Friday, 4 September 2015
UAE 10 - 0 Malaysia
FAM DI GESA BERTINDAK (Utusan)
LETIH PUNCA KALAH BESAR (Utusan)
DOLLAH LETAK JAWATAN (Utusan)
KUALA LUMPUR – Kurang persiapan dan pemain keletihan akibat jadual padat Liga Malaysia antara punca utama Harimau Malaya diaibkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak negara, kata jurulatih Dollah Salleh.
Kecewa dengan kekalahan 10-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, kelmarin, Dollah berkata, dia terkejut dan tidak menjangka pasukan bimbingannya akan kalah dengan jaringan yang begitu besar. Menurutnya, misi utama pasukan dalam perlawanan itu adalah membawa pulang satu mata dengan mencatat keputusan seri kerana sedar bukan mudah untuk menang ke atas UAE.
“Seperti yang saya katakan, kami hanya ada tiga hingga empat hari untuk melakukan persiapan. Bukan mudah nak main pasukan macam UAE yang saya anggap pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.
“Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri, tetapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah,” katanya, dipetik daripada laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam. Dalam perlawanan kelayakan tersebut Malaysia bermain hambar dan terpaksa menukar penjaga gol dua kali, namun semuanya sia-sia apabila tidak langsung mampu mengekang UAE daripada menambah jaringan. Malah, benteng pertahanan skuad Harimau Malaya bagaikan tidak berfungsi dalam perlawanan tersebut, sekali gus membuka laluan mudah kepada barisan serangan pasukan lawan untuk meraih jaringan dalam tempoh singkat.
“Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan pasukan. “UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik, terutama Omar Abdulrahman (pemain No. 10). Dia seorang pemain hebat dan ternyata ‘membunuh’ setiap pemain kami,” kata Dollah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment