Friday, 29 January 2016

Rehman tuntut sokongan padu

Kuantan: Pemain import Pahang Zesh Rehman mengharapkan sokongan padu daripada peminat skuad itu dalam usaha memberikan motivasi dan semangat bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Rehman, satu-satunya pemain import musim lalu yang dikekalkan musim ini meminta penyokong Pahang memberikan tempoh masa kepada skuad itu untuk mempamerkan prestasi terbaik.

Katanya, kehadiran sebahagian besar pemain muda sudah pasti memerlukan tempoh tertentu dalam usaha menyesuaikan diri tetapi percaya Pahang akan memberikan tentangan apabila saingan liga bermula nanti.

“Oleh itu, saya harap penyokong Tok Gajah memberi masa kepada kami, khususnya kepada pemain muda yang kali pertama bersama Pahang musim ini untuk cepat menyesuaikan diri sekali gus membentuk persefahaman mantap.

Rehman (kanan) mahu pamer aksi terbaik

“Saya percaya semua pemain tidak sabar beraksi dan pemain muda menunjukkan komitmen tinggi serta berusaha meningkatkan kualiti permainan masing-masing,” katanya semalam.

Musim ini, Rehman yang juga bekas pemain Fulham akan bergandingan dengan tiga pemain import baru iaitu Nejc Potokar, German Pacheco dan Dalibor Volas selepas kontrak Dickson Nwakaeme, Matias Conti dan Damion Stewart tidak disambung.

No comments:

Post a Comment