Wednesday, 29 May 2019

Tuesday, 28 May 2019

EPL : Bilionair Arab beli Newcastle United

NEWCASTLE - Pemilik Newcastle United, Mike Ashley dilaporkan telah bersetuju untuk menjual kelab itu kepada bilionair Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan dianggarkan bernilai £350 juta (RM1.87 bilion).
Mike Ashley bought Newcastle United in 2007

Ashley, 54, yang menjadi pemegang saham terbesar Newcastle pada 2007, sebenarnya sudah beberapa kali mahu menjual bekas gergasi Liga Perdana England tersebut.
Beliau yang juga pemilik syarikat barangan sukan terkemuka dunia dari Great Britain, Sports Direct International Plc itu terpaksa menangguhkan hasratnya kerana tidak menerima tawaran terbaik sejak Oktober tahun lepas.
Menurut Ashley, selain membeli Newcastle, bakal pemilik baharu kelab itu juga perlu menyediakan dana untuk urusan jual beli pemain dalam jendela perpindahan.
Berdasarkan laporan di England, kedua-dua pihak antara Ashley dan Sheikh Khaled difahamkan sudah menandatangani kontrak perjanjian yang telah dihantar kepada pihak Liga Perdana England (EPL).
Sheikh Khaled, 61, ialah sepupu kepada bilionair Arab yang merupakan pemilik Manchester City, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan.

Pengasas Bin Zayed Group iaitu sebuah konglomerat terkemuka dengan pelbagai urusan perniagaan dalam pasaran Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan antarabangsa antaranya pelaburan, hartanah, teknologi, tenaga dan pembinaan, perindustrian dan perdagangan serta perkhidmatan kewangan.
Beliau dilaporkan pernah membuat percubaan untuk membeli Liverpool dengan nilai £2 bilion (RM10.7 bilion) tetapi usahanya gagal pada tahun lepas. – Reuters

Saturday, 18 May 2019

BUNDESLIGA [Final] - Perlawanan istimewa Robben dan Ribery

Ribery bersama trofi dan rakan sepasukan meraikan kejayaan muncul juara Bundesliga

FRANCK Ribery merakam detik ‘istimewa’ ketika dia dan Arjen Robben masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan penentuan liga di Allianz Arena awal pagi tadi, tatkala Bayern Munich menewaskan Eintracht Frankfurt, 5-1 sekali gus merangkul gelaran ketujuh juara Bundesliga.
“Ia adalah saat yang sangat istimewa, tetapi juga antara yang paling sukar,” kata Ribery kepada Sky.
“Ini adalah saat terakhir saya di Allianz Arena, bersama penyokong dan dengan pasukan, selepas 12 tahun berada di sini. “Ada masanya untuk semua perkara dan kamu harus menerimanya.”
Perpisahan ala Kisah dongeng bagi ikon kelab itu Robben dan Ribery menyaksikan Bayern mengakhiri kempen liga dengan cabaran luar biasa dua mata di depan pencabar terdekat, Borussia Dortmund yang menewaskan Borussia Moenchengladbach 2-0.
“Kamu tidak dapat menulis final yang terbaik daripada itu,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac.
Penyokong bayern Munich mengibarkan banner Robben & Ribery di Allianz Arena, Munich FOTO reuters

Sembilan mata di belakang Dortmund pada Disember, Bayern hanya tewas satu perlawanan antara Januari hingga Mei untuk melonjak kembali mahkota juara Jerman untuk kali ke-29 dalam sejarah kelab itu.
Robben dan Ribery, kedua-duanya akan meninggalkan kelab hujung musim ini, dibawa masuk daripada bangku simpanan menentang Frankfurt untuk menjaringkan gol ke empat dan kelima Bayern dan menafikan harapan Dortmund untuk merampas gelaran pada perlawanan penentuan liga itu.

Manchester City juara FA Cup pula slps benam Watford 6-0


Stunning by Manchester City. They have won the FA Cup and completed the domestic treble (Community Shield,Carabao Cup,FA Cup,Premier League).
You have to feel for Watford but Pep Guardiola's men are just too good.


Manchester City became the first men's team in England to win the domestic treble as City crushed Watford 6-0 on Saturday in the FA Cup final, with Raheem Sterling and Gabriel Jesus each scoring twice. Sterling was initially credited with three goals, but one was retroactively awarded to Jesus instead.
After already winning the Premier League and League Cup, this was was over shortly after halftime. City led 2-0 at the break and 3-0 just 16 minutes into the second half. 
Sterling was dominant with his speed and technical ability, Jesus was clinical from close, David Silva scored the winner and Kevin de Bruyne added another as City finished the majority of its shots on goal.
Watford entered this game as the heavy underdog, and that was evident early. Though Ederson was forced to make a couple saves, City was just too much in the end,
It was another prolific season for City, who wrapped up the Premier League title over Liverpool last Sunday. Now the focus shifts to celebrations, the summer and aiming to reach an even higher goal next season: winning the Champions League. 
Watford, on the other hand, finished off a good season just a step short of glory. A team with defensive struggles, Watford has conceded 13 goals over the last three games. 

Thursday, 16 May 2019

'Never forget the important things in life': Pogba makes trip to Mecca during Ramadan

Manchester United star Paul Pogba has paid a visit to Mecca as he marks Ramadan.
The 26-year-old embarked on a pilgrimage to Islam's holiest city in Saudi Arabiafollowing the end of the football season.
It is not the Frenchman's first visit, having made the trip at the end of the last two seasons as well.
He shared a pair of pictures from his visit on Instagram, alongside the caption: 'Never forget the important things in life'.  
Pogba will hope the journey marks some respite after a disappointing end to the season at Old Trafford.
Pogba faces an uncertain future at the club with Real Madrid monitoring his situation.
He is one of Zinedine Zidane's main targets this summer as he tries to turn around the Spanish giants following their own turbulent campaign. 
Manchester United star Paul Pogba visits Mecca during Ramadan
Loaded: 0%
Progress: 0%
0:00
Previous
Play
Skip
Mute
Current Time0:00
/
Duration Time0:27
Fullscreen
Need Text

Saturday, 11 May 2019

UEL : Mkhitaryan mungkin terlepas final Europa

ARSENAL menyatakan mereka “terlalu bimbang” Henrikh Mkhitaryan mungkin terlepas aksi final Liga Europa menentang Chelsea di Baku kerana ketegangan politik antara Armenia dan Azerbaijan.
Kapten Armenia itu menarik diri daripada aksi awal Gunners pada pertandingan itu menentang Qarabag kerana pertelingkahan mengenai wilayah Nagorny Karabakh, isu yang dibimbangi Arsenal sekali lagi selepas mereka menyingkirkan Valencia 7-3 secara agregat awal pagi semalam dan layak ke final di ibu negara Azerbaijan itu pada 29 Mei ini.
“Kami meminta jaminan UEFA (Kesatuan Bolasepak Eropah) mengenai adakah selamat buat Henrikh Mkhitaryan berkunjung ke Baku bagi final Liga Europa, dengan pasukan dan pemain memerlukannya berada di dalam skuad,” menurut Arsenal dalam satu kenyataan.
“Jaminan mengenainya masih belum diperoleh dan kami berharap UEFA dapat memberikannya dengan segera. Kami sudah tentu amat bimbang dengan lokasi final yang membuatkan Micki mungkin tidak boleh bermain di final.”
Azerbaijan dan Armenia bertelagah mengenai Nagorny Karabakh sejak pemisah Armenia merampas wilayah itu ketika peperangan yang didakwa meragut 30,000 nyawa pada awal 1990-an.
Genjatan senjata dipersetujui pada 1994 tetapi kedua-dua negara masih berbalah dan sering berbalas tembakan.
Mkhitaryan sebelum ini tidak membuat kunjungan ke Azerbaijan ketika beraksi bersama bekas kelabnya Borussia Dortmund dalam aksi Liga Europa menentang Galaba FK pada 2015.
UEFA menyatakan dalam satu kenyataan: “Ia prosedur standard bagi UEFA menghantar surat sokongan kepada persatuan, kelab atau kedutaan dalam usaha mendapatkan visa bagi pemain dan membenarkan mereka beraksi dalam perlawanan kejohanan UEFA.”

Poch bengang cara kerja di Spurs


MAURICIO Pochettino menyatakan adalah “bodoh” untuk kekal sebagai pengurus Tottenham jika kelab itu gagal menyediakan rangka tindakan bagi masa depan yang boleh membantu kelab London itu bersaing dengan kelab gergasi.
Pochettino mengemudi Tottenham ke final Liga Juara-Juara minggu ini dan mungkin boleh menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga Ahad ini di belakang Manchester City dan Liverpool namun di depan Chelsea, Arsenal dan Manchester United.
Kejayaannya hadir di sebalik kurang berbelanja dalam pasaran perpindahan pemain sejak beberapa musim kebelakangan.
“Saya tidak akan membuka babak baharu tanpa perancangan, tanpa idea jelas, tidak telus, memberitahu anda dan penyokong kami apa seterusnya, apa objektif kami,” kata Pochettino yang masih berbaki empat tahun dalam kontrak semasanya.
“Saya amat memahami bagaimana bisnes ini dijalankan. Kami juga amat sedar kami perlu beroperasi dengan cara berbeza – ia tidak bermakna untuk berbelanja lebih atau kurang.
“Jika kami percaya bahawa kami boleh beroperasi dengan cara sama seperti lima tahun terakhir kami akan layak ke setiap final Liga Juara-Juara dan kami akan berada dalam kelompok empat teratas serta bersaing dengan projek seperti Liverpool atau Manchester City atau Manchester United, saya fikir kami terlalu naif.
“Jika anda mahu yang sama seperti Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Chelsea dan anda letakkan jangkaan sama terhadap Tottenham, berikan saya cara yang berbeza untuk bekerja.
“Jika tidak, saya lihat orang bekerja dengan cara sama, pada masa depan saya akan menjadi orang ini. Saya orang paling bodoh untuk bekerja sebegini.”
Pochettino berkata awal minggu ini beliau mungkin terpaksa meninggalkan kerusi panas Spurs jika memenangi Liga Juara-Juara musim ini.
Tottenham akan berdepan Liverpool pada final di Madrid, 1 Jun ini.

Klopp bingung keputusan UEFA

Stadium Olimpik di Baku yang menjadi hos final Liga Eropah antara Chelsea dan Arsenal pada 29 Mei ini

PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp menyokong kritikan peminat Chelsea dan Arsenal mengenai pemilihan Baku bagi final Liga Europa hujung bulan ini dan berkata, badan induk bola sepak Eropah, UEFA perlu menangani cara mereka memilih bandar raya tuan rumah.
Peminat dua kelab bermusuh London itu berdepan perjalanan lebih 8,000km untuk menghadiri pertembungan dua pasukan Liga Perdana Inggeris di ibu negara Azerbaijan pada 29 Mei ini.
Ketika penyokong Liverpool dan Tottenham Hotspur melahirkan kemarahan mengenai tambang penerbangan dan bilik hotel yang melambung bagi final Liga Juara-Juara di Madrid, Klopp berkata, penyokong Chelsea dan Arsenal lebih teruk lagi.
“Saya fikir dengan Madrid jelas ia terlalu mahal dan sukar dipercayai, tapi pergi ke Baku bagi final Liga Europa, ia benar-benar kelakar,” kata Klopp awal pagi tadi, soalan yang terpesong daripada potensi pasukannya memenangi kejuaraan domestik menentang Wolverhampton Wanderers di Anfield, Ahad ini.
“Saya fikir mereka yang membuat keputusan ini, saya tidak tahu apa yang mereka makan ketika bersarapan.
“Tahun lalu kami pergi ke Kiev (final Liga Juara-Juara) satu bandar raya yang cantik tapi kelihatannya pasukan dari Russia atau Ukraine tidak akan terbabit.”
Dengan ketiadaan penerbangan terus ke Baku dari London, penyokong berdepan perjalanan hingga 14 jam bergantung kepada penerbangan sambungan.

“Keputusan ini mesti lebih masuk akal,” kata Klopp. “Ia seperti tidak bertanggungjawab, saya tidak tahu bagaimana mereka melakukannya dan saya bersimpati terhadap penyokong.”
Berapa ramai penyokong boleh menghadiri perlawanan itu turut dipersoalkan dengan setiap kelab ditawarkan sekitar 6,000 tiket.
Kelab penyokong Chelsea’s Supporters’ Trust menganggap peruntukan itu “tidak mencukupi” manakala ahli lembaga pengarah kelab Tim Rolls memberitahu BBC perjalanannya turut membabitkan bas selama tujuh jam dari Tbilisi.

UEL - Arrizabalaga hero Chelsea



LONDON - Ketangkasan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga berjaya membawa pasukan itu ke pentas final Liga Europa selepas membantu pasukan itu menang 4-3 ke atas Eintracht Frankfurt menerusi penentuan penalti pada aksi timbal balik separuh akhir di Stamford Bridge awal pagi semalam.
Pada perlawanan awal pagi semalam, kedua-dua pasukan seri 2-2 secara agregat selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan, sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti sebelum The Blues memastikan kemenangan 4-3.
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan, meskipun gembira dengan kemenangan tersebut, namun beliau tetap kecewa dengan aksi lemau yang ditampilkan barisan pemainnya, terutamanya pada separuh masa kedua sehingga membolehkan Frankfurt meledak gol penyamaan.
“Kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama, namun saya tidak tahu apa yang berlaku pada separuh masa kedua kerana kami diasak teruk oleh pasukan lawan. Benteng pertahanan juga sedikit leka sehingga pasukan lawan menyamakan kedudukan.
“Semua pemain sudah berada dalam keadaan letih pada masa tambahan. Bukannya mudah untuk beraksi dalam satu perlawanan yang memakan masa 120 minit selepas mengharungi musim panjang, ia sangat sukar,” kata Sarri.
Pengendali dari Itali itu turut mendedahkan pasukannya langsung tidak melakukan latihan sepakan penalti memandangkan beliau berpendapat tekanan ketika latihan tidak sama dengan perlawanan sebenar.
“Kami langsung tidak jalani latihan sepakan penalti. Bagaimanapun, tekanan pada perlawanan sebenar sangat berbeza dengan situasi latihan,” ujarnya. – Agensi

Thursday, 9 May 2019

UCL-Liverpool sukar diramal - KLOPP | BARCA apa dah jadi?

Liverpool melakukan kebangkitan menakjubkan apabila membenam cabaran Barcelona 4-0 di Anfield sekali gus mara ke pentas final UCL dengan agregat 4-3 awal pagi semalam

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melabelkan pasukannya sebagai gergasi apabila berjaya merentap ego Barcelona untuk mencatatkan kemenangan 4-3 secara agregat pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi semalam.
Kebangkitan luar biasa The Reds yang me­raih kemenangan 4-0 di laman sendiri berjaya membawa mereka ke pentas final musim ini meskipun kecundang 0-3 ketika beraksi di Camp Nou minggu lalu untuk aksi pertama.
Reds fans boo former heroes Luis Suarez & Coutinho on Anfield return

Keputusan berkenaan menyaksikan Liverpool mara ke petas final kali kedua berturut-turut apabila Divock Origi dan Georginio Wijnaldum wmasing-masing menyumbangkan dua gol seterusnya berjaya menunjukkan jalan keluar buat skuad kendalian Ernesto Valverde.
Dalam aksi berkenaan, ketiadaan Mohamed Salah dan Roberto Firmino sama sekali tidak membuatkan The Reds tempang apabila Origi dan Wijnaldum yang sebelumnya lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan menjadi nadi utama pasukan untuk memberikan sejarah hitam kedua berturut-turut Barcelona di pentas UCL.
“Jika anda mahukan, saya berani bersumpah untuk mengatakan semua pemain yang beraksi malam ini memang layak dilabelkan sebagai sangat luar biasa.
“Suasana di Anfield sememangnya sangat menakjubkan dan istimewa kerana perkara seperti ini belum pernah saya lihat sebelum ini.
“Apabila pemain menunjukkan persembahan sedemikian rupa, ia memang menjadi perkara yang sa­ngat baik serta jelas menunjukkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam bola sepak.
“Kami perlu lebih ­serius dan luar biasa ­serta mahu menjadi salah satu pasukan yang sukar untuk diramal,” kata Klopp. – Agensi

Thursday, 2 May 2019

UCL : Semi :- Ajax Barca menang ke atas 2 team Epl

UEFA Champions League | RESULT:
Barcelona 3-0 Liverpool
A brace from Leo Messi, including a magnificent free-kick, sees Barcelona take a three-goal lead to Anfield. Liverpool have a mountain to climb if they are to advance to the final.


Tottenham Hotspur 0-1 Ajax

Ajax go into next week's second leg in high spirits after securing a vital away goal at Tottenham.