Saturday, 15 August 2015

Perebutan kian sengit > MSL > Perak 1-1 Pahang



------------------------------------------------------------------------------------------------------
BIARPUN sekadar meraih satu mata, sudah cukup buat Pahang kembali merampas takhta Liga Super selepas mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. 

Skuad Tok Gajah berjaya merampas kedudukan yang disandang Johor Darul Takzim (Johor DT) selepas Harimau Selatan dibelasah Kelantan 1-4 di Kota Bharu. 

Meskipun berkongsi 43 mata, namun Pahang memiliki kelebihan 40 jaringan berbanding Johor DT dengan hanya 31 gol. 

Pada aksi malam tadi, permainan awal babak pertama bermula perlahan apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berhati-hati. 

Bagaimanapun, Pahang mula mendapat rentak permainan sebelum berjaya menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-31. 

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan tuan rumah melipat gandakan serangan untuk menyamakan kedudukan, namun hampa. 

Permainan pada separuh masa kedua bermula agresif apabila skuad The Bos Gaurus tekad merebut setiap peluang yang ada. 

Nasib menyebelahi pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim yang menggantikan Datuk M. Karathu apabila Perak berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69 menerusi penyerang Bobby Gonzales. 

Keputusan kekal sehingga tamat permainan dan selepas ini Perak akan bertandang ke Larkin menentang Johor DT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.



Keputusan Liga Super 15/085/2015 (sabtu)

Kelantan 4-1 Johor DT
ATM 1-1 Sarawak
Perak 1-1 Pahang
Felda United 1-0 Terengganu
PDRM 1-1 Sime Darby

Lions XII 1-1 Selangor



Keputusan Liga Premier 2015 (14/08/15)

Keputusan penuh perlawanan Liga Premier pada 14 Ogos 2015.
N.Sembilan 2 - 0 Kedah
P.Pinang 4 - 0 Sabah
JDT II 2 - 1 K.Lumpur
UiTM 2 - 2 T-Team
DRB Hicom 1 - 1 PKNS
 Forkey Doe menjaringkan gol pertama pasukan N.Sembilan ketika membantu pasukan tersebut menumbangkan Kedah 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi.
 #carta terkini Liga Premier

Barcelona stunned 4-0 by Athletic Bilbao in first leg of Super Cup


Barcelona's hopes of claiming a record-equalling six trophies in 2015 look to be in tatters after they were thrashed 4-0 by brilliant Athletic Bilbao in the first leg of the Spanish Super Cup, with Aritz Aduriz netting a hat trick.

Tuesday, 11 August 2015

BPL - GW1 Results

GW1
Team Team
  • 1
  • MAN UTD
  • SPURS
  • 0
  • 0
  • BOURNEMOUTH
  • ASTON VILLA
  • 1
  • 2
  • EVERTON
  • WATFORD
  • 2
  • 4
  • LEICESTER
  • SUNDERLAND
  • 2
  • 1
  • NORWICH
  • CRYSTAL
  • 3
  • 2
  • CHELSEA
  • SWANSEA
  • 2
  • 0
  • ARSENAL
  • WEST HAM
  • 2
  • 2
  • NEWCASTLE
  • SOTON
  • 2
  • 0
  • STOKE
  • LIVERPOOL
  • 1
  • 0
  • WEST BROM
  • MAN CITY
  • 3

Monday, 3 August 2015

‘Arsenal atasi cabaran psikologi’ {kosmo}


ARSENAL menamatkan badi selepas menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi perebutan trofi Perisai Komuniti di Wembley kelmarin.





LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya, para pemainnya berjaya mengharungi cabaran psikologi paling getir selepas menewaskan Chelsea pada aksi perebutan trofi Perisai Komuniti kelmarin.
Sebagai rekod, Arsenal tidak pernah menewaskan Chelsea menerusi 13 perlawanan sebelum ini dan kesan psikologi dalam kalangan pemain yang wujud akibat siri kekalahan tersebut dilihat sebagai rintangan terbesar untuk diatasi.
Bagaimanapun, kejayaan Alex Oxlade-Chamberlain menja ringkan gol untuk merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea kelmarin sekali gus meleburkan rasa was-was Arsenal terhadap keupayaan sebenar mereka dalam menghadapi cabaran The Blues menjelang musim depan.
“Kemenangan itu sangat pen- ting untuk para pemain keluar daripada kebiasaan (kekerapan tewas kepada Chelsea). Perlawanan itu juga bukan mengenai perselisihan antara Arsene Wenger dengan Jose Mourinho (pengurus Chelsea), ia tidak sama sekali.
“Ia kerana perlawanan itu bukan untuk saya. Ia adalah perlawanan melibatkan dua buah pasukan antara Arsenal dengan Chelsea,” ujar Wenger.
Pada aksi perebutan trofi itu, Chelsea terlebih dahulu mempamerkan penguasaan sebelum Arsenal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.



Hubungan Wenger dengan Mourinho semakin tegang sejak Februari lalu apabila kedua-dua pengendali itu saling mengkritik rentak permainan yang diterapkan ke dalam skuad masing-masing.
Wenger mengkritik Mourinho kerana kerap mengemudi Chelsea melakukan aksi serangan balas yang dianggap sebagai tidak menghormati pasukan lawan.
Selepas tamat aksi perlawanan Perisai Komuniti, Mourinho dilihat berjabat tangan dengan para pemain Arsenal, namun tidak melakukan perkara sama terhadap Wenger yang berada di belakangnya.
“Saya telah berjabat tangan dengan semua orang selepas tamat perlawanan dan tiada yang istimewa. Kalau dia (Mourinho) masih tidak tahu menghormati orang lain, biarkan. Saya akan tetap menghormati semua orang,” tegas Wenger. – Agensi

Arsenal bikin Chelsea merana




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LONDON – Trofi Perisai Komuniti kekal menjadi milik Arsenal selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea pada aksi yang berlangsung di Stadium Wembley malam tadi.
Malah, ia juga merupakan kali kedua berturut-turut The Gunners berjaya merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan Manchester City 3-0 pada kempen musim lalu.
Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan dilihat lebih gemar mengamalkan corak permainan berhati-hati sehingga menyaksikan bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah.
Namun, Arsenal lebih bernasib baik apabila berjaya memecah kebuntuan melalui satu serangan balas pantas yang disempurnakan dengan baik oleh Alex Oxlade-Chamberlain yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-24.
Percubaannya menerjah terus ke gawang pasukan lawan tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol The Blues, Thibaut Courtois.
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang terdesak mencari gol penyamaan membuat keputusan untuk menurunkan penyerang baharu, Radamel Falcao dan Oscar menggantikan Loic Remy serta Ramires sebaik aksi separuh masa kedua bermula, namun ia tidak membawa sebarang perubahan.
Di sebalik aksi hambar skuad kendalian Mourinho itu, mereka tetap memiliki peluang untuk meloloskan diri menerusi sepakan percuma Oscar pada minit ke-68, namun ia sedikit tersasar.
Kemenangan tersebut membuktikan The Gunners berada di landasan tepat untuk kembali lebih menyerlah pada kempen Liga Perdana England musim ini yang akan bermula secara rasminya 8 Ogos ini.
Arsenal dijadualkan menentang West Ham United di Stadium Emirates, Ahad depan manakala Chelsea pula akan memulakan kempen mempertahankan gelaran juara dengan menanti kunjungan Swansea City. – Agensi