Thursday, 24 September 2015

Martial bertambah ‘garang’ [kosmo]


MANCHESTER – Penyerang baharu Manchester United, Anthony Martial meneruskan mimpi indah apabila tampil lebih garang bersama The Red Devils selepas meledak gol keempat untuk pasukan itu setakat ini.
Pada aksi pusingan ketiga Piala Capital One di Stadium Old Trafford awal pagi semalam, Martial yang dimasukkan selaku pemain gantian melengkapkan gol ketiga untuk mencetak kemenangan 3-0 ke atas Ispwich Town.
Pengurus United, Louis van Gaal menegaskan, Martial yang menyertai The Red Devils dari AS Monaco melibatkan nilai perpindahan £36 juta (RM241.2 juta) tidak akan terbawa-bawa dengan kecemerlangan yang dipamerkannya ketika ini.
“Saya tidak terkejut kerana dia seorang pemain yang sederhana dan mampu menjaringkan gol pada bila-bila masa berbanding rakan sepasukannya yang lain.
“Para pemain pasukan ini memberi laluan mudah kepada Martial untuk menjamin kemenangan United pada perlawanan itu. Dia mampu memanfaatkan peluang menggunakan kepantasan serta ketepatan yang dimilikinya.
“Sebelum ini, dia berjaya melakukannya ke atas Liverpool. Kami gembira tetapi saya tegaskan kami perlu merendah diri dan berpijak atas bumi yang nyata,” kata van Gaal.
Selain Martial, dua lagi gol The Red Devils pada aksi tersebut dijaringkan Wayne Rooney dan Andreas Pereira pada minit ke-23 serta ke-60.
Kejayaan itu menyaksikan United mara ke pusingan keempat Piala Capital One apabila dijadualkan berdepan Middlesbrough pada 26 Oktober depan.
Selepas ini, skuad bimbingan van Gaal akan bertemu pasukan tercorot Liga Perdana England, Sunderland di laman sendiri esok. – Agensi

No comments:

Post a Comment