Friday, 21 August 2020

Penantian 114 tahun Spezia berakhir

KELAB Itali, Spezia berjaya menempah tempat beraksi di Serie A buat kali pertama selepas 114 tahun menunggu apabila berjaya memenangi aksi playoff yang diadakan secara tertutup tapi ribuan penyokong mereka berkumpul di luar stadium.

Pasukan yang dikenali sebagai 'Eagles' berasal dari bandar tepi laut di La Spezia di Liguria, bahagian tenggara Genoa.

Serie A sekarang ini bakal menampilkan tiga kelab dari Liguria, Spezia, Sampdoria dan Genoa.

"Tahniah Spezia, anda mencipta sejarah, sekarang nikmati keseronokan. Jumpa anda nanti," jelas jurulatih Sampdoria, Cludio Ranieri di Twitter.


Walaupun tumpas 1-0 pada aksi kedua di tempat sendiri ketika berdepan Frosinone dan menyaksikan kedudukan agregat terikat 1-1, Spezia layak ke Serie A berdasarkan kedudukan lebih baik berbanding lawan di Serie B.

Mereka menamatkan saingan liga di tangga ketiga, manakala Frosinone yang dilatih pemain antarabangsa Itali, Alessandro Nesta di kedudukan kelapan.

Spezia akan menyertai Benevento dan Crotone ke saingan utama, manakala Leece, Brescia dan SPAL tersingkir ke Serie B menjelang musim baru yang bermula 19 September depan

Maguire serang polis

KETUA pasukan Manchester United, Harry Maguire ditahan di pulau pelancongan di Greece, Mykonos kerana didakwa menyerang dan mengasari pegawai polis.

United dalam satu kenyataan ringkas berkata, mereka mengetahui insiden yang membabitkan Maguire di Mykonos semalam.

"Kita sudah berhubung dengan Harry dan dia memberi kerjasama sepenuhnya dengan polis di Greece.

"Buat masa sekarang kami tidak akan memberi sebarang komen lanjut," jelas kelab berkenaan.

Seorang pegawai polis di Syros, mengesahkan suspek kejadian berkenaan membabitkan tiga lelaki Britain termasuk salah seorang darinya adalah pemain bola sepak namun tidak menyebut nama Maguire.

Menurut pegawai polis berkenaan, empat anggota polis Mykonos mengalami kecederaan ringan selepas pergelutan itu.

Suspek juga dituduh menentang penangkapan, menghina dan mengugut secara lisan pegawai yang menahan mereka.

Pegawai polis itu berkata, polis Mykonos dihubungi untuk meredakan pergaduhan membabitkan dua kumpulan sebelum itu.

Agensi Berita Athens (ANA) berkata, pergaduhan berlaku membabitkan pelancong Britain di luar bar.

ANA mengesahkan antara suspek berkenaan ialah Maguire dan adiknya bersama seorang rakan mereka.

Kata ANA, polis mengarahkan kesemua suspek untuk ke balai polis dengan menggunakan van namun sebaik saja tiba di tempat yang ditujui mereka cuba melarikan diri.

Monday, 3 August 2020

Piala FA umpan Auba kekal

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap kejua­raan Piala FA yang dimenangi musim ini dapat meyakinkan kapten pasukan, Pierre Emerick Aubameyang (Auba) untuk menandatangani kontrak baharu dan kekal di Stadium Emirates musim depan.

Sebagai rekod, Aubame­yang muncul wira buat skuad The Gunners apabila meledak dua gol untuk membantu pa­sukan menang trofi Piala FA
dengan menewaskan Chelsea 2-1 di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Kata Arteta, tiada perkembangan mengenai perbinca­ngan dengan ejen Aubamenyang mengenai tawaran kontrak baharu buat masa ini kerana kami mahu fokus meraikan kejayaan menjuarai trofi Piala FA buat kali ke-14.

“Saya ada berbincang dengan Aubameyang mengenai kemungkinan untuknya kekal di sini (Arsenal) tetapi ia masih lagi pe­ringkat awal. Buat masa ini, kami mahu fokus meraikan kejayaan menang Piala FA.

“Pasukan sangat berterima kasih dengan apa yang Aubameyang lakukan sepanjang kempen Piala FA musim ini. Saya harap ini adalah permulaan dan Aubameyang akan terus menjadi kapten untuk menjulang trofi buat Arsenal,” katanya.

Mengulas lanjut, Arteta me­ngakui pihak pengurusan perlu berusaha untuk menawarkan kontrak lumayan buat pe­nyerang antarabangsa Gabon itu bagi memastikan dia terus me­mimpin Arsenal untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

“Perlawanan yang penting perlukan penyudah pemain berkelas dunia dan Aubameyang telah melakukan perkara tersebut di final dan separuh akhir. Disebabkan itu dia dihormati oleh rakan-rakan sepasukan,” katanya.

Kejayaan Arsenal menang Piala FA telah memberi tiket automatik ke saingan Liga Europa musim depan. – AGENSI

Thursday, 25 June 2020

Liverpool juara EPL, akhiri kemarau 30 tahun

LIVERPOOL dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris tanpa menendang bola selepas Chelsea menewaskan Manchester City 2-1 awal pagi tadi sekali gus menamatkan penantian 30 tahun gelaran Inggeris itu.


Skuad Jurgen Klopp mengesahkan gelaran ke-19 kelab dengan rekod baki tujuh perlawanan selepas City di tangga kedua ketinggalan 23 mata.

Liverpool hanya memerlukan dua mata untuk mengakhiri kemarau mereka selepas membelasah Crystal Palace 4-0 di Anfield, semalam

Selepas kemenangan ke-28 daripada 31 perlawanan musim ini, bintang Liverpool, Mohamed Salah menegaskan 'sekarang detik untuk kami menjuarai liga' dan 24 jam kemudian hajatnya tercapai.

Liverpool mendapat apa yang diimpikan selama ini daripada Chelsea di Stamford Bridge.


Penalti Willian pada minit ke-78 selepas bola terkena tangan Fernandinho mengakhiri penguasaan City selama dua tahun sebagai juara bertahan. Tuan rumah sebelum itu terlebih dahulu di depan hasil jaringan Christian Pulisic sebelum disamakan Kevin De Bruyne.


Liverpool juga kelab paling awal mengesahkan kejuaraan berbanding juara Liga Perdana yang lain mengatasi rekod baki lima perlawanan dikongsi bersama City dan Manchester United.



Wednesday, 29 April 2020

Jose Mourinho helps Tottenham distrube fresh food

Special delivery? Jose Mourinho helps Tottenham distribute fresh food from their training ground to local communities in coronavirus fight - as manager and club look to bounce back from criticism for breaking social distancing regulations


  • Jose Mourinho has made his first weekly food delivery for local communities
  • Spurs boss helped carry food produced at the club's training ground
  • Spurs are transporting produce to their stadium which is a food distribution hub
Tottenham Hotspur have been making headlines for all the wrong reasons in relation to the coronaviurs in recent times but with the help of manager Jose Mourinho they are stepping up their aid in the fight against Covid-19.
Formerly known as the 'Special One', Mourinho was on hand to make the first of his special weekly deliveries of food produced at the club's Kitchen Garden, located at their training ground, towards local communities.
In pictures posted on Instagram he is seen wearing PPE while carrying produce such as spinach and rhubarb away from Hotspur Way, which usually produces food for the first-team, before delivering it to the Tottenham Hotspur Stadium.

Monday, 20 April 2020

Baiknya Salah bantu orang kampung



IKON bola sepak Mesir, Mohamed Salah menderma beribu tan makanan dan daging segar di tempat asalnya di Nagrig, Bassioun bagi membantu keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Bapanya, Salah Ghaly berkata, anak lelakinya itu berharap penduduk kampung kekal sihat dan berada dalam keadaan selamat.
Salah juga menggesa penduduk agak tidak menghadiri perhimpunan besar serta mengikut segala arahan kesihatan berkaitan pandemik itu.
Kata Ghaly, dua anak lembu juga akan disembelih dan kemudian dagingnya diagihkan kepada penduduk kampung serta kawasan sekitarnya.

Jelas Ghaly, yayasan amal Salah akan terus membantu menghulurkan bantuan kewangan serta barangan asas kepada majoriti keluarga di kampung itu.
Dilahirkan di Bassioun, Salah sebelum ini sering menderma untuk pembangunan projek di kampungnya itu.
Pada Disember 2018, Salah menderma untuk membangunkan sebuah Hospital di Bassioun. Bersama bapanya, Salah juga mendermakan lima ekar tanah untuk mendirikan loji rawatan kumbahan bagi membolehkan penduduk kampungnya menerima sumber air yang bersih.
Pada Ogos tahun lalu, Salah mendermakan AS$3 juta (RM13 juta) kepada Institut Kanser Kebangsaan Mesir (NCI) bagi membangunkan kembali fasiliti bangunan itu selepas diserang pengganas.
United Nations (UN) pada Februari lalu memilih Salah seagai duta pertama Instant Network Schools, iaitu program bagi membantu pelarian peluang mendapatkan pelajaran berkualiti secara dalam talian.

Thursday, 26 March 2020

Berita Sana Sini: C.Ronaldo wujudkan unit ICU

Berita Sana Sini: C.Ronaldo wujudkan unit ICU: CRISTIANO Ronaldo dan ejennya, Jorge Mendes akan mewujudkan tiga Unit Rawatan Rapi (ICU) di beberapa buah hospital di Portugal untuk memba...

https://aminpaper.blogspot.com/2020/03/cronaldo-wujudkan-unit-icu.html