Arsenal kembali menemui rentak kemenangan apabila menumpaskan pasukan tercorot, Huddersfield Town 2-1 awal pagi hari ini, namun kekal satu-satunya pasukan tanpa rekod bersih di laman lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.
Arsenal mengalami empat kekalahan daripada sembilan perlawanan liga, termasuk tewas 1-3 kepada Manchester City minggu lalu, namun Alex Iwobi meletakkan mereka di depan pada minit ke-16.
Huddersfield terus mengasak namun gagal memberi tekanan ke gawang Arsenal pada separuh masa pertama dan perbezaan kualiti kedua-dua pasukan terbukti apabila pasukan pelawat menggandakan jaringan menerusi gol liga ke-10 Alexandre Lacazette musim ini seminit sebelum tamat separuh masa pertama.
Adama Diakhaby mempunyai dua peluang terbaik untuk membawa Huddersfield - yang hanya seri sekali dan tewas 11 perlawanan daripada 12 aksi terakhir mereka, namun gagal memberi ancaman kepada penjaga gol Arsenal Bernd Leno.
Sead Kolasinac menjaringkan gol ke gawang sendiri untuk memberi harapan saat akhir buat Huddersfield, sekali gus gol pertama buat pasukan itu dalam tempoh sembilan jam bagi semua kejohanan, namun pasukan pelawat berhasil memuktamadkan kemenangan.
Kemenangan itu membolehkan Arsenal berkongsi mata dengan Chelsea di tangga kelima, yang akan menentang Manchesrer City malam ini.
Huddersfield pula kekal di tangga tercorot, 13 mata daripada zon selamat.

MSL : Tok Gajah 'lanyak' Penyu (3-0)


KUANTAN: Pahang meneruskan ‘amukan’ mereka selepas membelasah naib juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC (TFC) 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
Tiga jaringan itu memastikan skuad kendalian Dollah Salleh meraih tiga mata yang juga kemenangan kedua berturut-turut.
Pada perlawanan itu, tuan rumah yang cemerlang membenam Kuala Lumpur 3-1 pada aksi pembukaan liga tidak menunggu lama untuk mencetak gol sulung hasil sentuhan penyerang berbisa, Dickson Nwakaeme seawal minit ke-12.
Persembahan bertenaga penyerang Nigeria itu ternyata memberi tekanan kepada pertahanan pelawat terutama penjaga gol TFC, Wan Azraei Wan Teh yang terpaksa bekerja keras menyelamatkan gawang daripada dibolosi.
Pada minit ke-22, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim terpaksa mengeluarkan Wan Azraei selepas penjaga itu mengalami kecederaan dan diganti dengan Ilham Amirullah Razali.
Jentera serangan TFC turut gagal melakuan percubaan berbahaya untuk menguji penjaga gol Tok Gajah, Remezey Che Ros.
Sebaliknya, Pahang lebih banyak melakukan asakan dan hampir menambah jaringan selepas bola sepakan percuma penyerang Brazil, Jose Eduardo dari luar kotak penalti terkena palang pada penghujung separuh masa pertama.
Enam minit seawal babak kedua, pemain pertahanan, Goulon Herold menceriakan penyokong Tok Gajah apabila tandukannya memastikan gol kedua buat skuad itu sekaligus memberi tekanan kepada lawan.
TFC yang ketinggalan dua gol berusaha untuk mengurangkan defisit gol dan beberapa percubaan dilakukan tetapi gagal membolosi gawang tuan rumah termasuk percubaan tepat daripada Lee Tuck pada minit ke-56.
Pemain gantian, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menambah derita skuad Penyu pada minit-minit akhir perlawanan untuk melengkapkan aksi cemerlang Pahang.

Fulham mangsa terbaharu United


LONDON: Manchester United melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris ketika jaringan Anthony Martial membuka jalan untuk kemenangan 3-0 ke atas Fulham sebentar tadi.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer mendahului menerusi jaringan Paul Pogba pada awal babak pertama di Craven Cottage.
Namun Martial lebih mencuri tumpuan apabila pemain sayap itu meluru sepanjang padang sebelum melakukan penyudah, sekaligus menggandakan gol United sebelum tamat separuh masa pertama.
Aksi solo itu kemudiannya disusuli penalti Pogba pada separuh masa kedua bagi membolehkan United mara ke tangga keempat, satu mata di atas Chelsea yang akan berdepan Manchester City malam esok.
United yang menang enam perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan di laman lawan buat kali pertama sejak Mei 2009, kini di posisi terbaik untuk merebut kelompok empat teratas selepas ketinggalan 11 mata pada hari Jose Mourinho dipecat pada Disember.
Mereka menang 10 daripada 11 perlawanan dalam semua kejohanan sejak Solskjaer menggantikan Mourinho selaku pengendali sementara.

United kekal dengan rekod tanpa kalah di bawah kendalian bekas penyerang mereka, yang berjaya menceriakan pasukan dan meletakkan dirinya dalam saingan untuk jawatan pengendali tetap.
Kemenangan selesa United itu, bagaikan persiapan sempurna untuk aksi pertama kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Paris Saint Germain di Old Trafford awal pagi Rabu.

MSL : Kecederaan pengadil jejas momentum | PERAK 1-1 KEDAH


IPOH: Kerancakan aksi Perak dan Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi, sedikit terganggu susulan permainan terpaksa dihentikan lebih 20 minit akibat kecederaan pengadil utama, Hamdan Awang.
Dalam perlawanan itu, Hamdan dikatakan mengalami kecederaan hamstring pada minit ke-60 menyebabkan perlawanan tertangguh selama hampir setengah jam.
Perlawanan kemudiannya bersambung pada minit ke-88 dengan pembantu pengadil pertama, Shahreen Omar menggalas tugas pengadilan menggantikan Hamdan.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun berpuas hati berkongsi satu mata selepas seri 1-1 hasil jaringan di babak pertama perlawanan melalui Brendan Gan pada minit ke-18 untuk tuan rumah disusuli Renan Da Silva dua minit kemudian.
Namun sudah pastilah topik perbincangan kini beralih arah kepada insiden yang jarang berlaku dalam arena bola sepak tempatan.
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic sendiri mengakui pengalaman pertama dalam kariernya berdepan perkara sedemikian namun enggan memanjangkan isu itu.
“Secara jujurnya ia adalah perlawanan yang hebat untuk ditonton dimana kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang baik dan rancak sepanjang 90 minit permainan dengan masing-masing bersemangat mencari kemenangan,” katanya.
Lain pula halnya dengan Brendan, yang nyata agak kecewa apabila permainan yang ditangguhkan menjejaskan momentum perlawanan.
“Agak kecewa juga permainan terhenti agak lama, tetapi itu yang berlaku dan tidak boleh merungut mengenainya,” kata Brendan.
“Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang bagus buat pemain bila terpaksa berhenti bermain selama kira-kira 20 minit dan memulakan permainan semula namun ia berlaku dan kami perlu hadapinya,” katanya.
Sementara itu jurulatih skuad Helang Merah, Aidil Sharin Sahak, turut berpuas hati dengan keputusan itu meskipun insiden membabitkan pengadil itu mendapat perhatian serius pengendali dari Singapura itu.
Beliau tidak menghalang mengenai kemasukan pengadil keempat dan hanya menyuarakan mengenai peraturan.
“Ini pertama kali berlaku, dimana pengadil keempat perlawanan adalah dari tuan rumah dan saya tidak pernah lihat perlawanan lain berlaku perkara ini, mungkin sebab saya baharu di sini (Liga Malaysia) jadi saya tidak pasti, tetapi bagi saya kita perlu sentiasa bersedia untuk perkara luar jangkaan.
“Kita tidak boleh jangka pengadil akan dalam keadaan sempurna sepanjang 90 minit perlawanan dan perlu persediaan untuk menangani perkara ini agar tidak menjejaskan perlawanan,” katanya.