BERBANDING rata-rata pasukan Eropah yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Chelsea sebaliknya berbelanja besar sekitar £200 juta (RM1.06 bilion ) untuk menyaingi Liverpool dan Manchester City di tangga teratas liga.
Pengendali Chelsea, Frank Lampard berjaya menandatangani pemain berbakat Eropah iaitu Timo Werner, Kai Havertz and Hakim Ziyech.
Dengan kejayaan menyambar pemain baru, Lampard mengharapkan penamat yang berbeza berbanding tempat keempat musim lalu.
"Harapan saya berbeza berbanding tahun lalu kerana kami kini di dalam situasi berbeza. Saya tidak hadir ke kelab ini untuk menamatkan saingan di kedudukan keempat," katanya.
Lampard perlu membuktikan pemilihannya selaku pengurus Chelsea untuk musim ketiga adalah tepat terutamanya dalam usaha bersaing dengan Liverpool dan City.
"Kami ketinggalan banyak mata sejak dua musim lalu, jadi kini kami perlu merapatkan jurang dan membina keyakinan semula.
"Kami perlu bekerjasama dengan pemain dan tugas saya adalah untuk memahami barisan pemain baru bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri bersama pasukan.
"Tugas itu bermula sekarang," kata Lampard.
No comments:
Post a Comment