LONDON – Legenda bola sepak Brazil, Pele percaya penyerang Barcelona, Neymar bakal menguasai masa depan bola sepak selepas hampir sedekad ia dikuasai bintang bola sepak dari Argentina, Lionel Messi dan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo.
Sebelum ini, kehebatan Messi dan Ronaldo sering menjadi perbincangan dalam kalangan peminat-peminat bola sepak yang mana bintang Barcelona itu berjaya memenangi empat kali Ballon d’Or manakala bintang Real Madrid itu hanya kurang satu berbanding dengannya.
Terbaharu, Ronaldo berjaya dijulang sebagai pemain terbaik dunia apabila memenangi anugerah Ballon d’Or selepas mengalahkan Messi. Pele berpendapat, peledak sensasi Real itu berjaya mengatasi Messi sejak dua musim lalu.
Namun, Pele percaya Neymar bakal mengambil alih tempat kedua-dua bintang tersebut dan pemain berusia 21 tahun itu sedang mendaki puncak kemasyhuran untuk dinobat sebagai pemain No. 1 dunia nanti.
“Kini, Ronaldo adalah pemain terbaik selepas menyaksikan dominasi Messi dan kita sendiri saksikan perubahan Ronaldo sejak menyertai Liga Sepanyol.
“Kedua-dua pemain ini cukup konsisten di atas padang dan saya percaya Ronaldo telah mengatasi kehebatan Messi sejak dua musim lalu.
“Namun, masa depan bola sepak akan menjadi milik Neymar. Dia bakal menjadi kunci utama buat Barcelona dan Brazil untuk meletakkan kembali kedua-dua pasukan ini di ranking paling atas,” katanya. – Agensi
No comments:
Post a Comment