Thursday, 27 December 2018

Emery Anggap Kekalahan Kepada Liverpool Itu Bagus | Kalah teruk

Pengurus Arsenal, Unai Emery memberitahu ada perkara positif yang boleh pasukan beliau ambil daripada kekalahan memalukan kepada Liverpool.

Liverpool bangkit dari gol awal oleh Arsenal menerusi Maitland Niles apabila bangkit dengan menakjubkan dalam masa 90 minit melalui dua gol Firmino.

Firmino sempat “menganjing” pertahanan Arsenal dengan melakukan gaya No Look Goal.

Sadio Mane dan Mohamed Salah kemudian melengkapkan separuh masa pertama Liverpool dengan kedudukan 4-1.
Kekalahan itu menyaksikan Emery merekodkan kekalahan besar pertama beliau selaku pengurus Arsenal sejak di lantik menggantikan Arsene Wenger.
Namun, Emery memberitahu kemenangan besar anak buah Jürgen Klopp itu memberi mereka peluang mencari kelemahan untuk meningkatkan skuad mereka.
“Tiga tahun lalu kami [Sevilla] bermain menentang Liverpool dalam Champions League dan sekarang pada musim lalu mereka bermain di perlawanan akhir Champions League.

‘’Mereka ialah contoh untuk kami. Kami juga perlu meningkatkan diri kami namun kami juga perlukan masa.
“Kami perlu menjalani proses ini dengan langkah demi langkah setiap hari.
“Hari ini kekalahan ini bagus. Bukan keputusan bagus. Namun sangat baik apabila tahu bagaimana untuk meneruskan proses ini pada masa akan datang.
“Kami ada perlawanan yang sangat penting pada Selasa. Kami perlu menunjukkan kami mampu bangkit dan menunjukkan permainan yang bagus,” ujarnya.




No comments:

Post a Comment