Saturday, 5 September 2015

France 1-0 Portugal

Mathieu Valbuena's superb late free kick earned France a deserved 1-0 friendly victory over Portugal on a night when new Manchester United striker Anthony Martial made his senior debut for Les Bleus.
Martial this week became football's most expensive teenager when United splashed out an initial £36 million to sign him from Monaco, and to cap an unforgettable few days for the 19-year-old he was handed his France bow as a second-half replacement for Karim Benzema.
Mathieu Valbuena curled a free kick over the wall to help France defeat Portugal.
He could not mark the occasion with a goal, but Euro 2016 hosts France still ran out 1-0 winners in Lisbon thanks to Valbuena's dead-ball brilliance
The Lyon playmaker sent a superb curling effort over the wall five minutes from time and, despite Portugal goalkeeper Rui Patricio getting finger tips to the shot, he could not keep it out.

Friendlies : Aguero Stars, Argentina win 7-0

Sergio Aguero superb as Argentina beat Bolivia 7-0

A virtuoso performance from Sergio Aguero led Argentina to a 7-0 friendly winover Bolivia in Houston.
The Manchester City forward is recognised as one of the world's premier goalscorers and a pair of deft finishes were in keeping with that reputation.
But unusually, it was his creativity that stood out with wonderful passes for both of strike partner Ezequiel Lavezzi's first-half goals as Gerardo Martino's side led 3-0 at the break.
Aguero scored his second and substitute Lionel Messi also got two, the second again set up by Aguero, before Angel Correa added a final flourish.

Friday, 4 September 2015

Dollah ucap selamat tinggal [metro]

Sepang: Ketua jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh mengesahkan peletakan jawatannya berkuatkuasa semalam selepas kekalahan memalukan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Jelasnya, tindakan berkenaan dilakukan demi rasa tanggungjawab tanpa mendapat tekanan mana-mana pihak.

“Ini keputusan muktamad dan saya sudah mengadakan perbincangan dengan (Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia) Datuk Hamidin Mohd Amin. Mereka menerimanya.

“Memang terkilan dengan pengakhiran begini namun mana-mana jurulatih tidak dapat menerima keputusan seperti ini. Peminat juga tidak boleh terima, jadi saya dengan hati terbuka melepaskan jawatan,” katanya sebaik tiba di KLIA malam tadi.

Dollah dilantik menggantikan Datuk K Rajagobal pada Jun tahun lalu namun persembahan longlai sepanjang tahun ini terutamanya berdepan lawan dari Timur Tengah mencetuskan persoalan walaupun berjaya muncul naib juara Piala AFF 2014.

Dollah berkata, beliau tidak menyalahkan pemain kerana ia asam garam bola sepak dan perlu menerimanya.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya sudah menjangka (kekalahan) namun tidak sehingga kekalahan besar. Saya jangka kita akan tewas dengan satu atau dua gol,” jelasnya.

Ditanya mengenai kesungguhan dan komitmen pemain, Dollah berkata, soalan itu sepatutnya dijawab oleh pemain sendiri.

Skuad negara akan meneruskan saingan dalam Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 dengan bertemu Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selasa nanti.

Prestasi Dollah, 51, bersama skuad kebangsaan tahun ini hambar apabila gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan antarabangsa selepas muncul naib juara Piala AFF tahun lalu.

Bekas pemain kebangsaan itu masih mempunyai baki kontrak sehingga hujung tahun depan.

Dalam aksi di Stadium Mohammed Zayed itu, Dollah hanya melakukan dua pertukaran pemain dengan memasukkan Ahmad Hazwan Bakri dan Mohd Nasir Basharudin dalam kesebelasan utama berbanding ketika seri dengan Bangladesh 0-0 pada aksi persahabatan minggu lalu.

Harimau Malaya gagal membendung kelincahan pemain perancang Omar Abdulrahman serta penyerang Ahmed Khalil yang menyumbat empat gol dan gandingannya Ali Mabkhout melakukan hatrik untuk skuad kendalian Mahdi Ali menjadi peneraju kumpulan dengan enam mata.

Dollah pada sidang media di Abu Dhabi kelmarin berkata, pemainnya beraksi buruk sehinggakan gawang mereka tetap akan bolos jika menggunakan dua penjaga gol.

 
Dollah menjawab soalan wartawan sebaik tiba di KLIA mlm tadi


“Kami beri tiga, empat gol mudah kepada pasukan lawan. Saya tahu tak mudah untuk berdepan UAE tapi tak jangka kami kalah dengan 10 gol.

“Kalau saya letak dua penjaga gol sekalipun kami tidak boleh berbuat apa-apa, pemain pertahanan saya melakukan kesilapan mudah,” jelasnya.

Biarpun peluang Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 masih terbuka, namun mereka mungkin terpaksa melalui jalan sukar dengan aksi play-off.

Belanda tersungkur, Wales, Itali catat kemenangan


PENYERANG Belanda, Memphis Depay (kanan) melihat pemain-pemain Iceland meraikan kejayaan mereka mengejutkan pasukan Oranje 1-0 dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Stadium Arena, Amsterdam semalam. AFP 

PARIS – Iceland mengorak langkah besar dalam usaha memburu tiket ke Kejohanan Eropah (Euro) 2016 setelah mencipta kejutan menewaskan Belanda 1-0 semalam, sekali gus meletakkan skuad Oranje dalam bahaya gagal ke pusingan akhir di Perancis.

Penalti yang disempurnakan Gylfi Sigurdsson pada minit ke-51 memastikan Iceland kekal di kedudukan teratas Kumpulan A setelah mengumpul 18 mata, lapan mata di depan pemenang pingat gangsa Piala Dunia, Belanda yang kini menghuni tempat ketiga de­ngan baki tiga perlawanan berbaki.

Persembahan kurang me­yakinkan sebelum ini telah menyebabkan Guus Hiddink dipecat, dan jurulatih baharu, Danny Blind kini terpaksa mengharungi tempoh sukar di Amsterdam. Dengan situasi yang cukup menekan, Belanda kini begitu terdesak untuk memburu kemenangan.

Malah, mereka juga nyaris dibolosi seawal minit ketujuh, mujur penyerang Iceland, Jon Dadi Bodvarson terlepas peluang keemasan yang terhidang.

Belanda kehilangan ketua pa­sukan Arjen Robben, yang di­timpa kecederaan pangkal paha­ selepas setengah jam permainan berlangsung dan dia digantikan dengan Luciano Narsingh.

Keadaan semakin buruk untuk skuad tuan rumah apabila pemain pertahanan, Bruno Martins Indi diarah keluar padang pada minit ke-33 kerana menarik leher penyerang Kolbeinn Sigthorsson.

Hari malang mereka berterusan selepas rehat setelah pemain tengah Swansea, Sigurdsson me­nyempurnakan sepakan penalti yang diberikan setelah Gregory van der Wiel menjatuhkan Birkir Bjarnason.

Belanda yang berada di kedudukan ketiga Kumpulan A ketinggalan di belakang Republik Czech yang menewaskan Kazakhstan 2-1, berterima kasih kepada jaringan pada penghujung permainan oleh Milan Skoda pada minit ke-74 dan 86.

Belanda kini berdepan misi wajib menang dalam kunjungan mereka ke Turki yang mencatat keputusan seri 1-1 dengan Latvia. Republik Czech pula akan ke Latvia, manakala Iceland bakal menanti Kazakhstan di laman sendiri untuk mengesahkan tempat buat kali pertama ke Euro.

Sementara itu, dalam aksi Kumpulan B, Gareth Bale memastikan peluang Wales untuk layak ke Euro buat kali pertama dalam tempoh 58 tahun semakin cerah.

Penyerang Real Madrid itu menyumbat gol pada penghujung permainan untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Cyprus.

Dalam Kumpulan H, Itali memanfaatkan kesempatan keputusan seri tanpa jaringan yang dicatat Croatia di Azerbaijan untuk merampas kedudukan teratas setelah menumpaskan Malta 1-0 hasil jaringan penyerang Southampton, Graziano Pelle pada minit ke-69.

Skuad Azzurri bakal me­nerima kunjungan Bulgaria esok, yang mana jika menang akan mengesahkan tempat mereka ke pusi­ngan akhir Euro 2016. – AFP

Bola sepak kita di tahap paling hina - Peminat [utusan]


PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat cuba mengejar bola tendangan pemain UAE, Ali Ahmed Mabkhout dalam kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, kelmarin. Skuad Harimau Malaya dibelasah 10-0. AFP - 

KUALA LUMPUR – Kekalahan teruk pasukan Harimau Malaya kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi kelmarin umpama suis yang meletuskan lahar gunung berapi dalam kalangan peminat yang menganggap bola sepak Malaysia berada di tahap paling hina ketika ini.

Komen-komen pembaca terhadap berita kekalahan 10-0 skuad negara di Stadium Mohammed Bin Zayed itu, yang disiarkan di akaun Facebook Utusan Malaysia Online jelas membayangkan bahawa peminat tidak dapat mene­rima kekalahan dengan jumlah gol yang begitu besar.

Kebanyakan mereka mengirimkan komen sinis terhadap pasukan kebangsaan, pemain, jurulatih serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), manakala sebahagian lagi menunjukkan kemarahan me­lampau kerana terlalu kecewa dimalukan dengan aksi hambar skuad Harimau Malaya.

Malah, sedutan rakaman perla­wanan itu yang menjadi viral di la­man sosial, telah disunting de­ngan diselitkan adegan daripada filem klasik Ibu Mertuaku, yang memaparkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mencucuk matanya hingga buta untuk menggambarkan betapa malu dan tidak sanggupnya orang yang membuat suntingan itu terhadap kekalahan berkenaan.

Komen paling pedas di dalam akaun Facebook Utusan Online dilontarkan oleh pembaca yang menggunakan nama Izam Ismail, yang berkata: “Maruah bola sepak negara di tahap paling hina... lebih baik tak ada team bola sepak daripada terus memalukan negara...bubarkan sahaja.”

“Selagi prestasi pasukan se­perti itu lebih baik tak usah hantarlah ke mana-mana pertandingan luar. Memalukan. Tunggu seribu tahun lagilah,” kata pembaca yang menggunakan nama Ratza Zydy.

Pembaca yang lain pula ­meng­anggap pemain juga harus dipersalahkan, bukan hanya Dollah Salleh.

“Kalau jurulatih bagus sekali pun tapi kalau semua pemain tak ada kualiti tak ada guna...pemain Malaysia hanya jagoan untuk Liga M sahaja,” kata Saharudin Ham­zah.

Khairusy Syakirin pula mencadangkan jurulatih terbaik diambil di samping mengecam corak permainan skuad negara.
“Sepatutnye jurulatih menco­rak kn permainan. Ini x co­rak­nye ttp same long ball... org malaysia pendek...org arab diaorg tinggi.... ubahlh game.... belanjalh besar si­kit untk cari coach terbaik. Gilap bakat baru,” katanya.

Seorang lagi pembaca Hairi Nawi berkata: “Inilah hasil pembangunan bola sepak Malaysia... bukan sekali dua, dah berkali-kali kalah sahaja yang banyak,” manakala Al Mochsin berkata: “Ini bukan harimau tapi kucing.”


Dollah letak jawatan

 PEMAIN UAE, Ali Ahmed Mabkhout (dua dari kiri) melompat melepasi penjaga gol Malaysia, Mohd Afif Amiruddin sambil dikejar oleh Muhammad Zamir Selamat (kanan) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia Kumpulan A di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi kelmarin. – AFP - 

SEPANG - Jodoh Dollah Salleh bersama skuad Harimau Malaya ditamatkan oleh rekod kekalahan 10-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) apabila dia mengumumkan meletakkan jawatannya kepada wartawan yang menunggu kepulangan skuad negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam tadi.

“Hari ini saya dah berbincang dengan FAM, saya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan saya lepaskan jawatan saya. Muktamad.

“Pagi-pagi lagi saya telah berbincang dengan Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAM). Semua berjalan lancar, tiada masalah.

Dollah talking to his players at KLIA. Pix from FAM Facebook

“Sudah tentu (terkilan) sebagai jurulatih. Kita kalau boleh nak dapatkan keputusan baik tetapi benda dah jadi macam ini,” katanya, mengulas mengenai kekalahan besar kepada UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi itu.

“Perkara-perkara macam ini (kekalahan besar) mana-mana jurulatih pun tak boleh terima, apatah lagi peminat bola sepak negara.

“Benda dah terjadi, saya kena terima hakikat. Saya tak boleh salahkan sesiapa. Razman (Roslan) ada kata, kalau boleh kekal sampai bertemu Arab Saudi. Tapi saya kata tak boleh dah, cukup,” katanya sebaik sahaja tiba dari Abu Dhabi.

Dollah mengambil alih tugas selaku jurulatih kebangsaan secara rasmi pada penghujung Jun tahun lalu.

Keputusan Dollah itu pastinya membuatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berada dalam kegelisahan kerana perlu mencari pengganti segera, apatah lagi skuad negara akan menentang Arab Saudi walaupun jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee disebut-sebut sebagai calon bidan terjun paling sesuai.

Mengulas berhubung siapa yang bakal mengendalikan Harimau Malaya untuk menentang Arab Saudi, Dollah berkata: “Terpulang kepada FAM”.

Malaysia akan bertemu lawan lebih sukar Arab Saudi di Shah Alam pada Selasa depan untuk perlawanan keempat pusingan dwikelayakan itu.

Kekalahan kepada UAE merupakan yang kedua dicatatkan oleh Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Dunia/Piala Asia setelah tumpas kepada Palestin 6-0 dan seri 1-1 dengan Timor Leste.

Kekalahan 10-0 kepada UAE merupakan yang terbesar dialami pasukan negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa. Sebelum ini, kekalahan terbesar yang dialami oleh pasukan negara ialah ketika menentang New Zealand pada tahun 1967 yang berakhir dengan keputusan 8-2.

Malaysia kini berada di tempat tercorot dalam Kumpulan A dengan satu mata, di belakang Timor Leste yang turut mengutip satu mata tetapi kurang dibolosi.

UAE 10 - 0 Malaysia



kecewa PENJAGA gol skuad kebangsaan, Muhammad Zamir Selamat tunduk hampa selepas gagal menahan jarin

FAM DI GESA BERTINDAK (Utusan)
LETIH PUNCA KALAH BESAR (Utusan)
DOLLAH LETAK JAWATAN (Utusan)

 KUALA LUMPUR – Kurang persiapan dan pemain keletihan akibat jadual padat Liga Malaysia antara punca utama Harimau Malaya diaib­kan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak negara, kata jurulatih Dollah Salleh.  

Kecewa dengan kekalahan 10-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, kelmarin, Dollah berkata, dia terkejut dan tidak menjangka pasukan bimbi­ngannya akan kalah dengan jari­ngan yang begitu besar. Menurutnya, misi utama pasukan dalam perlawanan itu adalah membawa pulang satu mata dengan mencatat keputusan seri kerana sedar bukan mudah untuk menang ke atas UAE. 

“Seperti yang saya katakan, kami hanya ada tiga hingga empat hari untuk melakukan persiapan. Bukan mudah nak main pasukan macam UAE yang saya anggap pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.  

“Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri, tetapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah,” katanya, dipetik daripada laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam. Dalam perlawanan kelayakan tersebut Malaysia bermain hambar dan terpaksa menukar penjaga gol dua kali, namun semuanya sia-sia apabila tidak langsung mampu mengekang UAE daripada menambah jaringan. Malah, benteng pertahanan skuad Harimau Malaya bagaikan tidak berfungsi dalam perlawanan tersebut, sekali gus membuka laluan mudah kepada barisan sera­ngan pasukan lawan untuk meraih jaringan dalam tempoh singkat. 

“Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan pasukan. “UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik, terutama Omar Abdulrahman (pemain No. 10). Dia seorang pemain hebat dan ternyata ‘membunuh’ setiap pemain kami,” kata Dollah.