Sunday, 1 February 2015

JDT laung amaran awal {utusan}

PEMAIN JDT meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Ahmad Shah
PEMAIN JDT meraikan kejayaan merangkul Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Pahang 2-0 dalam perlawanan sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam. -

JOHOR BAHRU - Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi amaran awal bahawa mereka adalah calon untuk me­rangkul pelbagai kejuaraan musim ini selepas membenam Pahang 2-0 untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah, semalam.

JDT yang menghimpunkan ramai nama besar, terutama pemain tempatan, memperoleh gol kemenangan menerusi bintang import, Marcos Antonio dan Luciano Figueroa.

Kemenangan membolehkan mereka meraih mata pertama yang ditawarkan dalam Liga Super musim ini, selain memenangi perlawanan sumbangsih buat kali pertama.

Beraksi di hadapan 21,000 penonton di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, juara Liga Super musim lalu itu mempamer aksi jauh lebih bertenaga berbanding juara Piala Malaysia serta Piala FA, Pahang.
Bukan sahaja mendominasi permainan, Harimau Selatan tampak lebih garang dengan kerap mengasak kubu lawan menerusi gerakan cantik dan hantaran pendek.

Jika dilihat aksi keseluruhan kedua-dua pasukan, JDT layak bergelar juara malah boleh menang dengan jaringan lebih besar menerusi ketajaman serangan Figue­roa dan Pereyra Diaz.
Jelas tanpa kelibat Azamuddin Mohd. Akil, jentera serangan Tok Gajah tumpul dan gagal melakukan percubaan tepat ke arah penjaga gol, Mohd. Farizal Marlias.

Muka baharu JDT, Junior Eldstal hampir menyumbang gol pertama Harimau Selatan pada minit kelapan namun sedikit tersasar.

Gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-37 yang bermula ha­sil sepakan sudut Safiq Rahim yang ditanduk oleh Hariss Harun ke arah Marcos yang menanduk dari jarak dekat menewaskan Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Bermula babak kedua, Pahang lebih kerap menggunakan kepantasan R. Gopinathan di bahagian sayap.
Namun, belum pun Tok Gajah menemui rentak, Harimau Selatan terus menghukum pasukan pelawat dengan menambah jaringan kedua menerusi tandukan padu Figueroa pada minit ke-58.

Socceroos akhirnya takluk Asia {utusan}

KAPTEN Australia, Mile Jedinak (tengah) menjulang trofi selepas
KAPTEN Australia, Mile Jedinak (tengah) menjulang trofi selepas mengetuai kejayaan pasukannya muncul juara Piala Asia dengan menewaskan Korea Selatan dalam perlawanan akhir di Stadium Australia, Sydney semalam. – AFP -

SYDNEY - Pemain gantian, James Troisi memastikan kejuaraan pertama Piala Asia buat Australia apabila jaringannya pada minit ke-105, masa tambahan membantu Socceroos mengatasi Korea Selatan 2-1 dalam final Piala Asia 2015, semalam.

Pemain kelab Belgium, Zulte Waregem itu mengecewakan penyokong Korea apabila bola percubaan terakhir di penghujung babak pertama masa tambahan memastikan Australia tidak kempunan lagi pada edisi kali ini selepas kecewa di tangan Jepun pada 2011.

Sebaliknya, malang berterusan buat Korea Selatan kerana mereka masih gagal menamatkan badi semenjak 1960 apabila tewas buat kali keempat pada pentas akhir.

Menurut jurulatih Australia, Ange Postecoglou, pemainnya berhak meraih pujian kerana semangat mereka tidak pernah luntur walaupun Korea Selatan menafikan seketika hajat Australia melalui jaringan penyamaan Son Heung-Min pada masa kecederaan.

"Semua pemain bekerja keras untuk memastikan kejuaraan kali ini.

"Dalam perlawanan akhir, semua tidak berlaku seperti dirancang kerana cabarannya cukup sukar, hanya mereka yang berani sahaja mampu muncul sebagai pemenang.

"Saya tahu kami mampu menamatkan perlawanan ini dengan baik dan kami berasa bangga kerana mampu beraksi cemerlang sehingga 120 minit.

"Kami juga berjaya mengambil peluang yang terhidang. Australia kini mampu menakluk dunia ke­rana keyakinan saya tidak pernah luntur kepada mereka, ” kata Postecoglu.

Socceroos berada di hadapan pada penghujung separuh masa pertama melalui Pemain Paling Bernilai Kejohanan Piala Asia, Massimo Luongo menerusi sepakan kencang yang terus menerjah jaring dan menggamatkan kira-kira 76,000 penonton yang hadir.

Ketika penyokong Australia sudah bersiap sedia meraikan kejua­raan, bintang utama Korea Selatan, Heung-Min mempersembahkan semangat juang luar biasa.

Dia yang melakukan gerakan bersama dengan ketua pasukan, Ki Sung-Yeung, berjaya menewaskan Mathew Ryan untuk membawa permainan ke masa tambahan.

Namun, api perjuangan pemain Australia langsung tidak pernah padam sebaik melangkah ke masa tambahan dan hasilnya, kerja keras ditunjukkan oleh Tomi Juric yang berjaya melepasi kawalan Kim Jin-Su dari sebelah kanan, membuahkan sesuatu buat Socceroos.

Hantaran lintang dari Juric sekadar ditampan lemah oleh penjaga gol, Kim Jin-Hyeon sebelum Troisi melepaskan rembatan ke arah pintu gol yang ternganga luas. – Reuters 

pic espn.com

Monday, 26 January 2015

FA CUP 4th round : Brighton 2-3 Arsenal

Theo Walcott, Mesut Ozil and Tomas Rosicky on target as Gunners survive scare to reach FA Cup fifth round

  • Theo Walcott gave Arsenal the lead inside two minutes with a low strike beyond David Stockdale 
  • Mesut Ozil doubled the Gunners' advantage on 24 minutes after a clever pass from Tomas Rosicky 
  • Chris O'Grady pulled a goal back for Brighton following some poor defending by Calum Chambers
  • Rosicky restored Arsenal's two-goal lead with a fine volley after exchanging passes with Olivier Giroud
  • Sam Baldock gave the hosts hope again when he beat Wojciech Szczesny with 15 minutes left on the clock
England winger Walcott (centre) celebrates his goal with team-mates Aaron Ramsey (left) and Mathieu Flamini

Midfielder Mesut Ozil (right) turns and shoots to make it 2-0 while under pressure from Brighton defender Lewis Dunk

Sunday, 25 January 2015

FA Cup: Man City, Chelsea, Spurs, Swansea out

Chelsea 2-4 Bradford City

 

Manchester City 0-2 Middlesbrough



Tottenham Hotspur 1-2 Leicester City

Jeffrey Schlupp celebrates after scoring the winning goal in added time in north London

Southampton 2-3 Crystal Palace

Blackburn Rovers 3-1 Swansea City

Saturday, 24 January 2015

Ronaldo jadi pengemis ceriakan peminat (utusan)

Cristiano Ronaldo menunjukkan kemahirannya menimang bola ketika  Cristiano Ronaldo menunjukkan kemahirannya menimang bola ketika menyamar sebagai seorang gelandangan di Madrid untuk mencipta kejutan kepada peminatnya. – eonline.com - 

SELAIN hebat di padang, kaya dan memiliki wajah kacak, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo juga membuktikan dirinya merupakan seorang lelaki yang baik hati.

Penyerang yang baharu sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia itu, baru-baru ini sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata untuk melakukan kejutan ke atas peminatnya.

Kejadian itu berlaku di Row Zed, dan Ronaldo telah membuktikan dirinya seorang yang hebat. Dia bukan sahaja handal di padang, malah cukup bijak mengambil hati para peminatnya.

Kapten Portugal itu sering kali tampil di khalayak umum dengan memastikan para peminatnya akan mendapat autograf dan bergambar bersama, selain cukup sabar melayan kerenah orang ramai yang mengaguminya. Rasa hormat para penyokong terhadap Ronaldo berterusan apabila bintang Real Madrid itu telah melakukan sesuatu yang tidak diduga demi memenuhi impian seorang peminat kecil. Sebuah video, yang dirakam menggunakan telefon bimbit milik seorang penyanyi Sepanyol terkenal, Juan Pena telah memaparkan Ronaldo menyamar semata-mata untuk mencipta kejutan ke atas seorang budak lelaki dengan memberinya sebiji bola yang telah ditandatanganinya. 

Watak pilihannya untuk menyamar? Seorang pengemis gemuk yang tiada tempat tinggal, sedang­kan dalam kehidupan realitinya Ronaldo seorang bintang bola sepak yang kaya-raya. Difahamkan, remaja lelaki tersebut tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi yang sewajarnya. Namun, dia bukan satu-satunya peminat yang bertuah. 

Pemenang anugerah Ballon D’Or tersebut turut melakukan kejutan sama di tengah-tengah pusat bandar Madrid yang sibuk, Plaza de Callao, sebelum orang ramai yang kemudian menyedari kehadirannya mengerumuni idola mereka itu. Apa yang menjadi persoalan, mengapa Ronaldo bertindak demikian? Mungkin pemain itu memiliki masa terluang untuk dia melakukan kejutan dengan menyamar, hanya semata-mata bagi menggembirakan peminat kecilnya. – AGENSI -

Monday, 19 January 2015

BPL : Manchester City 0-2 Arsenal

Santi Cazorla put in one of the best individual performances so far this season against Manchester City... his and Arsenal's strong mentality saw Gunners win at Etihad

  • Arsenal got their mentality correct in 2-0 win against Manchester City
  • Santi Cazorla put in one of the best individual performances of the season
  • Race for top four is hotting up, with seven points between third and eighth
Olivier Giroud (right) nods the ball past Joe Hart in the Manchester City goal to score Arsenal's second
Santi Cazorla fired home the opening goal from the penalty spot as he sent the ball past Hart
Giroud slides in jubilant celebration and is joined by Arsenal team-mate Alexis Sanchez
Alexis Sanchez (above) took a selfie with Mesut Ozil (top left), Mathieu Flamini (middle) and Oxlade-Chamberlain (right) following the Gunners' impressive win
Francis Coquelin (right), Arsenal's only defensive midfielder on display at the Etihad, tackles David Silva Francis Coquelin (right), Arsenal's only defensive midfielder on display at the Etihad, tackles David Silva

Saturday, 17 January 2015

BPL results-17/01/2015

Aston Villa 0-2 Liverpool
Burnley 2-3 Crystal Palace
Leicester 0-1 Stoke
QPR 0-2 Man Utd
Spurs 2-1 Sunderland
Swansea 0-5 Chelsea
Newcastle 1-2 Southampton

 Aksi pemain QPR, Joey Barton (tgh) di Stadium Loftus Road. QPR 0-2 Man United. Pix AP
Embedded image permalink Aksi Kyle Walker (tgh) pd perlawanan antara Tottenham dan Sunderland. Tottenham menang 2-1. Pix EPA
Embedded image permalink Andre Schuerrle (kanan) menjaringkan gol kelima di Stadium Liberty. Swansea 0-5 Chelsea. Pix EPA