Liverpool, England: Pengurus Liverpool Juergen Klopp berkata, beliau berdoa dua pasukan Merseyside akan bertemu pada final Piala Liga selepas pasukannya mengatasi Stoke City menerusi penentuan penalti pada separuh akhir.
Jiran setempat Liverpool Everton mendahului 2-1 ke atas Manchester City menjelang separuh akhir kedua awal pagi tadi dan jika anak buah Roberto Martinez berjaya, Wembley akan menjadi pentas pertama final sesama kelab Merseyside dalam tempoh 27 tahun pada 28 Februari ini.
“Saya dapat tahu mengenainya sebagai satu perkara besar, tapi jika anda mengalahkan mereka,” kata Klopp.
Marko Arnautovic
“Saya tidak boleh mempengaruhi mereka. Kami akan menyaksikan perlawanan esok dan Man City ketinggalan satu gol, ada kemungkinan.
“Kami tidak kisah siapa yang akan kami temui. Sudah pasti ia final dua pasukan utara England dan jika semuanya berjalan lancar, ia satu pertembungan jiran setempat di Wembley.
“Tapi jika anda berdepan sesama sendiri, anda pasti mahu mengalahkan mereka. Dalam pertembungan jiran setempat, lakukan apa saja untuk mengalahkan mereka.
“Jika seluruh warga Liverpool pergi ke sana ia pasti bagus, tapi anda kena jaga rumah anda, bandar raya ini pasti kosong!” -AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 11:04 AM
No comments:
Post a Comment