Pemain Melaka Utd, Patrick Reichelt (kiri) cuba melepasi halangan pemain Petaling Jaya City, Mohamad Zamri Pin Ramli pada perlawanana Liga Super di Stadium Hang Jebat
Melaka United akan memperbaiki permainan pasukannya bagi memastikan keseluruahan pemain skuad itu kekal konsisten dlm keseluruhan 90 minit perlawanan, kata Ketua Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan.
Beliau berkata biarpun meriah kemenangan sulung menewaskan Petaling Jaya City FC 2-1 malam tadi beliau melihat pemain gagal mengekalkan rentak permainan dan terus tertekan pada separuh masa kedua hingga melakukan kesilapan seterusnya memberi ruang kepada pelawat menguasai permainan.
Di separuh masa kedua kita dapat tentangan sengit dan pihak lawan menggandakan asakan namun kita tidak mengubah tempo, ini yang perlu kita ambil perhatian dan berhati2 selain memperbaiki permainan di minit 46 hingga 90 utk kekal bertenaga dalam tempoh keseluruhan perlawanan.
No comments:
Post a Comment