Wednesday, 30 March 2016

Pemain kering idea (Hmetro) MALAYSIA 0-0 MACAU

Melaka: Kegagalan mencatat kemenangan ke atas pasukan kerdil Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi pasti memberi tamparan hebat buat Harimau Malaysia.

Kebangkitan diharapkan masih belum kelihatan apabila perlawanan yang sepatutnya menjadi medan anak buah Datuk Ong Kim Swee mengasah taji hanya berakhir dengan kekecewaan seri 0-0.

Kim Swee membuat kejutan dengan melakukan rombakan besar apabila menyisihkan enam pemain yang beraksi ketika tewas 0-2 di tangan Arab Saudi pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah Jumaat lalu.

Tanpa kapten dan tonggak tengah Safiq Rahim, lilitan di lengan diserahkan kepada penyerang berpengalaman Mohd Amri Yahyah manakala pemain muda Nazmi Faiz Mansor yang tampil buat kali pertama dengan skuad senior sejak 2013 memainkan peranan bersama pasangannya ketika menjuarai Sukan SEA Jakarta 2011 Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah.


Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Izham Tarmizi Roslan yang mengambil alih tugas Khairul Fahmi Che Mat kurang diuji pasukan pelawat pada babak pertama manakala Nazirul Naim Che Hashim yang dipanggil pada saat akhir terpaksa digantikan dengan Yong Kuong Yong pada minit ke-26 akibat kecederaan.

Biarpun mendominasi sepenuhnya permainan namun anak buah Kim Swee tetap sukar menembusi gawang pasukan dibarisi kebanyakan pemain amatur yang menduduki ranking ke-195 dunia berbanding Malaysia (166).

Malaysia pada dua pertemuan terakhir kelayakan Piala Dunia 1993 mudah membelasah Macau 9-0 di Stadium Merdeka dan 5-0 di gelanggang lawan.

Hanya dua percubaan bahaya dicipta Harimau Malaysia menerusi percubaan penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-25 yang diselamatkan penjaga gol Macau Ho Man Fai manakala rembatan pemain sayap kanan Nazrin Nawi (m-37) terkena tiang gol.

Dua pertukaran dilakukan Kim Swee pada babak kedua dengan mengeluarkan Nazmi Faiz dan Matthew Davies untuk memberi ruang kepada Hafiz Kamal dan Wan Zack Haikal Wan Noor.

Bagaimanapun Harimau Malaysia terus buntu menghasilkan gol apabila beberapa percubaan tersasar dengan tandukan terbang Amri pada minit ke-83 diselamatkan Man Fai manakala sepakan percuma Hafiz lewat permainan terkena tiang.

Aksi kurang meyakinkan ini memberi petanda jelas buat Kim Swee bahawa tugasnya membawa Malaysia melepasi halangan play-off Piala Asia 2019 pada Jun serta kejohanan Piala AFF hujung tahun ini pasti sukar.

Sunday, 27 March 2016

England fight back from two goals down to stun Germany

Eric Dier's dramatic stoppage-time header earned England a stunning 3-2 comeback win over world champions Germany in Berlin.
England have enjoyed some memorable encounters against Germany and, while this may not have been as important as the 1966 World Cup final or as remarkable as the 5-1 win in 2001, it was a display few at the Olympiastadion will ever forget.
Harry Kane's exceptional strike and an even better Jamie Vardy flick saw a two-goal deficit extinguished, allowing Dier to complete a remarkable friendly victory.
This was an impressive performance that underlined the progress made since the dismal 2014 World Cup, although for a while it looked like Joachim Low's ruthless side would triumph thanks to Toni Kroos' strike from distance and Mario Gomez's second-half header.
Hodgson's inexperienced side rallied rather than wilted, though, with Kane producing a lovely Cruyff turn and strike to give the visitors hope in the 61st minute.
England's other in-form striker was not to be undone as minutes after his introduction Vardy marked his fifth cap with his first international goal, wonderfully flicking home at the near post.
Man-of-the-match Dele Alli wasted a glorious chance to win it for the Three Lions, but Tottenham team-mate Dier made amends by heading home in stoppage time.
It was an incredible end to a night that had begun edgily due to the high level of security at the Olympiastadion.
Germany were playing away to France when terrorists tried to enter the Stade de France and let off explosives in November, with their friendly at home to Holland just days later in Hannover called off due to a bomb threat.
This was their first match since then and following this week's attacks in Brussels spectators had to undergo security checks, bag searches and pat-downs.
The resulting large queues dissipated in time for the match, as did the hostility heard during the national anthems.
Sami Khedira, Gomez and Mats Hummels had chances during the opening stages, but it was far from one-way traffic in Berlin.
Gary Cahill's header towards goal in the opening minutes was just behind the threatening Kane and the returning Danny Welbeck fired over from the edge of the box.
A number of the visitors' attacking moves were breaking down late on and that looked set to cost them when Gomez broke through and fired across Jack Butland, only to be called offside.
England tried to capitalise as Jordan Henderson tried his luck from distance and then Kane hooked over on the turn.
The Premier League's top-scorer was proving a handful for the world champions and produced a lovely pass through to dithering Welbeck, whose blocked effort was followed by Adam Lallana flashing over.
England were playing with confidence, but their inability to score was punished by the world champions as Kroos was able to glide forwards before unleashing a low, left-footed strike from 25 yards that beat Butland at his near post.
The Stoke goalkeeper beat the ground in frustration, not only at being beaten but picking up an injury that saw him leave the field on a stretcher.
Fraser Forster came on in his place and was soon called into action to impressively tip over a Marco Reus free-kick.
Keen not to be outdone, Manuel Neuer stopped Alli's powerful drive sneaking into the bottom corner before Henderson saw a close-range effort blocked.
The hosts would strike the next blow, though, as Khedira was afforded too much time and clipped a lovely ball over to Gomez, who expertly steered a header past Forster.
It was a great goal that looked likely to end the fixture as a contest, only for Kane to halve the deficit.
A wonderful Cruyff turn, two days after the death of the Holland great, created space and gave the in-form Spurs striker the chance to impressively fire home past Neuer from an acute angle.
Germany striker Mario Gomez wheels away in celebration after doubling his side's lead by scoring in the 61st minute
Teenage midfielder Alli was denied by Neuer's feet as England looked for a leveller which arrived in the most stunning of fashions.
Substitute Ross Barkley played the ball out wide to Nathaniel Clyne, whose low cross was turned home brilliantly by Vardy just minutes after coming on.
Henderson struck wide from distance as England threatened a winner, which Alli looked certain to get when Vardy's cutback left the impressive teenager with a gaping goal.
Somehow he shot over when the 4,100 visiting fans were expecting the net to bulge, but they could celebrate wildly in stoppage-time as Dier headed home a scarcely believable winner.

Cruyff bayangi kekalahan Belanda


AMSTERDAM – Kesedihan yang menyelubungi bola sepak Belanda ekoran kematian legenda mereka, Johan Cruyff, membayangi kekalahan 2-3 skuad Oranje kepada Pe­rancis dalam aksi persahabatan, semalam.

There was also a minute's silence before kick-off in memory of the 34 victims of the Brussels bomb attacks in Belgium on Tuesday


Sebaik perlawanan memasuki minit ke-14, penonton yang berada di stadium yang bakal dinamakan sebagai Johan Cruyff Arena berdiri bagi mengenang pemain legenda itu yang meninggal dunia akibat barah di Barcelona, Khamis lalu.

Di setiap sudut stadium bendera, sepanduk dan kain ren­tang yang tertera imej Cruyff menyarung jersi No. 14 dikibarkan penyokong.

Both sets of players wore black armbands throughout the game

Skuad Belanda, yang akan beraksi menentang England di Wembley Selasa ini, ketinggalan 0-2 pada babak pertama menerusi gol Antoine Griezmann dan Olivier Giroud.

Giroud doubled France's advantage in the 13th minute

Tuan rumah bangkit sebaik saja babak kedua bersambung selepas Nigel de Jong merapatkan jurang pada minit ke-47 dan Ibrahim Affelay menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-86.

Payet came close to extending France's advantage in the second period

Namun, jaringan kapten Pe­rancis, Blaise Matuidi tiga minit sebelum tamat permainan merencatkan suasana di Amsterdam Arena, sekali gus menghadiahkan kemenangan 3-2 kepada pasukan pelawat. – AGENSI

*Didier Deschamps is impressed by Dimitri Payet's performance tonight: 'He was very good... he is confirming his good form. I will need him'

Kepulangan penuh emosi -Suarez selamatkan Uruguay selepas 640 hari tidak beraksi

RECIFE - Selepas 640 hari diketepikan akibat penggantungan, Luis Suarez kembali ke kancah bola sepak antarabangsa semalam de­ngan meledak gol penyamaan bagi membantu Uruguay mengikat Brazil 2-2 dalam kelayakan Piala Dunia 2018 zon Amerika Selatan di tempat lawan.

Tuan rumah mendahului 2-0 dalam tempoh 30 minit pertama hasil jaringan Douglas Costa (minit pertama) dan Renato Augusto (minit ke-26).

Namun begitu, kelemahan benteng Brazil menyaksikan Edinson Cavani berjaya merapatkan jurang, sebelum Suarez menyamakan kedudukan tiga minit selepas babak kedua bersambung.

Sejurus tamat permainan, Sua­rez, 29, mengakui, dia amat emosional ketika menjaringkan gol buat pasukannya.
Bintang penyerang Barcelona itu digantung sembilan perlawanan antara­bangsa kerana menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014.



Kepulangannya amat dinantikan Uruguay, setelah pasukan itu dibelenggu masalah kecederaan dan penggantungan.
“Gol pertama lawan mengejutkan kami kerana mereka menghukum kami seawal minit pertama permainan. Jaringan itu merubah perancangan awal.

“Bagaimanapun se­perti biasa, pasukan ini menunjukkan karakter dan sema­ngat juang yang tinggi.
“Saya amat emosional selepas menjaringkan gol ke­rana saya memang memerlukan jaringan untuk membalas semua sokongan yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakan.

“Saya telah banyak menderita dan jaringan itu amat penting,” kata Sua­rez.

David Luiz continues to hold Dunga's trust but was key in Brazil letting a 2-0 lead slip vs. Uruguay.
Making matters worse for Brazil was the yellow card for Neymar, which means he'll miss the Paraguay game.

Ketika permainan baru bermula, Willian melepasi kawalan pertahanan Uruguay, Sebastian Coates sebelum melakukan hantaran silang untuk disempurnakan Costa dalam kotak penalti.

Tuan rumah menggandakan kedudukan pada minit ke-25 apabila percubaan Neymar dalam kotak penalti gagal dikeluarkan pertahanan lawan, Alvaro Pereira.

Augusto yang berada berhampiran pantas mengambil bola untuk menghasilkan gol kedua.

Ketinggalan 2-0 tidak mematikan semangat Uruguay, dan Cavani melakukan voli cantik untuk merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, Sua­rez, yang diberi lilitan kapten melengkapkan kebangkitan hebat pasukannya dengan melepaskan rembatan rendah menewaskan penjaga gol, Alisson. – AGENSI

Ronaldo, Portugal kongsi kecewa


LEIRIA, Portugal – Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Portugal dimalukan 0-1 oleh Bulgaria dalam perlawanan persahabatan di laman sendiri, semalam.

Pemain kelahiran Brazil, Marcelinho meletakkan pelawat di depan pada minit ke-19 selepas melepasi kawalan pertahanan tuan rumah, Pepe sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Anthony Lopes.

Tuan rumah mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-66 selepas pengadil, Carlos Clos Gomez menghadiahkan sepakan penalti kerana Nikolay Bodurov terpegang bola ketika cuba menghadang hantaran silang Pepe.

Diberi tanggungjawab mengambil sepakan, Ronaldo mengecewakan penyokong tuan rumah di Stadium Magalhaes Pessoa apabila gagal menewaskan penjaga gol lawan, Vladislav Stoyanov.

Malah, tiga minit sebelum tamat permainan, Stoyanov sekali lagi menafikan percubaan kapten Portugal itu apabila menepis tandukan jarak dekat Ronaldo.

“Kami tidak gembira dengan keputusan ini selepas bermula dengan baik.

“Pada 15 minit pertama, kami menunjukkan aksi mantap, namun penjaga gol lawan mempamer prestasi menakjubkan,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos. – AGENSI

Kim Swee puas hati prestasi Skuad Harimau Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Mac - Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan prestasi Harimau Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada gergasi Asia Barat, Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah, Arab Saudi, awal pagi tadi.



Jurulatih kelahiran Melaka itu berkata, beliau menghimpunkan kesemua 23 pemain sebagai satu pasukan pada Isnin, dan menambah semua pemain menjalani sesi pemulihan dalam tiga hari lepas untuk mengembalikan semula kecergasan selepas mengharungi perlawanan yang padat dalam Liga Malaysia.

“Seperti yang anda lihat, Arab Saudi menguasai permainan tetapi pemain kami mempamerkan prestasi yang baik dari segi pertahanan dan menyukarkan Arab Saudi (untuk menjaringkan gol) dan akhirnya, saya tidak boleh meminta lebih daripada mereka.

“Saya juga berharap kami dapat belajar daripada kekalahan ini terutama menentang pasukan negara Asia Barat seperti Emiriah Arab Bersatu, Palestin dan Arab Saudi,” Kim Swee berkata dalam sidang media selepas perlawanan itu. - BERNAMA

Friday, 25 March 2016

BPL : Everton 0-2 Arsenal - Gunners cruise past poor Everton



Alex Iwobi has scored his FIRST ever Premier League goal on his FIRST ever Premier League start for Arsenal.


(CNN)Perhaps resting John Stones was not the greatest strategy by Everton manager Roberto Martinez.
Without the England center back manning the back line, Everton's porous defense was lucky to concede only two goals to Arsenal in the first half.

Sunday, 13 March 2016

PSG kenduri besar 9-0 terhdp Troyes



What next for Zlatan and Co?

Having confirmed their dominance of the domestic scene, PSG will now attempt to transfer their success onto the Champions League stage.
Blanc's side beat Chelsea 4-2 on aggregate in the last 16 of this season's competition and will find out their quarter-final opponents when the draw takes place in Nyon on Friday.
Pressure is mounting on Blanc and his players to deliver in Europe after the huge investment from the club's wealthy Qatari owners.
But their hopes of becoming a Champions League force in future seasons could depend on their ability to keep Ibrahimovic, 34, and Cavani, who have both been linked with moves to the Premier League.

Friday, 4 March 2016

Punca Barcelona sukar ditewaskan

MESSI mencetak hatrik pada aksi menentang Rayo bagi saingan La Liga awal pagi semalam.
MADRID – Ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique menyifatkan sikap para pemain­nya yang tidak mengenal erti putus asa menjadi punca mereka sukar dikalahkan.
Ia dibuktikan menerusi kejayaan awal pagi semalam yang menyaksikan Barcelona tidak menghadapi masalah untuk membelasah Rayo Vallecano 5-1 pada aksi La Liga.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan skuad The Calatalans itu mencipta rekod baharu selaku pasukan yang tidak tewas selepas mengharungi 35 perlawanan liga.
Rekod tersebut turut mengatasi pencapaian yang pernah dilakar Real Madrid pada musim saingan kempen La Liga 1988-1989 yang mencatat 34 aksi tanpa kalah.
“Kami sedang mengharungi musim ini dengan bergaya. Kami perlu tunggu dan lihat perkara yang boleh dicapai pada hujung musim ini. Buat masa ini, kami la­yak digelar juara liga.
“Mengikut statistik, kami kurang baik dari segi sepakan penalti, tetapi akhirnya kami masih boleh menja­ringkan gol. Saya harap kami mampu memperbaiki semua kelemahan itu.
“Bagaimanapun, kelemahan itu tidak pernah menjadi perkara yang membimbangkan saya dan pasukan ini,” ujar Enrique.
Pada aksi menewaskan Rayo, Ivan Rakitic terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-22 sebelum pemain terbaik dunia, Lionel Messi meledak gol kedua Barca berselang se­minit.
Babak kedua perlawanan pula, Messi sekali lagi men­yumbat gol pada minit ke-53, namun skuad tuan rumah berjaya merapatkan jurang menerusi tandukan disempurnakan Manucho (m-57).
Memasuki minit ke-69, Barcelona berpeluang menambah jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun gagal menyempurnakan peluang tersebut.
Kekecewaan Barcelona untuk berpesta gol berjaya diubati menerusi jaringan hatrik Messi berselang empat minit kemudian.
Pemain baharu Barcelona, Arda Turan turut mencipta nama selaku penjaring gol pada minit ke-86. – Agensi

FA Cup : Johor DT, PDRM ke suku akhir

PENYERANG Johor DT, Aznie Taip (kanan) melepaskan rembatan kencang ke arah pintu gol Negeri Sembilan pada aksi pusingan ketiga Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi yang berkesudahah Harimau Selatan menang 4-1.
JOHOR DARUL TAKZIM (Johor DT) tampil dalam kelas tersendiri apabila memusnahkan impian Negeri Sembilan 4-1 pada aksi pusingan ketiga Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan skuad Harimau Selatan mara ke pusingan suku akhir piala berprestij itu yang dijadualkan bermula pertengahan bulan ini.
Pada perlawanan malam tadi, Johor DT tidak menunggu lama untuk merobek gawang pasukan Negeri Sembilan apabila memperoleh jaringan pembukaan seawal minit kelapan menerusi Aznie Taip.
Tiga minit selepas itu, giliran Amri Yahyah pula mencatat nama selaku penjaring apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11 bagi membolehkan Harimau Selatan mendahului 2-0.
Aksi semalam boleh dikatakan 90 peratus dikuasai Harimau Selatan yang nampak mantap di semua posisi sehingga menyukarkan pasukan lawan untuk melancarkan gerak.
Pada separuh masa kedua, rentak Johor DT semakin garang dan asakan demi asakan yang mereka lancarkan telah memaksa pemain pasukan lawan bekerja keras bagi menghalang kemaraan penyerang Harimau Selatan.
Begitupun, skuad kendalian Mario Gomez itu masih mampu meloloskan diri apabila menambah dua lagi jaringan pada minit ke-64 dan 90 menerusi jaringan Jorge Pereyra Diaz.
Walaupun lebih banyak bertahan sepanjang perlawanan tersebut, namun Negeri Sembilan tetap berjaya memecah kebuntuan apabila memperoleh jaringan saguhati menerusi serangan balas pada minit ke-67 yang disempurnakan pemain importnya, Andrew Nabbout untuk menjadikan kedudukan 4-1 memihak kepada Johor DT dan ia kekal sehingga tamat perlawanan.
Turut menempah tiket ke suku akhir ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencipta kejutan selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas pendahulu Liga Super, Selangor di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Turut mara ke suku akhir adalah Kedah yang menewaskan Kelantan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa penuh perlawanan dan tamat 30 minit masa tambahan
Lawan mereka pada pusingan suku akhir nanti hanya akan diketahui selepas undian dijalankan esok.

Thursday, 3 March 2016

Ashley Williams puts dent in Arsenal title hopes with shock winner

Ashley Williams celebrates scoring Swansea's second


Arsene Wenger post-match quotes

"We created many chances and were unlucky in our finishing. It was a very disappointing result.
"I'm worried about results. It's a very difficult moment for the team so we need to focus on ourselves and do the basics.
"Cech got a muscular problem at the end of the game. He will not play on Saturday. I have full faith in Ospina."
"We hit the bar a few times, we were on top, we were unlucky. To lose a game like that is a shame but we have to respond.
"I still can't understand that because it's just under the eyes of the referee and we were unlucky with that decision.
"At the moment we lack a little bit confidence in front of goal. We have to deal with that."



Wednesday, 2 March 2016

Kedah menunggu masa ditaja D'Herbs

Alor Setar: Juara Liga Perdana 2015, Kedah semakin hampir mendapatkan syarikat D'Herbs Healthy Sdn Bhd sebagai penaja pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.
Pengasas syarikat itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata perbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah dilakukan baru-baru ini.
"Hampir 99.9 peratus kita bersetuju untuk menaja skuad Lang Merah, cuma masih menunggu beberapa perkara yang belum diputuskan KFA. Saya tidak meletakkan apa-apa syarat kepada KFA seperti jersi atau cat stadium.

"Jika KFA putuskan dalam masa terdekat, kita akan selesaikan proses penajaan bagi merancakkan lagi industri bola sepak negeri ini," katanya selepas perlawanan Kedah-Kelantan malam tadi.

Kedah menang 2-1 ke atas Kelantan dalam saingan Liga Super menerusi gol pemain import, Carlos Eduardo pada minit ke-67 dan Mohd Syafiq Ahmad sembilan minit sebelum perlawanan tamat, selepas Indra Putra Mahayuddin membuka jaringan untuk pelawat pada minit ke-29.

Aliff berkata beliau memilih pasukan itu kerana kagum dengan semangat dan perpaduan dalam kalangan penyokongnya yang datang dari seluruh pelosok negeri bagi menyokong pasukan mereka.

Ditanya mengenai laporan beliau membatalkan hasrat menaja Kedah selepas krisis pertukaran Menteri Besar baru-baru ini, Aliff mengakui perbincangan itu terhenti seketika sebelum KFA kembali melakukan rundingan berhubung penajaan berkenaan.

Aliff berkata perbincangan bersama KFA menerusi Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilakukan hampir dua bulan sebelum krisis pertukaran jawatan itu berlaku, sehingga ada yang mengatakan beliau membatalkan hasrat tajaan tersebut.

 
Aliff bersetuju taja Helang Merah dan masih menunggu beberapa perkara belum diputuskan 

Mengenai tagline 'terlajak gol' setiap kali pasukan itu melakukan jaringan, Aliff berkata perkara itu bergantung kepada KFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada membenarkannya atau tidak.
"Memang hasrat saya untuk pemain kata terlajak gol tetapi kalau perkataan itu macam kelakar dan menjejaskan reputasi bola sepak negara ini mungkin ia tidak perlu digunakan," katanya.

Aliff berkata apa yang diharapkannya ialah mahu melihat pasukan tajaannya mempamerkan aksi lebih baik setiap kali perlawanan dan dapat meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.

"Tujuan saya yang mengusahakan syarikat kosmetik menaja pasukan hanya untuk memeriahkan industri bola sepak di negara ini yang agak suram sebelum ini," katanya. 

Keputusan MSL : JDT catat kemenangan ke atas Felda