KETUA pasukan Manchester United, Harry Maguire ditahan di pulau pelancongan di Greece, Mykonos kerana didakwa menyerang dan mengasari pegawai polis.
United dalam satu kenyataan ringkas berkata, mereka mengetahui insiden yang membabitkan Maguire di Mykonos semalam.
"Kita sudah berhubung dengan Harry dan dia memberi kerjasama sepenuhnya dengan polis di Greece.
"Buat masa sekarang kami tidak akan memberi sebarang komen lanjut," jelas kelab berkenaan.
Seorang pegawai polis di Syros, mengesahkan suspek kejadian berkenaan membabitkan tiga lelaki Britain termasuk salah seorang darinya adalah pemain bola sepak namun tidak menyebut nama Maguire.
Menurut pegawai polis berkenaan, empat anggota polis Mykonos mengalami kecederaan ringan selepas pergelutan itu.
Suspek juga dituduh menentang penangkapan, menghina dan mengugut secara lisan pegawai yang menahan mereka.
Pegawai polis itu berkata, polis Mykonos dihubungi untuk meredakan pergaduhan membabitkan dua kumpulan sebelum itu.
Agensi Berita Athens (ANA) berkata, pergaduhan berlaku membabitkan pelancong Britain di luar bar.
ANA mengesahkan antara suspek berkenaan ialah Maguire dan adiknya bersama seorang rakan mereka.
Kata ANA, polis mengarahkan kesemua suspek untuk ke balai polis dengan menggunakan van namun sebaik saja tiba di tempat yang ditujui mereka cuba melarikan diri.
No comments:
Post a Comment