Liverpool melakukan kebangkitan menakjubkan apabila membenam cabaran Barcelona 4-0 di Anfield sekali gus mara ke pentas final UCL dengan agregat 4-3 awal pagi semalam
LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melabelkan pasukannya sebagai gergasi apabila berjaya merentap ego Barcelona untuk mencatatkan kemenangan 4-3 secara agregat pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi semalam.
Kebangkitan luar biasa The Reds yang meraih kemenangan 4-0 di laman sendiri berjaya membawa mereka ke pentas final musim ini meskipun kecundang 0-3 ketika beraksi di Camp Nou minggu lalu untuk aksi pertama.
Reds fans boo former heroes Luis Suarez & Coutinho on Anfield return
Keputusan berkenaan menyaksikan Liverpool mara ke petas final kali kedua berturut-turut apabila Divock Origi dan Georginio Wijnaldum wmasing-masing menyumbangkan dua gol seterusnya berjaya menunjukkan jalan keluar buat skuad kendalian Ernesto Valverde.
Dalam aksi berkenaan, ketiadaan Mohamed Salah dan Roberto Firmino sama sekali tidak membuatkan The Reds tempang apabila Origi dan Wijnaldum yang sebelumnya lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan menjadi nadi utama pasukan untuk memberikan sejarah hitam kedua berturut-turut Barcelona di pentas UCL.
“Jika anda mahukan, saya berani bersumpah untuk mengatakan semua pemain yang beraksi malam ini memang layak dilabelkan sebagai sangat luar biasa.
“Suasana di Anfield sememangnya sangat menakjubkan dan istimewa kerana perkara seperti ini belum pernah saya lihat sebelum ini.
“Apabila pemain menunjukkan persembahan sedemikian rupa, ia memang menjadi perkara yang sangat baik serta jelas menunjukkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam bola sepak.
“Kami perlu lebih serius dan luar biasa serta mahu menjadi salah satu pasukan yang sukar untuk diramal,” kata Klopp. – Agensi
No comments:
Post a Comment