Saturday, 11 May 2019

Poch bengang cara kerja di Spurs


MAURICIO Pochettino menyatakan adalah “bodoh” untuk kekal sebagai pengurus Tottenham jika kelab itu gagal menyediakan rangka tindakan bagi masa depan yang boleh membantu kelab London itu bersaing dengan kelab gergasi.
Pochettino mengemudi Tottenham ke final Liga Juara-Juara minggu ini dan mungkin boleh menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga Ahad ini di belakang Manchester City dan Liverpool namun di depan Chelsea, Arsenal dan Manchester United.
Kejayaannya hadir di sebalik kurang berbelanja dalam pasaran perpindahan pemain sejak beberapa musim kebelakangan.
“Saya tidak akan membuka babak baharu tanpa perancangan, tanpa idea jelas, tidak telus, memberitahu anda dan penyokong kami apa seterusnya, apa objektif kami,” kata Pochettino yang masih berbaki empat tahun dalam kontrak semasanya.
“Saya amat memahami bagaimana bisnes ini dijalankan. Kami juga amat sedar kami perlu beroperasi dengan cara berbeza – ia tidak bermakna untuk berbelanja lebih atau kurang.
“Jika kami percaya bahawa kami boleh beroperasi dengan cara sama seperti lima tahun terakhir kami akan layak ke setiap final Liga Juara-Juara dan kami akan berada dalam kelompok empat teratas serta bersaing dengan projek seperti Liverpool atau Manchester City atau Manchester United, saya fikir kami terlalu naif.
“Jika anda mahu yang sama seperti Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Chelsea dan anda letakkan jangkaan sama terhadap Tottenham, berikan saya cara yang berbeza untuk bekerja.
“Jika tidak, saya lihat orang bekerja dengan cara sama, pada masa depan saya akan menjadi orang ini. Saya orang paling bodoh untuk bekerja sebegini.”
Pochettino berkata awal minggu ini beliau mungkin terpaksa meninggalkan kerusi panas Spurs jika memenangi Liga Juara-Juara musim ini.
Tottenham akan berdepan Liverpool pada final di Madrid, 1 Jun ini.

No comments:

Post a Comment