MONACO – Pemain tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) tahun ini selepas kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara.
Modric, 32, memulakan kariernya bersama Dinamo Zagreb sebelum menyertai Tottenham Hotspur selama empat tahun seterusnya berhijrah ke Real enam tahun lalu.
Modric yang dijangka akan menjadi pilihan untuk memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini telah berjaya mengalahkan bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo dan penyerang Liverpool, Mohamed Salah untuk anugerah Pemain Terbaik UEFA.
“Ayah sentiasa memberikan sokongan padu dan saya berhutang budi kepadanya
“Ia adalah satu detik menakjubkan buat saya. Saya sangat teruja dan berbangga dengan anugerah hebat ini,” kata Modric yang telah membantu Real memenangi tiga kali berturut-turut trofi Eropah dan membantu Croatia layak ke pentas final Piala Dunia 2018 Rusia.
Luka Modric has been named UEFA’s Player of the Year ahead of Cristiano Ronaldo. (Getty Images)
Pencapaian Real memenangi Liga Juara-Juara buat kali ketiga membuatkan Modric layak menerima anugerah tersebut selain dia turut memenangi anugerah bagi kategori Pemain Tengah Terbaik.
Rakan sepasukannya, Sergio Ramos dinamakan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik manakala penjaga gawang, Keylor Navas dinobatkan sebagai Penjaga Gol terbaik.
Ronaldo yang tidak hadir untuk anugerah tersebut dipilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik oleh jurulatih-jurulatih Liga Juara-Juara dan Liga Europa serta wartawan.
– Agensi
No comments:
Post a Comment